KUALA LUMPUR: Pembukaan semula sepenuhnya sempadan negara akan membolehkan pelancong perubatan kembali ke Malaysia untuk menjalani rawatan di hospital yang terhenti sejak awal 2020, kata Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) Datuk Dr Kuljit Singh.
Sambil mengalu-alukan saranan Majlis Pemulihan Negara (MPN) agar sempadan negara dibuka sepenuhnya mulai 1 Mac tanpa keperluan kuarantin, beliau berkata langkah itu juga akan membantu memulihkan sektor pelancongan perubatan yang telah menjana sebanyak RM1.7 bilion kepada negara pada 2019.
Katanya, persatuan itu mempunyai 151 hospital sebagai ahli di seluruh negara dan majoriti daripada hospital berkenaan merawat pelancong perubatan, terutama dari negara jiran.
"Bagaimanapun, hospital swasta akan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan mengenai saringan pelancong perubatan sebelum menerima pelancong perubatan sebagai pesakit.
"Kami hanya menerima pelancong perubatan yang divaksin sepenuhnya dengan dos penggalak (sebaik-baiknya) supaya kurang risiko bagi mereka mengalami sakit teruk sekiranya terdapat jangkitan COVID-19 semasa menjalani rawatan dan seterusnya melindungi penyedia penjagaan kesihatan tempatan kita," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Pengerusi MPN Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan kepada kerajaan supaya sempadan negara dibuka seawal 1 Mac ini, tanpa keperluan kuarantin wajib.
Dalam pada itu, Dr Kuljit berkata hospital swasta di negara ini bersedia menerima pesakit dari hospital awam sekiranya berlaku lonjakan kes pesakit Omicron di fasiliti kerajaan.
Beliau berkata semasa kemuncak kes COVID-19 varian Delta tahun lepas, 113 hospital swasta menerima pesakit dari 49 hospital Kementerian Kesihatan.
"Kami yakin untuk meneruskan sokongan kepada kerajaan untuk meringankan beban seperti yang disarankan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam ucapannya pada 7 Feb lalu. Hospital swasta telah dimasukkan dalam Pasukan Petugas Bertindak Pantas COVID-19 (RRTF) Kebangsaan untuk memudahkan proses ini," tambahnya.
Dr Kuljit APHM juga menggesa orang ramai agar segera mendapatkan dos penggalak mereka.
"Ia terbukti di seluruh dunia, vaksinasi lengkap dengan dos penggalak telah mengurangkan kesan lebih teruk wabak dan membantu menggalakkan pemulihan ekonomi dengan pembukaan sempadan antarabangsa," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 09 2022
![Pembukaan semula sempadan bolehkan pelancong perubatan kembali ke Malaysia - APHM Pembukaan semula sempadan bolehkan pelancong perubatan kembali ke Malaysia - APHM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644383221_habperubatankesiha.jpg)
Langkah pembukaan sempadan akan membantu memulihkan sektor pelancongan perubatan yang telah menjana sebanyak RM1.7 bilion kepada negara pada 2019. - Bernama
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739722620_AaronAgoDagang.jpg)
Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
![Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739721142_JoaoLourenco.jpg)
Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU
Presiden Angola Joao Lourenco pada Sabtu mengambil alih jawatan pengerusi Kesatuan Afrika (AU).
![Tentera Sudan buka semula sempadan dengan Eritrea Tentera Sudan buka semula sempadan dengan Eritrea](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693719903_TBMSF.jpg)
Tentera Sudan buka semula sempadan dengan Eritrea
Panglima tentera Sudan Jeneral Abdel Fattah al-Burhan pada Sabtu mengarahkan pembukaan semula sempadan negara dengan Eritrea, menurut satu kenyataan rasmi.
![Pembukaan semula sempadan antara faktor kenaikan jumlah keuntungan Tabung Haji - Pakar Pembukaan semula sempadan antara faktor kenaikan jumlah keuntungan Tabung Haji - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81682744872_AgihanKeuntunganTa.jpg)
Pembukaan semula sempadan antara faktor kenaikan jumlah keuntungan Tabung Haji - Pakar
Pembukaan semula sempadan negara selepas keadaan COVID-19 terkawal adalah antara faktor kenaikan jumlah keuntungan Lembaga Tabung Haji.
![Thailand alu-alukan kumpulan pelawat pertama dari China Thailand alu-alukan kumpulan pelawat pertama dari China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61675703259_BangkokStreetsgen.jpg)
Thailand alu-alukan kumpulan pelawat pertama dari China
Sebanyak 14 penerbangan yang membawa rombongan pelancong dari China dijadual tiba di Thailand pada Isnin.
![Pelancongan perubatan Pulau Pinang mula meningkat Pelancongan perubatan Pulau Pinang mula meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81672661283_YeohSoonHin.jpg)
Pelancongan perubatan Pulau Pinang mula meningkat
Jumlah pendapatan pelancongan perubatan Pulau Pinang meningkat secara eksponen berbanding RM66 juta yang direkodkan semasa 2021 kepada RM285 juta pada 2022.
![Ringgit meningkat pada hari terakhir dagangan berikutan pembukaan semula sempadan China Ringgit meningkat pada hari terakhir dagangan berikutan pembukaan semula sempadan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662613177_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit meningkat pada hari terakhir dagangan berikutan pembukaan semula sempadan China
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3995/4095 berbanding dolar AS kepada 4.4180/4215 sewaktu ditutup pada Khamis.
![Lebih sejuta pelancong tiba di Malaysia sejak 1 April Lebih sejuta pelancong tiba di Malaysia sejak 1 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654342301_LapanganAntarabangs.jpg)
Lebih sejuta pelancong tiba di Malaysia sejak 1 April
Lebih sejuta pelancong tiba di negara ini, iaitu melebihi separuh daripada sasaran dua juta pelancong antarabangsa yang ditetapkan kerajaan pada tahun ini.
![Sektor pelancongan domestik pantas catat pemulihan Sektor pelancongan domestik pantas catat pemulihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653784873_MustapaMuhamed.jpg)
Sektor pelancongan domestik pantas catat pemulihan
Bagi pelancongan antarabangsa, pemulihan sedang berjalan dengan pembukaan sempadan Malaysia-Thailand, Malaysia-Singapura pada 1 April lepas.
![Pembukaan semula 9 pusat pemeriksaan sempadan Thai-Malaysia dorong pemulihan ekonomi Pembukaan semula 9 pusat pemeriksaan sempadan Thai-Malaysia dorong pemulihan ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61653068614_PADANGBESAR.jpg)
Pembukaan semula 9 pusat pemeriksaan sempadan Thai-Malaysia dorong pemulihan ekonomi
Ia akan merangsang sektor pelancongan dan seterusnya meningkatkan perdagangan sempadan antara Thailand dan Malaysia.
![JPJ Perlis pantau kenderaan keluar masuk Malaysia-Thailand JPJ Perlis pantau kenderaan keluar masuk Malaysia-Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652259972_ExcoPerlis.jpg)
JPJ Perlis pantau kenderaan keluar masuk Malaysia-Thailand
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis sentiasa melakukan pemantauan sejak pintu sempadan Malaysia-Thailand dibuka.
![Pintu sempadan Padang Besar dibuka hari ini Pintu sempadan Padang Besar dibuka hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61651678585_PADANGBESAR.jpg)
Pintu sempadan Padang Besar dibuka hari ini
Satu lagi pintu sempadan Malaysia-Thailand iaitu Padang Besar akan dibuka hari ini, bermula 6 pagi hingga 10 malam setiap hari.