Pemergian Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong Eddie Ng Tien Chee yang maut dalam kemalangan awal pagi tadi, merupakan kehilangan amat besar buat Pakatan Harapan.
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata kekosongan yang ditinggalkan oleh mendiang yang aktif dalam Pakatan Harapan Selangor menerusi Unit Tindak DAP pasti akan dirasai rakyat Selangor, terutamanya mereka di kawasan Balakong.
"Ng atau lebih dikenali sebagai Eddie Ng adalah ADUN yang berkhidmat dengan penuh dedikasi untuk penduduk Balakong serta komited mewakili suara mereka dalam Dewan Undangan Negeri Selangor sejak bergelar ADUN pada 2013.
"Dari awal saya mengenali mendiang, saudara Eddie tidak lekang dengan senyuman dan sentiasa sedia membantu sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kehilangan ini adalah yang kedua dalam tempoh tidak sampai sebulan selepas pemergian ADUN Sungai Kandis Allahyarham Mat Shuhaimi Shafie pada 2 Julai lepas.
"Kedua-dua ADUN ini telah banyak memberi khidmat kepada rakyat dan negeri. Saya mengucapkan takziah kepada isteri, anak-anak dan keluarga mendiang saudara Eddie serta berharap mereka tabah menghadapi ujian ini," katanya.
Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam itu, mendiang yang memandu kenderaan jenis Nissan x-Trail dari arah Kuala Lumpur ke Kajang, maut selepas melanggar belakang sebuah lori di KM11.7 Lebuhraya Grand Saga.
Ng maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, ADUN DAP itu berjaya mengekalkan kerusi DUN Balakong untuk penggal kedua selepas menewaskan calon BN dan PAS dengan majoriti 35,538 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 20 2018
Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam itu, Ng maut selepas keretanya melanggar belakang sebuah lori di KM11.7 Lebuhraya Grand Saga.
AWANI Review: Power of Vulnerability - Why Openness Makes Better Leaders
Nick Jonsson, co-founder of Executives’ Global Network Malaysia and author of Executive Loneliness, explores the hidden struggles of leadership - loneliness and mental health. In conversation with Cynthia Ng, he reveals how embracing vulnerability and openness can transform leaders and organisations for the better.
2TM: Lebih 200,000 pengunjung direkodkan dalam dua hari
Lebih 200,000 pengunjung direkodkan menghadiri Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Johor negeri terbaru dilanda banjir
Sebuah PPS dibuka di Balai Raya Batu Badak, Segamat, 2 petang tadi, dengan menempatkan 11 orang daripada empat keluarga.
Polis tahan enam lelaki disyaki terbabit sindiket jual air ketum
Polis menahan enam lelaki tempatan di sebuah rumah di Taman Pakatan Jaya kerana disyaki terbabit sindiket penjualan air ketum.
KPDN Pahang serbu dua premis jadi stor simpanan barang kawalan bersubsidi
KPDN Pahang melakukan serbuan terhadap sebuah restoran dan rumah yang disyaki dijadikan lokasi penyimpanan barang kawalan bersubsidi di Triang, Bera pagi tadi.
Seorang lagi wartawan terkorban dalam serangan Israel di Gaza, angka korban meningkat kepada 189
Mangsa, Wael Ibrahim Abu Quffa merupakan seorang wartawan dan pensyarah di Jabatan Kewartawanan dan Media, Universiti Islam Gaza.
10 Berita Pilihan - (23 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Pendidikan | Pencemaran | Ekonomi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel lakukan serangan udara di Beirut
Serangan udara itu menyasarkan sebuah bangunan kediaman di Jalan Fathallah, kawasan Basta Fawka yang padat penduduk.
AWANI 7:45 [23/11/2024] – Mangsa sindiran sejak jadi Perdana Menteri | Pelihara keharmonian negara | Tahan tiga suspek, keterangan 23 individu | Bercakap dengan lebah
Tak ambil gaji kena sindir, PM seloroh ambil gaji tahun depan.
Malaysia teguh kerana sepakat dalam perbezaan.
Bukan senyap, siasatan kes simbah asid Faisal Halim masih berlangsung.
Bunuh lebah, ancam bekalan makanan sedunia, laporan khas, Ridauddin Daud.
Malaysia teguh kerana sepakat dalam perbezaan.
Bukan senyap, siasatan kes simbah asid Faisal Halim masih berlangsung.
Bunuh lebah, ancam bekalan makanan sedunia, laporan khas, Ridauddin Daud.
Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.
Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.
Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.
PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.
Lima ADUN lantikan Pahang angkat sumpah
Majlis angkat sumpah diadakan di hadapan Speaker DUN Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dengan disaksikan Wan Rosdy dan ADUN lain.
Lee Chin Chen dipilih Pengerusi DAP Pahang baharu
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Lee Chin Chen dipilih sebagai Pengerusi DAP Pahang berkuat kuasa semalam.
Kelantan beri peruntukan sama rata kepada semua ADUN
Kerajaan Kelantan memberi peruntukan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk kepada ADUN pembangkang di negeri ini.