Seorang pemilik pasar raya mini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menyimpan 250 kilogram minyak masak sawit bersubsidi di premis yang tidak dibenarkan bagi penyimpanan minyak masak, pada bulan lepas.
K. Theivendiran, 55, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya dalam bahasa Tamil oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.
Dia dituduh menyimpan 238 paket dan 12 botol minyak masak sawit, masing-masing seberat satu kilogram setiap unit di Pasaraya Kumares, Taman Selayang Jaya, Batu Caves, dekat sini pada 10.25 pagi, 25 Okt lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 22(1)aAkta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) A. Karthiyayini menawarkan jaminan RM50,000 kepada Theivendiran.
Bagaimanapun, peguam mewakili tertuduh, Siti Anis Che Ab Wahab memohon mahkamah mengurangkan jumlah tersebut memandangkan pendapatan anak guamnya tidak menentu dan perlu menanggung isteri yang tidak bekerja serta empat anak.
Beliau juga memaklumkan bahawa anak guamnya menghidap masalah kerongkong dan kolestrol.
Izralizam membenarkan Theivendiran diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Dis ini untuk sebutan semula kes. - Bernama
Bernama
Mon Nov 07 2016

Dia dituduh menyimpan 238 paket dan 12 botol minyak masak sawit, masing-masing seberat satu kilogram setiap unit di Pasaraya Kumares, Taman Selayang Jaya, Okt lepas. - Gambar hiasan

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.

Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza
Kedua-dua negara menekankan keperluan untuk langkah-langkah yang diselaraskan oleh negara-negara Islam untuk menyokong rakyat Gaza.

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.

Pemilik pasar raya mini didakwa simpan 250kg minyak masak
Seorang pemilik pasar raya mini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menyimpan 250 kilogram minyak masak sawit bersubsidi.