PUTRAJAYA: Pemendekan tempoh perkhidmatan Dr Haim Hilman Abdullah sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) adalah berikutan laporan prestasi kepimpinan beliau yang dikemukakan Lembaga Pengarah Universiti, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
KPT dalam satu kenyataan hari ini bagi menafikan kenyataan yang dikeluarkan Haim Hilman menerusi media sosial berkenaan pemendekan tempoh pelantikannya berkata laporan prestasi itu dikemukakan melalui surat bertarikh 16 Jun 2022.
Haim Hilman dilantik sebagai Naib Canselor UUM yang kesembilan pada 17 Jan 2022, dan dilaporkan perkhidmatannya dipendekkan berkuat kuasa 18 Januari 2023.
"Sebelum keputusan pemendekan diambil, satu jawatankuasa telah ditubuhkan di peringkat KPT bagi meneliti dan menilai laporan yang diterima," menurut KPT.
KPT memberitahu Haim Hilman dan beberapa pegawai kanan UUM telah dipanggil ke kementerian itu pada 23 dan 29 Sept 2022 untuk memberi keterangan menjelaskan perkara-perkara yang telah dibangkitkan bagi mencari kaedah penyelesaian terbaik demi kepentingan UUM.
Menerusi aplikasi TikTok yang tular, Haim Hilman mendakwa beliau telah dipendekkan perkhidmatan tanpa sebab dan tidak diberi peluang untuk membela diri.
Haim Hilman, 50, yang merupakan calon Perikatan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra, Kedah membuat kenyataan itu pada program Sembang Santai Calon di kawasan DUN yang ditandinginya.
Pada 6 Feb lepas, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata beliau tidak terlibat dalam pelaksanaan tindakan yang dikenakan ke atas Haim Hilman, sebaliknya dibuat berdasarkan aduan yang diterima daripada pensyarah dan Lembaga Pengarah universiti berkenaan pada tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 29 2023
Haim Hilman dilantik sebagai Naib Canselor UUM yang kesembilan pada 17 Jan 2022, dan dilaporkan perkhidmatannya dipendekkan berkuat kuasa 18 Januari 2023. - Gambar fail/Bernama
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Stok minyak sawit Malaysia naik 0.5 peratus kepada 1.75 juta tan metrik pada Mei - MPOB
Stok minyak sawit Malaysia meningkat 0.5 peratus kepada 1.75 juta tan metrik pada Mei 2024 daripada 1.74 juta tan metrik pada April 2024, demikian menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Pemendekan tempoh perkhidmatan Haim Hilman berikutan laporan prestasi - KPT
Pemendekan tempoh perkhidmatan Dr Haim Hilman Abdullah sebagai Naib Canselor UUM adalah berikutan laporan prestasi kepimpinan beliau.
Laporan prestasi skuad kebangsaan perlu telus - Mohd Yusoff
Laporan yang telus akan memudahkan Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan dalam menetapkan hala tuju baharu skuad Harimau Malaya.
Pelajar cemerlang lari dari rumah
Kehilangan Ahmad Fitri Mohammad Shaffie, 15, disedari ibunya, Mardiana Ismail, 58, ketika ingin menunaikan solat Subuh kira-kira jam 6.30 pagi.
Malaysia kekal sebagai pasaran pembuatan paling menarik
Malaysia mengekalkan kedudukan utamanya dalam 'Established Index' sebagai pasaran pembuatan pilihan bagi penempatan semula pada masa depan, demikian menurut laporan Cushman & Wakefield.