JOHOR BAHRU: Seorang pemilik syarikat percetakan direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berjumlah lebih RM100,000, dua tahun lepas.
Perintah reman sehingga 17 Jan terhadap lelaki berusia 53 tahun itu dikeluarkan Majistret Norkhalida Farhana Abu Bakar di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Perintah reman itu dikeluarkan bagi membolehkan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Semalam, SPRM Cawangan Batu Pahat menahan individu itu di pejabat SPRM Johor Bahru pada pukul 5 petang selepas memberikan keterangan.
Menurut sumber, individu itu mengemukakan tuntutan palsu kepada sebuah sekolah menengah di sebuah daerah, di negeri ini pada 2021, berkaitan pembekalan cetakan modul pembelajaran untuk kegunaan pelajar, namun pembekalan tersebut tidak dilaksanakan.
Dalam kes berlainan, tiga kakitangan sebuah jabatan kerajaan di daerah Tangkak, direman selama lima hari sehingga 15 Jan, bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu pada 2021.
Perintah reman yang dikeluarkan Norkhalida Farhana terhadap ketiga-tiga lelaki berusia 43 tahun itu, bagi membolehkan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Semalam, SPRM Cawangan Segamat menahan tiga kakitangan dari jabatan yang sama di daerah Tangkak antara 10.30 pagi hingga 11 pagi kerana disyaki membuat tuntutan palsu.
Menurut sumber, seorang daripada tiga individu berkenaan disyaki membuat tuntutan sebanyak RM2,000 terhadap sebuah pertubuhan bukan kerajaan bagi pelaksanaan penyediaan makanan dan minuman Program Bakul Makanan di bawah inisiatif Pakej Khas Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), yang didapati tidak dilaksanakan.
Sementara itu, dua yang lain dipercayai mengemukakan tuntutan palsu sebanyak RM1,200 kepada jabatan tersebut bagi bayaran terhadap empat penerima Tabung Bantuan Segera, namun bayaran itu tidak diterima penerima, tahun yang sama. - BERNAMA
Bernama
Wed Jan 11 2023

SPRM Cawangan Batu Pahat menahan individu itu di pejabat SPRM Johor Bahru pada pukul 5 petang selepas memberikan keterangan. - Gambar Sinar Harian

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Tuntutan palsu: Ketua balai bomba di Perlis dilepaskan dengan jaminan SPRM
Penjawat awam lelaki berusia 49 tahun itu dilepaskan pada Jumaat, namun siasatan terperinci mengenai kes itu masih diteruskan SPRM Perlis.

SPRM tahan dua lagi individu disyaki terbabit tuntutan palsu RM2.6 juta
Menurut sumber, kedua-dua suspek ditahan antara 7 malam hingga 11 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Datuk antara empat individu ditahan disyaki buat tuntutan palsu RM2.6 juta
Sumber SPRM memaklumkan empat individu terlibat adalah dua pengarah syarikat dan dua naib presiden kanan syarikat berusia antara 50 hingga 60-an.

SPRM reman ketua balai bomba di Perlis berhubung tuntutan palsu
Seorang ketua balai bomba di Perlis direman enam hari bermula hari ini untuk membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu.

Pembantu tadbir kewangan ditahan buat tuntutan palsu RM20,000
Suspek lelaki berusia 30-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM di sini, kira-kira 10 pagi hari ini.

Penjawat awam di Perlis dilepaskan dengan jaminan SPRM
Lelaki tersebut dipercayai membuat tuntutan palsu untuk sumbangan kepada 49 saudara baharu dari 2022 hingga 2024.

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.

Penjawat awam direman bantu siasatan kes tuntutan palsu RM132,000
Seorang penjawat awam direman membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berkaitan bayaran saguhati kepada saudara baru.

Pemilik syarikat mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu RM85,500
Seorang pemilik syarikat penyedia latihan didakwa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM85,500 kepada agensi sebuah kementerian.

Dua anggota pasukan keselamatan direman kes tuntutan palsu
Kedua-dua suspek berusia 42 dan 31 tahun berkenaan ditahan di Pejabat SPRM Melaka pada 5.20 petang semalam selepas hadir memberi keterangan.