KUALA LUMPUR: Sesetengah pelajar sekolah menganggap pemeriksaan haid di sekolah adalah perkara 'tradisi' yang telah dilaksanakan sejak sekian lama.
Bahkan, menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin, ada di antara mereka (pelajar-pelajar) tidak tahu bahawa pemeriksaan sebegitu tidak patut dilaksanakan.
Demikian antara penjelasan daripada pelajar ketika Kementerian Pendidikan (KPM) turun padang dan menyiasat perkara berkenaan, dedah Mohd Radzi.
“Ini adalah penjelasan ikhlas daripada anak-anak tersebut. Tindakan terhadap guru jika terlibat pula, kita sedang meneruskan penyiasatan. Sekiranya ada bukti bahawa ada guru terlibat, maka tindakan bersesuaian akan diambil.
BACA: Dakwaan pemeriksaan haid fizikal di sekolah di Setapak, Radzi turun padang 'siasat'
“Apa yang paling penting, perkara ini dah dibangkitkan beberapa bulan lepas. Masa saya tanya media, nyatakan sekolah mana tapi pada waktu itu, apa yang diberikan kepada kami adalah kes-kes yang berlaku pada beberapa tahun lepas.
“Saya balik ke KPM dan bincang kalau kes ini sudah lama berlaku, penyiasatan ini akan menjadi sukar,” katanya.
BACA: Pemeriksaan datang bulan: 'Beritahu saya sekolah mana' - Radzi Jidin
Beliau berkata demikian pada sesi Penggulungan Bajet 2022 (Peringkat Dasar) Kementerian Pendidikan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Mohd Radzi pada Jun lepas berkata KPM dalam fasa terakhir menubuhkan satu jawatankuasa bebas bagi menangani aduan seperti isu pemeriksaan haid di sekolah yang dibangkitkan sebelum ini.
Menurutnya, jawatankuasa itu bukan sahaja meneliti kes tersebut malah aduan seumpamanya pada masa akan datang.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun pula berkata kementeriannya akan menyiasat dan memantau sekolah yang didakwa melakukan "pemeriksaan datang bulan" terhadap pelajar perempuan semasa bulan Ramadan.
Tegasnya, beliau memandang serius perkara itu dan ia tidak sewajarnya berlaku, justeru siasatan akan dijalankan bagi memastikan perkara itu tidak berulang.
Ridauddin Daud
Mon Nov 15 2021
Itu antara penjelasan daripada pelajar ketika Kementerian Pendidikan (KPM) turun padang dan menyiasat perkara berkenaan, dedah Mohd Radzi. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
Pemuda tanam ubi kayu 200 tan bekalan musim banjir
Muhammad Azizan Mat Zin, 31, berkata beliau menjangkakan keseluruhan tanamannya itu akan mengeluarkan hasil lebih 200 tan ubi kayu.
Fokus Minggu Depan: 2 Tahun Kerajaan Perpaduan, Perlu Tambah Baik ‘Gred’?
Penilaian prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan, bagaimana boleh tambah baik?
RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM
PDRM catat kutipan saman RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Pemeriksaan haid: Sesetengah pelajar anggap ia 'tradisi' - Radzi Jidin
Sesetengah pelajar sekolah menganggap pemeriksaan haid di sekolah adalah perkara 'tradisi' yang telah dilaksanakan sejak sekian lama.
Dakwaan pemeriksaan haid fizikal di sekolah di Setapak, Radzi turun padang 'siasat'
KPM sentiasa komited untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa di sekolah serta di asrama.
Pemeriksaan haid: KPM tubuh jawatankuasa bebas tangani aduan
Jawatankuasa itu bukan sahaja meneliti kes tersebut malah kes-kes berkaitan pada masa akan datang.
NGO gesa hentikan gangguan seksual, lindungi kanak-kanak di sekolah
Sekolah diminta untuk menerapkan dan menerbitkan prosedur menangani rungutan yang menyediakan penyelesaian segera dan adil terhadap aduan gangguan seksual.
Pemeriksaan datang bulan: 'Beritahu saya sekolah mana' - Radzi Jidin
"Jika ia berlaku, beritahu saya di sekolah mana, supaya tindakan boleh diambil," itu jawapan Menteri Kanan Pendidikan mengenai isu pemeriksaan haid.