Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar belum memutuskan sama ada akan mempertahankan jawatan yang disandangnya sekarang atau tidak pada pemilihan parti yang dijadualkan pada 22 November depan.
Mahfuz berkata, kesibukan mengepalai jentera PAS sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau baru-baru ini menyebabkan beliau tidak memikirkan tentang pemilihan PAS.
Katanya, biarpun beliau tidak melihat sebarang masalah untuk mempertahankan jawatan yang disandangnya namun akan mendengar juga pandangan rakan-rakan sebelum membuat keputusan.
"Sama ada bertanding atau tidak itu belum pasti tetapi ia bukan satu masalah untuk saya mempertahakan jawatan yang saya sandang sejak 2009.
"Saya akan mendengar pandangan rakan-rakan sebelum membuat keputusan sama ada bertanding atau tidak dalam pemilihan kali ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mengulas pandangan sesetengah pihak yang mengatakan perwakilan cenderung untuk tidak memberi laluan kepada Pesuruhjaya PAS Negeri, Mahfuz berkata perwakilan bijak menilai prestasi pemimpin mereka.
"Sebelum ini Allahyarham Ustaz Fadzil Noor juga seorang Pesuruhjaya PAS Kedah tetapi perwakilan memberi laluan kepada beliau untuk memegang jawatan di PAS Pusat," katanya.
Pada pemilihan PAS tahun 2011, Ahli Parlimen Pokok Sena itu sekali lagi dipilih memegang jawatan Naib Presiden yang dimenanginya pada tahun 2009.
Sebelum memegang jawatan Naib Presiden, Mahfuz merupakan bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dan bekas Ketua Penerangan PAS Pusat.
Beliau dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah menggantikan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak selepas Pilihan Raya Umum ke-13.
Mahfuz dikenali dengan kelantangannya dalam mempertahankan kepentingan rakyat baik di pentas ceramah mahupun di dalam Dewan Rakyat.
Irwan Muhammad Zain
Thu Nov 07 2013

AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Kerajaan tetap komited penuhi janji terhadap pencari kerja -Mahfuz
Kerajaan PH tetap komited terhadap janji mereka untuk memberikan sebanyak mungkin ruang pekerjaan kepada pencari kerja seperti yang terkandung dalam manifesto PRU ke-14.

Pas buka ruang kepada Mahfuz untuk kembali tetapi...
Pas yang merupakan parti politik matang membuka ruang kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar untuk kembali ke pangkuan parti itu, kata Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin.

Hadir Bersih 5: Mahfuz sedia berdepan Jawatankuasa Disiplin PAS
Datuk Mahfuz Omar bersedia untuk dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti kerana menyertai Perhimpunan Bersih 5, Sabtu lalu.

Tiga calon kumpulan progresif dilantik AJK PAS Pusat
Tiga calon dari kumpulan progresif yang tewas dalam pemilihan PAS awal bulan ini dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) parti itu bagi sesi 2015 hingga 2017.

Pemilihan PAS: Mahfuz belum buat keputusan
Mahfuz akan mendengar juga pandangan rakan-rakan sebelum membuat keputusan.

Mahfuz: Status Mat Sabu tidak berasas
Sebarang desas desus bahawa Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tidak akan bertanding dalam PRU-13 adalah tidak berasas.