KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Tun Arshad Ayub, 93, atas pemergian ahli akademik dan pendidik terbilang itu yang meninggal dunia awal pagi tadi.
Beliau berkata, negara kehilangan seorang tokoh yang sangat berjasa dan meninggalkan legasi yang tidak ternilai untuk Keluarga Malaysia.
"Perginya tokoh pejuang pendidikan yang amat besar sumbangannya pada negara. Allahyarham adalah
seorang pendidik berpandangan jauh yang memberi impak besar kepada pendidikan negara.
"Legasi Allahyarham khususnya menubuhkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah melahirkan banyak profesional dan juga usahawan tekno Melayu di negara ini. Kini universiti tersebut telah melahirkan lebih 700,000 siswazah," katanya dalam hantaran di Facebook.
Ismail Sabri berkata, Allahyarham juga menunjukkan pencapaian yang luar biasa dalam semua bidang yang diceburi, antaranya turut terlibat merancang agenda pembangunan negara khususnya pada era selepas kemerdekaan negara yang menjadi teras pentadbiran Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dalam memacu Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Katanya, keazaman, kebijaksanaan dan kerja keras Allahyarham tanpa mengenal erti penat lelah untuk negara serta seluruh Keluarga Malaysia wajar diteladani.
"Saya dan Keluarga Malaysia mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama roh orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah," katanya.
Allahyarham sebelum ini dilapor dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak Selasa lepas kerana masalah kesihatan.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri Toh Puan Zaleha Mohd Arshad dan tujuh orang anak iaitu lima lelaki dan dua perempuan. - BERNAMA
Bernama
Tue Jun 14 2022

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Tun Arshad Ayub atas pemergian ahli akademik dan pendidik terbilang itu yang meninggal dunia awal pagi tadi. - Gambar Facebook Ismail Sabri Yaakob
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan takziah atas pemergian Tun Arshad Ayub
Negara kehilangan seorang tokoh pelopor inovasi pendidikan dan pentadbiran yang sukar dicari ganti.

"Jika terjatuh, terus bangkit .. biarpun berkali-kali" - Pesan Arshad Ayub kepada keluarga
Bagi Datin Seri Azlin Arshad, itu adalah legasi dan pesanan Allahyarham Tun Arshad Ayub, yang akan pegang selagi badan dikandung hayat

Pemergian Tun Arshad, negara kehilangan tokoh pejuang pendidikan - Ismail Sabri
Allahyarham adalah seorang pendidik berpandangan jauh yang memberi impak besar kepada pendidikan negara, kata Perdana Menteri.