KUALA LUMPUR: Laporan lengkap mengenai prestasi skuad kebangsaan pada kempen Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020 baru-baru ini perlu dibuat secara telus demi memastikan Malaysia tidak kempunan beraksi di pusingan akhir Piala Asia 2023.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata laporan yang telus akan memudahkan Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan dalam menetapkan hala tuju baharu skuad Harimau Malaya untuk melayakkan diri ke kejohanan berprestij itu.
Beliau berkata laporan lengkap tanpa menyembunyikan sebarang fakta amat penting bagi mengetahui sama ada pasukan negara masih berada di landasan tepat atau sebaliknya, selain mengambil maklum segala kekurangan untuk ditangani.
"Semua kena faham keputusan di Piala AFF menunjukkan terdapat kelemahan daripada segenap aspek, jadi semua pihak terlibat perlu menyediakan satu laporan yang telus untuk jawatankuasa menilai dan membuat tindakan susulan," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Mohd Yusoff berkata kedua-dua laporan lengkap dari pihak pengurusan dan kejurulatihan akan dinilai secara teliti oleh Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan dipengerusikan Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin pada mesyuarat yang dijadual berlangsung bulan depan.
Beliau yang juga pengurus skuad kebangsaan berkata, fokus utama mesyuarat tersebut adalah mengenal pasti punca kegagalan pasukan negara dalam mencapai sasaran layak ke final Piala AFF 2020 ditetapkan FAM selepas terkandas di peringkat kumpulan.
Katanya mesyuarat berkenaan turut akan menumpukan terhadap segala faktor penyumbang kepada punca kegagalan dan kelemahan pasukan yang terserlah pada kejohanan dwitahunan itu yang berlangsung di Singapura.
"Kita tengok memang ada hiccups (sedikit kekurangan) yang jelas berdasarkan keputusan di Piala AFF dan ia menunjukkan banyak perkara perlu kita selaraskan semula atau pun diperbaiki untuk memastikan pasukan ini berdaya saing di kelayakan Piala Asia 2023 kerana sasaran kita untuk bermain di Piala Asia.
"Mesyuarat ini akan kaji dari segi pemain, pengurusan, kejurulatihan, apa yang perlu diperbaiki dan perkara mana perlu ditambah baik. Selepas itu baru jawatankuasa akan menentukan hala tuju baharu," katanya sambil memaklumkan perincian hala tuju pasukan turut mengambil kira kedudukan ketua jurulatih.
Pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023 dijadual berlangsung pada Jun tahun depan.
Mohd Yusoff pada masa sama berkata soal kesanggupan FAM membayar gaji tinggi kepada seseorang ketua jurulatih turut akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut seandainya terdapat keputusan untuk menggantikan pengendali terkini, Tan Cheng Hoe.
Pasukan negara menjadi tumpuan peminat dan pengkritik tempatan susulan kemerosotan prestasi dengan kemuncaknya pada kempen Kejuaraan Piala AFF 2020 apabila Malaysia selaku naib juara edisi 2018 gagal melangkah ke peringkat separuh akhir.
Harapan untuk melihat pasukan negara sekurang-kurangnya menyamai pencapaian tiga tahun lepas itu musnah selepas skuad bimbingan Cheng Hoe menamatkan saingan Kumpulan B di kedudukan ketiga di belakang musuh tradisi Indonesia dan juara bertahan Vietnam.
Malaysia yang melalui tempoh persiapan singkat dan mencabar terutama dari aspek ketersediaan pemain, memulakan kempen dengan cemerlang apabila membenam Kemboja 3-1 dan Laos 4-0, namun tewas di tangan Vietnam 0-3 dan Indonesia 1-4.
Senario itu sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kemampuan Malaysia menamatkan penantian lebih 40 tahun layak secara merit ke Piala Asia selepas kali terakhir melakukannya pada edisi 1980 di Kuwait.
Layak ke Piala Asia 2023 adalah misi pasukan kebangsaan dalam Peta Hala Tuju FAM (F:30).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 28 2021

Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata laporan yang telus akan memudahkan Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan dalam menetapkan hala tuju baharu skuad Harimau Malaya untuk melayakkan diri ke Piala Asia 2023. - Gambar fail
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Harimau Malaya sukar cari lawan, mereka ada komitmen lain - Yusoff Mahadi
Banyak pasukan yang menduduki ranking terbaik dunia menunjukkan minat untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad Harimau Malaya.

FAM terus cari pemain warisan berkualiti perkuatkan Harimau Malaya
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terus terbuka untuk mencari dan menerima pemain warisan berkualiti dari luar negara.

Laporan prestasi skuad kebangsaan perlu telus - Mohd Yusoff
Laporan yang telus akan memudahkan Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan dalam menetapkan hala tuju baharu skuad Harimau Malaya.

Liga-M: FAM tunggu keputusan rasmi kerajaan
Pihak FAM dan MFL mengharapkan satu jawapan secara rasmi sekiranya Liga-M terpaksa dibatalkan disebabkan pandemik COVID-19.

Kalau selalu tangguh, MFL jadi bahan jenaka - Yusoff
Skuad Singa Utara perlu menerima hakikat andai penyertaan mereka dibatalkan atas faktor yang cukup jelas.

FAM tiada kuasa minta pasukan lepaskan pemain untuk tugasan antarabangsa
Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, pengurusan pasukan yang lebih arif dalam menentukan perkara berkenaan.

Kes atur perlawanan: FAM enggan kompromi isu rasuah
Menurut Datuk Wira Yusoff Mahadi, FAM yang diterajui Tunku Ismail Sultan Ibrahim sentiasa komited dalam menangani gejala berkenaan.

Kongres Pemilihan FAM Ke-53: Yusoff Mahadi jadi pilihan pemerhati bola sepak
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA), Datuk Yusoff Mahadi, menjadi calon pilihan untuk memenangi jawatan timbalan presiden berdasarkan perkembangan terkini.