PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bekas tukang gunting rambut yang membunuh seorang bayi perempuan dikenali 'Zara', sehingga mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian vagina akibat serangan seksual, enam tahun lepas.
Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Rhodzariah Bujang selepas menolak rayuan akhir perayu Hazmi Majid, 42, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman.
"Sabitan dan hukuman (gantung sampai mati) adalah selamat. Mahkamah ini mengekalkan hukuman sepertimana diputuskan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi," kata Hakim Rhodzariah yang bersidang bersama Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.
Terdahulu, peguam T. Vijayandran yang mewakili perayu berhujah anak guamnya tidak sedar perbuatan tersebut kerana di bawah pengaruh dadah, selain memohon lelaki itu dikenakan hukuman penjara 30 tahun jika mahkamah mengetepikan hukuman mati.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Tetralina Ahmed Fauzi berkata rayuan bahawa Hazmi di bawah pengaruh dadah wajar ditolak, berdasarkan tindakannya cuba melupuskan bahan bukti dengan membasuh tuala bagi menghilangkan darah menunjukkan dia sedar ketika kejadian berlaku.
Tetralina berkata kes berkenaan menepati kehendak 'kes paling jarang di antara yang jarang berlaku' yang mewajarkan hukuman mati dikekalkan.
"Mangsa dihantar ibunya ke rumah pengasuh pada hari kejadian pada pukul 6.45 pagi dan nazak 1.30 tengah hari. Bayi itu hanya seberat 8.26 kilogram, gigi pun belum tumbuh manakala pendarahan teruk pada otak menyebabkan peluangnya untuk hidup amat tipis," katanya.
Tetralina berkata keterangan pendakwaan menyatakan perayu tidak pernah membantu isterinya, namun pada hari tersebut dia menawarkan diri memandikan mangsa.
Hazmi yang merupakan suami kepada pengasuh mangsa didapati bersalah atas dakwaan membunuh dan menyebabkan kematian Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal atau Zara, di sebuah unit di Pangsapuri Sri Cempaka, Bandar Baru Bangi, antara 10.30 pagi dan 1.30 tengah hari pada 7 Nov 2018.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabitkan kesalahan.
Pada Mac tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 20 Ogos 2021 terhadap lelaki itu.
Selain kes bunuh, pada 2019 Hazmi turut dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, atas dua pertuduhan seksual memasukkan jari ke dalam kemaluan dan dubur bayi itu.
Media sebelum ini melaporkan bayi itu meninggal dunia selepas dua hari berada dalam keadaan kritikal di Hospital Serdang, Selangor, dipercayai akibat penderaan fizikal dan seksual oleh suami pengasuh bayi tersebut.
Ibu mangsa sebelum ini dimaklumkan bahawa bayi itu dihantar ke hospital oleh pasangan terbabit yang mendakwa kanak-kanak itu tercekik buah epal.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 02 2024

Lelaki itu sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabitkan kesalahan.- Gambar fail/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Polis Selangor lupus dadah bernilai RM131.71 juta
Polis Selangor hari ini melupuskan 1.99 tan metrik dan 267,711.02 liter pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM131.71 juta yang telah selesai kes mahkamah.

Kes bunuh Zulfarhan: 'Ibu bapa mana tidak kecewa, marah, sedih...' - Hakim
"Ibu bapa mana yang tidak kecewa, marah, sedih dan menangisi pemergian anak kesayangan mereka apabila mayat si mati dikebumikan dalam keadaan yang cukup memilukan dan menyayat hati".

Pembunuh bayi Zara kekal ke tali gantung
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bekas tukang gunting yang membunuh seorang bayi perempuan dikenali 'Zara'.

Kes dadah: Nasib Yasin diketahui esok
Sama ada Yasin dibebaskan atau disabitkan bersalah atas tiga pertuduhan dadah akan diputuskan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya esok.

Bunuh pemandu Grab, dua warga asing dihukum gantung
Nurulhuda dalam penghakiman memaklumkan tiada pembelaan yang timbul dan berbangkit berhubung kejadian pembunuhan pemandu perkhidmatan p-hailing itu.

Menangis, bersyukur nyawa tak berakhir di tali gantung
Aidil mengakui menyesal dengan kesalahan pernah dilakukan kerana terlalu kejarkan pendapatan lumayan hasil daripada penjualan dadah.

Hukuman mati: 'Permudahkan proses bawa balik jasad Nagaenthran' - Peguam
Kerajaan Malaysia, termasuk ahli perniagaan terkemuka Britain, Sir Richard Branson, cuba menggesa agar hukuman itu dihentikan, namun gagal.

Bapa 3 anak dihukum gantung sampai mati miliki dadah
Tertuduh yang merupakan seorang penganggur hanya tunduk diam sambil menitiskan air mata ketika hukuman itu dijatuhkan hakim.

Edar dadah, lelaki warga Thailand berdepan hukuman gantung sampai mati
Tertuduh yang juga seorang penganggur didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine dan ganja pada 17 Ogos lalu.

Lelaki dijatuhi hukuman mati selepas bersalah bunuh teman wanita
Seorang bekas pemandu bas kilang dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru selepas didapati bersalah membunuh teman wanitanya lima tahun lalu.