SEPANG: Umpama memenangi tiket loteri, kata seorang pemuda dari Klang, Selangor, yang berkongsi perasaannya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Melbourne, Australia di sini pagi tadi.
Ng Hou Jun, 26, yang bekerja sebagai jurutera perisian di negara itu berkata selepas hampir dua tahun tidak pulang ke Malaysia lantaran pandemik COVID-19 yang melanda dunia, perasaan gembira itu sukar digambarkan dengan kata-kata.
Beliau berkata walaupun sebelum ini kerajaan Malaysia membenarkan warga tempatan yang berada di luar negara untuk pulang ketika sempadan negara ditutup bermula Mac 2020, keperluan menjalani kuarantin bagi tempoh lama dirasakan agak membebankannya, lantaran itu Ng membuat keputusan untuk tidak balik ke tanah air.
"Apabila saya akhirnya bersedia untuk menjalani kuarantin (sebaik tiba di Malaysia), pada 1 Mac lepas saya dan rakan wanita membeli tiket bertarikh 1 April 2022.
"Pada 8 Mac saya baca dalam media sosial kerajaan bersetuju membuka sempadan negara dan memansuhkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) antaranya keperluan kuarantin, saya rasa sangat gembira. Rasa macam menang loteri," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
SEMUA MENGENAI PEMBUKAAN SEMPADAN NEGARA DI SINI
Ng berkata beliau dan rakannya akan bercuti selama sebulan di Malaysia sebelum kembali semula ke Australia.
"Perancangan kami di Malaysia untuk melawat ahli keluarga dan rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa. Kami juga tak sabar nak ke (restoran) mamak makan roti telur dan nasi lemak yang kami rindukan," katanya.
Bagi pengusaha restoran nasi kandar Mohamed Shafiq Riswan Waris, 25, kerinduan terhadap datuk, nenek, emak dan pak cik saudara yang dipendam selama hampir setahun, terlerai sudah.
Sebaik datuknya, Datuk Mohamed Salibu, melangkah keluar dari Balai Ketibaan Antarabangsa KLIA, Mohamed Shafiq bersama empat sepupunya terus meluru ke sana dan memeluk lelaki itu yang baru tiba dari Chennai, India kira-kira pukul 6.30 pagi tadi.
"Datuk pergi ke India untuk berubat masalah buah pinggangnya dan sejak itu kami terpisah, hanya telefon menjadi penghubung kami.
"Sepanjang ketiadaan datuk, saya bersama ahli keluarga yang lain berusaha sedaya upaya menguruskan beberapa restoran datuk yang ada di Johor Bahru dan Melaka," katanya yang tidak sabar untuk menyambut Ramadan bersama-sama datuknya nanti.
Sementara itu, guru sekolah antarabangsa di Malaysia, Gary Crick, 46, mendapati proses ketibaan lebih mudah dan cepat, hanya mengambil masa sejam berbanding sebelum ini yang memakan masa lebih dua jam.
Manuel Villada, 29, dari Mexico pula berkata beliau menaiki penerbangan Oman Air dari Dubai ke KLIA untuk menghadiri mesyuarat perniagaan dengan syarikatnya yang berpangkalan di Malaysia.
"Saya memilih hari ini, tarikh 1 April bersebab kerana saya mahu elakkan kuarantin. Selain mesyuarat dan kerja, saya merancang untuk melawat tempat tarikan pelancong di sini," katanya dan menambah akan berada di Malaysia selama 10 hari.
Seorang lagi pengembara, Radu Lazar, 44, warganegara Romania berkata beliau merancang untuk berkunjung ke Malaysia pada Disember tahun lepas, bagaimanapun tertangguh berikutan kenaikan kes COVID-19 pada masa itu.
Beliau yang menaiki penerbangan Qatar Airways dari Doha berkata beliau merancang untuk menubuhkan satu cawangan syarikat di Malaysia, justeru beliau akan menginap beberapa minggu di sini untuk bertemu bakal rakan kongsi.
Lazar turut memuji proses yang lancar sebaik turun dari pesawat sehingga tiba ke Ketibaan Antarabangsa.
Pada 8 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan sempadan negara dibuka semula pada 1 April selari dengan perancangan negara memasuki fasa peralihan ke endemik.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 01 2022
Pengembara antarabangsa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. - Foto BERNAMA
Penjawat awam Pulau Pinang terima BKK setengah bulan gaji
Bantuan berkenaan akan dibayar pada bulan depan yang melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM6.88 juta.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
Malaysia sampaikan hasrat supaya Mesir buka sempadan - Speaker Dewan Rakyat
Hasrat itu telah disampaikan kepada Duta Besar Mesir ke Malaysia Ragai Tawfik Said Nasr yang hadir pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Pakistan buka semua lintasan sempadan utama dengan Afghanistan
Pakistan membuka semula lintasan sempadan utama dengan negara jiran Afghanistan kepada semua jenis lalu lintas pada Sabtu.
COVID-19: China akan analisis sampel daripada pelawat luar negara untuk kenal pasti varian
China yang membuka sempadannya pada Ahad selepas tiga tahun sekatan akibat COVID-19 akan menganalisis sampel daripada penumpang luar negara yang positif koronavirus untuk menentukan varian.
Hong Kong rancang umum rancangan buka sempadan dengan Tanah Besar China
Pihak berkuasa menyasarkan untuk membuka semula semua pintu masuk antara kedua-dua pihak secara beransur-ansur, teratur dan menyeluruh.
Thailand wajar buka sempadan bersamanya dengan Myanmar mudahkan bantuan kemanusiaan
Malaysia dan Indonesia selaku anggota pengasas ASEAN perlu menerajui usaha untuk meminta Thailand membuka sempadannya dengan Myanmar bagi memudahkan usaha bantuan kemanusiaan dilaksanakan.
Buka sempadan: Padang Besar lengang, hanya 8 individu masuk ke Thailand
Keadaan itu tidak ubah seperti apa yang berlaku di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Wang Kelian, Perlis, 1 April lalu.
Seramai 204,927 pelawat Singapura masuki negara sejak 1 April - Nancy
Trend peningkatan itu memberi sinar harapan meyakinkan bahawa sektor pelancongan negara dalam landasan pemulihan positif.
Pembukaan sempadan negara: Peniaga kuih raya tidak menang tangan
Walaupun terdapat permintaan tinggi daripada pelanggan, ada yang berdepan masalah pengeluaran produk kerana kekurangan tenaga pekerja.
Sarawak dipilih destinasi lawatan pelancong sempena MATTA Fair 2022
Penyertaan Sarawak dalam pameran pelancongan pengguna terbesar negara itu, adalah tepat pada masanya susulan pembukaan semula sempadan negara.
Tiga stesen minyak disiasat benarkan kenderaan asing isi RON95 - KPDNHEP
KPDNHEP menerima tujuh aduan berkaitan dakwaan itu setakat ini.