KUALA LUMPUR: Seorang pemilik syarikat swasta dipenjara sehari dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari kerana menggunakan dokumen palsu ketika menyertai tender terbuka bagi perkhidmatan pembekalan makanan di asrama sebuah sekolah di Terengganu, berjumlah lebih RM2 juta.
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Hairul Nizam Hussin, 31, yang mengaku bersalah menggunakan dokumen palsu sebagai tulen iaitu penyata akaun Maybank milik syarikatnya, Azam NJ Resources bertarikh 30 Julai 2018 di Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya pada Oktober 2018.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula hari ini dan dipenjara 10 bulan sekiranya dia gagal membayar denda itu.
Tertuduh membayar denda tersebut.
Terdahulu, Muhammad Hairul Nizam yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda rendah dengan alasan dia menanggung keluarga serta seorang isteri yang sedang mengandung dua bulan dan menjaga dua anak arwah kakaknya.
Berdasarkan fakta kes, syarikat Azam NJ Resources merupakan syarikat milikan tunggal yang didaftarkan atas nama tertuduh dan dia telah menyertai tender secara terbuka untuk perkhidmatan membekal makanan bermasak ke asrama di sebuah sekolah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu berjumlah RM2,793,369.60.
Muhammad Hairul Nizam kemudian telah memuat naik beberapa dokumen iaitu keterangan mengenai petender, kepatuhan terhadap kelayakan pengurus dan penyelia asrama, borang sumber kewangan, jadual harga mengikut sajian, senarai jenama bahan-bahan makanan yang digunakan serta penyata akaun bank syarikat itu bertarikh 30 Julai, 31 Ogos dan 30 Sept 2018.
Berikutan itu, tertuduh telah hadir ke Kementerian Pendidikan Malaysia dan menerima Surat Setuju Terima bagi pelantikan tersebut dan telah mengemukakan dokumen palsu iaitu penyata akaun bank syarikat miliknya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh. - BERNAMA
Bernama
Tue Aug 16 2022
![Pemilik syarikat dipenjara, denda RM10,000 guna dokumen palsu tender bekal makanan Pemilik syarikat dipenjara, denda RM10,000 guna dokumen palsu tender bekal makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659526460_courtgavelmahkam.jpg)
Seorang pemilik syarikat swasta dipenjara sehari dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana menggunakan dokumen palsu ketika menyertai tender terbuka bagi perkhidmatan pembekalan makanan berjumlah lebih RM2 juta.
![Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721052525_Fujianconvention.jpg)
Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar
Penganjuran Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 akan meningkatkan pemahaman pertukaran budaya dalam kalangan masyarakat Fujian dari luar negara.
![Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721087087_AgendaAWANI.jpg)
Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis
Manimaran berkata, Parlimen perlu dipertanggungjawabkan kerana menggubal undang-undang yang lompang dan lemah untuk dicabar mana-mana pihak.
Jenayah: Suspek dikait penemuan mayat Nur Farah Kartini direman hari ini
Seorang penjawat awam yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25 tahun, akan direman, pada pagi, hari ini.
![Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61635915618_economylaptop.jpg)
Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan
Menurut MOF, defisit fiskal pada 2024 diunjur untuk terus berkurang kepada 4.3 peratus KDNK iaitu RM85.4 bilion.
Negara jimat RM10.5 bilion pelan tindakan kecekapan tenaga
Sehingga kini Negara berjaya melakukan Penjimatan tenaga kumulatif dalam tempoh pelaksanaan Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara (NEEAP) sebanyak 39,382 Gigawatt jam (GWj) bersamaan dengan RM10.5 bilion.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata Sehingga Disember 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang telah dicapai adalah sebanyak 5.9 peratus atau 8,667 GWj yang bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata Sehingga Disember 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang telah dicapai adalah sebanyak 5.9 peratus atau 8,667 GWj yang bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
Peralihan tenaga, pelaburan hijau tingkat daya saing - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan peralihan tenaga dan pelaburan hijau yang lebih berkesan, teratur dan sistematik amat perlu bagi mengangkat imej, reputasi dan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan hijau pilihan.
Beliau berkata usaha ke atas pelan tindakan ini berkemampuan meningkatkan kedudukan daya saing negara.
Beliau berkata usaha ke atas pelan tindakan ini berkemampuan meningkatkan kedudukan daya saing negara.
![E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616250988_PKS.jpg)
E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS
Isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.
Parlimen: Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan hari ini
Cadangan kemasukan tenaga pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura ke negara ini antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kekejaman Zionis: Hamas, Fatah jumpa di China Julai ini
Kumpulan Hamas dan Fatah akan mengadakan rundingan perpaduan di China pada Julai ini, sebagai usaha untuk menyelesaikan perpecahan dalaman antara kedua-duanya.
Jerman, Perancis gesa siasat serangan di sekolah Abu Araban
Perancis dan Jerman menggesa agar siasatan menyeluruh dijalankan susulan 15 orang terbunuh dalam serangan terhadap sekolah di kem Nuseirat, pada Ahad lepas.
![Pemilik syarikat dituduh palsukan maklumat Penjana Kerjaya Pemilik syarikat dituduh palsukan maklumat Penjana Kerjaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708924764_TBCourtHammer.jpg)
Pemilik syarikat dituduh palsukan maklumat Penjana Kerjaya
Seorang pemilik syarikat mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan memalsukan maklumat untuk mendapatkan insentif melalui Program Penjana Kerjaya 1.0 (Penjana Kerjaya).
![Pemilik syarikat didakwa menipu kemukakan dokumen palsu kepada Perkeso Pemilik syarikat didakwa menipu kemukakan dokumen palsu kepada Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699252519_TBCourtHammer.jpg)
Pemilik syarikat didakwa menipu kemukakan dokumen palsu kepada Perkeso
Seorang pemilik syarikat teknologi maklumat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas enam pertuduhan menipu dengan mengemukakan dokumen palsu kepada Perkeso.
![Penjana Kerjaya: Pemilik syarikat didakwa kemuka dokumen palsu, tipu tuntut insentif lebih RM170,000 Penjana Kerjaya: Pemilik syarikat didakwa kemuka dokumen palsu, tipu tuntut insentif lebih RM170,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695634564_MahkamahKualaLumpu.jpg)
Penjana Kerjaya: Pemilik syarikat didakwa kemuka dokumen palsu, tipu tuntut insentif lebih RM170,000
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan yang dipohon pendakwaan.
![Pemilik syarikat didakwa buat tuntutan palsu penjana RM44,600 Pemilik syarikat didakwa buat tuntutan palsu penjana RM44,600](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696306542_TBAsyrafOmar.jpg)
Pemilik syarikat didakwa buat tuntutan palsu penjana RM44,600
Seorang pemilik syarikat mengaku bersalah atas pertuduhan membuat tuntutan palsu RM44,600 di bawah Program Penjana 2.0 Kerjaya Perkeso.
![SPRM Terengganu tahan penjawat awam disyaki terima kenderaan sebagai rasuah SPRM Terengganu tahan penjawat awam disyaki terima kenderaan sebagai rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-09/41504748124_BajuLokap.jpg)
SPRM Terengganu tahan penjawat awam disyaki terima kenderaan sebagai rasuah
Kedua-dua suspek lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kemaman kira-kira 3 petang tadi.
![SPRM tahan pemilik syarikat palsukan dokumen kerja penyelenggaraan lebih RM1 juta SPRM tahan pemilik syarikat palsukan dokumen kerja penyelenggaraan lebih RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690178560_SPRMMDBrasuah.jpg)
SPRM tahan pemilik syarikat palsukan dokumen kerja penyelenggaraan lebih RM1 juta
Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia 40-an itu ditahan kira-kira jam 2 petang Isnin ketika hadir di Pejabat SPRM Cawangan Tawau.
![Sindiket kuota umrah: Pemilik syarikat ditahan Sindiket kuota umrah: Pemilik syarikat ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674721496_SPRM.jpg)
Sindiket kuota umrah: Pemilik syarikat ditahan
Menurut sumber, berikutan penahanan lelaki berusia 36 tahun itu, SPRM turut merampas beberapa dokumen serta wang tunai.
![Penjana Kerjaya: Pemilik syarikat didakwa kemuka dokumen palsu Penjana Kerjaya: Pemilik syarikat didakwa kemuka dokumen palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675061869_RaymondSim.jpg)
Penjana Kerjaya: Pemilik syarikat didakwa kemuka dokumen palsu
Seorang pemilik syarikat elektrik dan elektronik didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial.
![Pengarah, pemilik syarikat direman empat hari bantu siasatan tuntutan palsu Pengarah, pemilik syarikat direman empat hari bantu siasatan tuntutan palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673410791_TUNTUTANPALSU.jpg)
Pengarah, pemilik syarikat direman empat hari bantu siasatan tuntutan palsu
Kedua-dua suspek direman bagi membantu siasatan tuntutan palsu RM20.3 juta insentif pembayaran Projek Penternakan Lembu Tenusu.
![Lelaki didakwa terima rasuah RM1.1 juta berkaitan tender notis saman PDRM Lelaki didakwa terima rasuah RM1.1 juta berkaitan tender notis saman PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660641642_TBCourtHammer.jpg)
Lelaki didakwa terima rasuah RM1.1 juta berkaitan tender notis saman PDRM
Seorang pemilik sebuah syarikat swasta didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM1.1 juta berkaitan tender notis saman PDRM.