KOTA KINABALU:Pembukaan semula aktiviti mendaki Gunung Kinabalu yang dijadual pada 7 Dis ini pastinya menggembirakan para malim gunung selepas hilang punca pendapatan sejak Mac, namun mereka perlu bersedia agar tidak mengalami mabuk gunung kerana tidak mendaki bagi tempoh yang lama.
Bercerita kepada Bernama, Jahimin Waimi, 50, yang menjadi malim gunung sejak 2004 mengakui perkara itu kerana pernah mengalami mabuk gunung apabila tidak mendaki dalam tempoh sekurang-kurangnya sebulan semasa berlakunya gempa bumi pada 2015.
Jahimin berkata beliau mengalami rasa pening dan mengantuk, simptom mabuk gunung, ketika berada pada ketinggian lebih 3,000 meter dari aras laut.
“Ia berlaku sebab perubahan pada ketinggian yang menyebabkan kekurangan oksigen,” katanya yang berasal dari Kampung Dumpiring, Kundasang.
Jahimin berkata biasanya beliau mendaki puncak Gunung Kinabalu setinggi 4,095 meter dari aras laut itu antara lima hingga enam kali sebulan bergantung kepada jadual yang ditetapkan pihak Taman-Taman Sabah (TTS).
Berkongsi pengalaman sama Mohammad Somihin, 24, dari Kampung Lembah Permai Kundasang yang menjadi malim gunung sejak 2009 juga mengakui akan mengalami gejala mabuk gunung sekiranya lama tidak mendaki gunung Kinabalu.
Mohamad yang menjadi malim gunung secara tetap bermula pada 2014 berkata beliau menghadapi keadaan itu apabila berada di penginapan iaitu di Panabalan yang berketinggian 3,272 meter dari aras laut.
“Saya akan pening tetapi tidaklah teruk, masih boleh dikawal dan untuk hilangkan mabuk itu saya akan keluar dari bilik penginapan, hirup udara segar selain membiasakan badan dengan suhu sekeliling,” katanya yang juga seorang ahli Pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat Gunung (Mosar).
Mohammad berkata kali terakhir beliau mendaki adalah pada 17 Mac lalu dan berikutan penutupan aktiviti pendakian itu pendapatan sebagai malim gunung juga terjejas dengan ada antara malim gunung menjalankan aktiviti pertanian bagi menampung perbelanjaan seharian.
Berbeza pula bagi porter David Solunggin, 42, beliau tidak menghadapi sebarang masalah mabuk gunung walaupun tidak mendaki dalam tempoh masa yang lama namun mengakui beberapa rakannya ada mengalami masalah berkenaan.
Sepanjang tiga tahun menjadi porter yang membawa barangan keperluan kakitangan TTS ke Panalaban, beliau tidak mengalami keadaan itu.
“Waktu aktiviti pendakian ditutup, saya masih mendaki sekali atau dua kali seminggu untuk menghantar barangan keperluan kakitangan yang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di Panalaban,” katanya yang menetap di Pekan Nabalu.
Pada Rabu lalu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah merangkap jurucakap COVID-19 negeri Datuk Masidi Manjun dilaporkan berkata aktiviti pendakian ke puncak Gunung Kinabalu akan dibuka pada Isnin ini dengan kapasiti jumlah pendakian tidak melebihi 50 peratus kapasiti pendaki yang dibenarkan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Aktiviti mendaki ditutup sementara pada 18 Mac lalu berikutan pelaksanaan PKP sebelum dibuka semula pada 16 Mei lepas namun ia ditutup semula pada 9 Okt bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 05 2020
Aktiviti mendaki ditutup sementara pada 18 Mac lalu berikutan pelaksanaan PKP sebelum dibuka semula pada 16 Mei lepas namun ia ditutup semula pada 9 Okt bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.
Sabah softwood peruntuk RM3.6 juta bina sekolah CLC sejak 2020
Bagi menyediakan akses pendidikan kepada anak anak pekerja ladang, RM3.6 juta diperuntukkan Sabah Softwood Berhad di Kalabakan sejak Julai 2020
ia pembinaan enam buah Sekolah Comunity Learning Centre (CLC) bagi anak-anak pekerja Indonesia yang bekerja di syarikat itu.
ia pembinaan enam buah Sekolah Comunity Learning Centre (CLC) bagi anak-anak pekerja Indonesia yang bekerja di syarikat itu.
Komuniti nelayan diperkukuh bantu dasar ekonomi biru
Kerajaan komited dalam usaha memperkukuh sosioekonomi komuniti nelayan tradisi di Sipitang melalui pelaksanaan inisiatif berkaitan ekonomi biru.
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Pelan tindakan ini menjadi panduan strategik, menggariskan pelbagai inisiatif yang akan diambil untuk meningkatkan sektor pelancongan Labuan dari 2025 hingga 2030.
Penerima SARA rancang perbelanjaan, utamakan keperluan asas
Kebanyakan penerima dan bakal penerima (SARA) di Lahad Datu sudah mula merancang perbelanjaan, termasuk membeli pelbagai barangan keperluan asas.
Bantuan: SARA melalui MyKad disalurkan bermula hari ini
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.
88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang
Kira-kira 88 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang rumah mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan di Jalan Nibong Tada pada rabu.
ASEAN 2025 | 15 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Malim gunung meninggal dunia di puncak Gunung Hitam
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa Norfazli Abd Aziz, 57, disahkan meninggal dunia pada jam 5.50 petang tadi oleh pegawai perubatan.
Malim gunung teruskan pencarian Muhammad Hawari di Gunung Everest
Ikhtiar bersama 20 syarikat sherpa lain demi menjalankan kerja pendakian di Gunung Everest untuk menyambung pencarian.
Taman Eko Rimba di Selangor dibuka semula bermula 1 Feb
Pembukaan semula itu meliputi enam Taman Eko Rimba dan jalur pendakian di tiga kawasan.
Terengganu kuat kuasa khidmat malim gunung bermula 2023
Terdapat 120 Malim Gunung Perhutanan di seluruh Terengganu dan jumlah itu dilihat cukup bagi memenuhi keperluan di lokasi berkenaan.
JPSM cadang kuat kuasa syarat guna khidmat malim gunung semasa aktiviti pendakian
Penggunaan MGP akan disyaratkan khususnya melibatkan aktiviti pendakian di HSK berisiko bagi memastikan keselamatan pendaki terjamin.
Lelaki meninggal dunia ketika daki Gunung Kinabalu
Mangsa yang berusia 51 tahun ditemukan malim gunung di KM 3.2 Gunung Kinabalu.
Jabatan Perhutanan Johor cadang wajibkan khidmat malim gunung
Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) bercadang mewajibkan semua aktiviti pendakian di Hutan Simpan Kekal (HSK) di negeri itu menggunakan perkhidmatan Malim Gunung Perhutanan (MGP) bermula Januari ta
COVID-19: Enggan putus asa, malim gunung tanam sayur, buah sara kehidupan
Aktiviti mendaki Gunung Kinabalu yang terjejas berikutan COVID-19 mendorong beberapa malim gunung mengusahakan tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai alternatif bagi menjana pendapatan.
Vaksinasi COVID-19 persiap malim gunung Kinabalu terima pelancong
Suzana berkata vaksinasi sangat penting bukan hanya untuk melindungi diri mereka daripada jangkitan wabak tetapi juga kepada pelancong yang dibawa mendaki Gunung Kinabalu nanti.
Pembukaan aktiviti mendaki, malim gunung perlu sedia hadapi mabuk gunung
Jahimin pernah mengalami mabuk gunung apabila tidak mendaki dalam tempoh sekurang-kurangnya sebulan semasa berlakunya gempa bumi pada 2015.