PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan seorang pemilik rumah dan penyewanya supaya skim keselamatan komuniti berpagar dan berkawal yang dikendalikan Persatuan Penduduk Bangsar Park (BPRA) di sini diisytiharkan sebagai tidak sah.
Rayuan Ranjan Paramalingam dan Jude Micory Lobijin ditolak oleh panel tiga hakim terdiri daripada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Rhodzariah Bujang.
Mahkamah memerintahkan kedua-dua mereka membayar kos RM70,000 kepada BPRA.
Dalam keputusan sebulat suara mahkamah, Tun Tengku Maimun berkata mahkamah tidak menemui alasan kukuh untuk mengganggu keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dalam kes itu.
"Kami menolak untuk menjawab persoalan (undang-undang) yang dikemukakan," kata beliau ketika menyampaikan keputusan mahkamah.
Mahkamah Tinggi telah menolak saman Ranjan dan Lobijin terhadap BPRA pada 26 Jan 2021 manakala Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Jun tahun lepas.
Dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan, mereka mengemukakan empat persoalan undang-undang.
Antaranya ialah sama ada skim komuniti berpagar dan berkawal yang dikendalikan oleh persatuan penduduk di kawasan awam, termasuk jalan raya dan kemudahan, tanpa peruntukan perundangan positif yang membenarkan skim tersebut adalah menyalahi undang-undang dan tidak berperlembagaan berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes sebelum ini.
Persoalan lain ialah sama ada persatuan penduduk dan ejen mereka dilarang oleh undang-undang data peribadi dan perundangan kad pengenalan daripada mengumpul data peribadi orang yang memasuki jalan awam dan kawasan yang diliputi oleh skim berpagar dan berkawal mereka.
Ranjan, yang memiliki rumah di kawasan itu dan Lobijin, penyewa hartanah itu, memfailkan saman mendakwa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah meluluskan skim kejiranan berkawal dengan salah satu syarat penghadang kekal atau pagar berpalang tidak dibenarkan didirikan.
Kedua-duanya mendakwa, BPRA bagaimanapun telah melaksanakan skim komuniti berpagar dan berkawal dan memasang penghadang kekal di kawasan Bangsar Park menyebabkan halangan di semua jalan awam. Tindakan itu, kata mereka telah menyebabkan kacau ganggu awam dan persendirian.
Mereka juga mendakwa terdapat pelanggaran Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) oleh BPRA kerana pengawal keselamatan di pos pengawal akan meminta dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan, lesen memandu atau pasport sebelum pelawat dibenarkan memasuki kawasan itu.
Ranjan dan Lobijin diwakili peguam Datuk Bastian Vendargon manakala BPRA diwakili peguam Fahri Azzat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 09 2023
![Pemilik rumah, penyewa gagal untuk isytihar skim keselamatan komuniti Bangsar Park tidak sah Pemilik rumah, penyewa gagal untuk isytihar skim keselamatan komuniti Bangsar Park tidak sah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683525250_TBCourtHammer.jpg)
Mahkamah memerintahkan kedua-dua mereka membayar kos RM70,000 kepada BPRA. - Gambar fail/pexels
![Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738911105_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza
Pemulihan dan pembangunan semula Gaza merupakan antara perkara utama dijangka dibincangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.
![Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738911259_TBhujan.jpg)
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak bermula tengah hari ini hingga esok.
Pukul isteri hingga koma, rayuan peniaga didengari 25 Feb
Mahkamah Tinggi Johor Bahru tetapkan 25 Februari untuk keputusan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang peniaga atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya sehingga koma.
[TERKINI] Tempoh sebulan, tipu pelaburan rekod kerugian RM125.7 juta
Jenayah penipuan pelaburan mencatatkan jumlah kerugian tertinggi lebih RM125.7 juta pada tahun ini setakat 2 Februari lalu.
![Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738911171_MetMalaysia.jpg)
Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia
Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia pada 12.32 tengah hari ini.
![Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738906916_DatukMKumar.jpg)
Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai
Pasukan Polis Marin Wilayah Dua berjaya melumpuhkan sindiket pengumpulan dan memproses minyak sawit mentah di sebuah premis tidak bernombor di Air Bemban, Kulai, semalam.
![Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738906631_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April
Mahkamah Persekutuan menetapkan semula tarikh pendengaran permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis untuk mengembalikan status agama tiga anak Loh Siew Hong sebagai Islam, kepada 8 April ini.
![Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738906153_TBJoseRaulMulino.jpg)
Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China
Susulan ketegangan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung Terusan Panama, negara itu memutuskan untuk menarik diri daripada inisiatif pembangunan infrastruktur Jalur dan Laluan (BRI) China.
![Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738906492_PembantuKedaiMakan.jpg)
Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan
Seorang pembantu kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan meninggalkan bayi perempuannya di sebuah kedai makan di Sanglang, dekat sini pada 19 Jan.
AWANI Ringkas: Istana Negara sahkan baginda jalani rawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Mahkamah kekalkan hukuman penjara 35 tahun, 12 sebatan, bunuh kanak-kanak Mahkamah kekalkan hukuman penjara 35 tahun, 12 sebatan, bunuh kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61642749246_KANGAR.jpg)
Mahkamah kekalkan hukuman penjara 35 tahun, 12 sebatan, bunuh kanak-kanak
Hakim berkata mahkamah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
![AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737105069_NajibRazak.jpg)
AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.
![Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738646745_TBMuhyiddin.jpg)
Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.
![Kes bunuh Kevin Morais: Mahkamah Persekutuan tetapkan 13-14 Mac dengar rayuan akhir Kes bunuh Kevin Morais: Mahkamah Persekutuan tetapkan 13-14 Mac dengar rayuan akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710392120_KEVIN.jpg)
Kes bunuh Kevin Morais: Mahkamah Persekutuan tetapkan 13-14 Mac dengar rayuan akhir
Pengurusan kes berlangsung hari ini, di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Mahyun Yusof.
![Permohonan kerajaan batal saman Hindraf didengar hakim lain 14 Mei Permohonan kerajaan batal saman Hindraf didengar hakim lain 14 Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729581448_courtgavelmahkam.jpg)
Permohonan kerajaan batal saman Hindraf didengar hakim lain 14 Mei
Permohonan kerajaan untuk membatalkan saman pemula difailkan Hindraf berhubung pembatalan pendaftaran persatuan itu akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang lain, 14 Mei ini.
![Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725444222_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
![Kebakaran di bilik bicara Mahkamah Persekutuan dipercayai akibat litar pintas Kebakaran di bilik bicara Mahkamah Persekutuan dipercayai akibat litar pintas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733389113_TBbomba.jpg)
Kebakaran di bilik bicara Mahkamah Persekutuan dipercayai akibat litar pintas
Istana Kehakiman kecoh seketika apabila kebakaran tercetus di sebuah bilik perbicaraan Mahkamah Persekutuan, tengah hari Khamis.
![Menyimpang daripada ajaran Islam: Mahkamah Persekutuan dengar rayuan SIS Forum Menyimpang daripada ajaran Islam: Mahkamah Persekutuan dengar rayuan SIS Forum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716981193_ISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Menyimpang daripada ajaran Islam: Mahkamah Persekutuan dengar rayuan SIS Forum
Mereka telah menamakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), dan Kerajaan Negeri Selangor sebagai responden.
![Status agama: Permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis didengar 20 Februari Status agama: Permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis didengar 20 Februari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729581448_courtgavelmahkam.jpg)
Status agama: Permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis didengar 20 Februari
Peguam Loh iaitu A.Srimurugan mengesahkan tarikh itu kepada Bernama selepas pengurusan kes hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Wan Norazimin Kassim,
![Bekas Peguam Negara Idrus Harun antara Ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman baharu Bekas Peguam Negara Idrus Harun antara Ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731900177_TBIdrusHarun.jpg)
Bekas Peguam Negara Idrus Harun antara Ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman baharu
Mereka dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman mengikut subseksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.