KUALA LUMPUR: Aspek pemeliharaan alam sekitar dalam urusan korporat bukan lagi sekadar tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebaliknya perlu menjadi pemboleh daya dalam memperluas perniagaan dan mencipta nilai baharu.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata penerapan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) adalah antara elemen yang dinilai pelabur global dalam menerokai potensi pelaburan.
"Oleh itu, organisasi perlu berani berubah, mengubah minda dan memanfaatkan teknologi melalui pengamalan ESG agar kekal relevan dan berdaya saing," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran program kelestarian Mydin Prihatin #forfuture di Mydin Subang Jaya dekat sini hari ini.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, beliau berkata dalam isu kelestarian peranan sektor swasta terutama pemain besar seperti Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) adalah penting kerana membawa impak yang besar kepada rantaian pembekal dan keseluruhan ekonomi.
"Di peringkat kerajaan boleh ada dasar dan peraturan mengenai kelestarian namun perlu ada respons daripada pihak swasta seperti yang diambil pihak Mydin," katanya.
Pengarah Urusan Mydin Datuk Ameer Ali Mydin pula berkata setakat ini, sejumlah 15 premis Mydin sudah dilengkapi panel solar bagi mengurangkan pelepasan karbon.
Beliau berkata Mydin juga akan melabur sebanyak RM7 juta bagi perisian dan peralatan pelbagai kemudahan untuk menguruskan tenaga secara efisien.
Katanya inisiatif ESG Mydin Prihatin, yang dilancarkan hari ini, memfokus kepada usaha menjaga serta menerapkan budaya melestarikan alam sekitar termasuk dengan sistem kepintaran data, pengurusan sisa efektif, kecekapan tenaga, penggunaan tenaga boleh guna, tong pakaian kitar semula dan sistem logistik pintar yang membantu mengurangkan pelepasan karbon.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2023
Nik Nazmi berkata, penerapan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus adalah antara elemen yang dinilai pelabur global dalam menerokai potensi pelaburan. - Bernama
Skuad hoki dalam dewan berdepan kumpulan maut di Piala Dunia
Skuad hoki dalam dewan lelaki berdepan tugas getir pada penampilan sulung Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia, dari 3 hingga 9 Februari depan.
Nigeria sertai BRICS sebagai negara rakan - Kementerian Luar Brazil
Nigeria kini secara rasmi menjadi negara kesembilan yang menyertai BRICS sebagai negara rakan, menurut kenyataan Kementerian Luar Brazil.
Fokus Minggu Depan: ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau
Bersama Siti Nuraqila Omar membincangkan tentang ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau.
ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar
Kementerian Luar Negeri berkata situasi di Myanmar menjadi antara isu yang berbangkit dalam kedua-dua mesyuarat bilateral melibatkan Malaysia hari ini.
JIM Terengganu tahan 15 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 15 pendatang tanpa izin dalam Operasi Sapu dan Selera di sekitar tapak pembinaan kawasan industri Kertih, Kemaman semalam.
Jurulatih selam wanita rugi lebih RM300,000 terperdaya pelaburan saham di Facebook
Seorang jurulatih selam di sini kerugian RM304,422 setelah terperdaya dengan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
Suspek lari dari IPD Tangkak ditahan semula
Polis menahan semula penjenayah yang melarikan diri dari tahanan IPD Tangkak, di sebuah rumah di Kluang pagi tadi.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Penduduk masih belum dibenarkan pulang
Puluhan ribu penduduk Los Angeles yang terpaksa berpindah akibat kebakaran dahsyat, masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.
Cadangan hentikan penggunaan asbestos sepenuhnya sedang diperhalus - Nik Nazmi
Ketika ini Jabatan Alam Sekitar sedang menerbitkan kajian berhubung penggunaan asbestos dan kesannya kepada alam sekitar dan kesihatan.
Masa terbaik bakat mahir teknologi pulang ke Malaysia - Chang
Peluang hasil peralihan negara ke arah industri yang bernilai lebih tinggi menjadikan kini masa terbaik untuk bakat teknologi pulang.
Sarawak tidak anggap lombong REE sebagai industri utama negeri
Industri perlombongan REE boleh beri kesan negatif kepada alam sekitar, sekali gus bertentangan dengan matlamat kerajaan negeri.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Peranan minyak sawit seperti wira, kata ahli akademik AS
Kemajuan yang beterusan dalam amalan kemampanan membolehkan minyak sawit memberi sumbangan bermakna kepada matlamat kesihatan global.
Tomyan Kung Thailand tersenarai dalam Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO
Hidangan terkenal Thailand, Tomyam Kung kini tersenarai dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan oleh UNESCO.
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Persatuan teksi setuju kerajaan haram kenderaan NGV, yakin dapat subsidi petrol khas
Gabungan Teksi Malaysia (GTM) menyokong keputusan kerajaan untuk mengharamkan kenderaan gas asli (NGV) berkuat kuasa 1 Julai 2025.
Lee Lam Thye terima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah OUM
Tan Sri Lee Lam Thye dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan oleh Open University Malaysia (OUM) pada majlis konvokesyen ke-38 di sini hari ini.
Analisis lanjut bagi ketahui punca pencemaran Pantai Esen - Exco
Bendasing yang menyebabkan pencemaran Pantai Esen di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas dekat sini masih belum diketahui.