KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu akan menguatkuasakan perkhidmatan Malim Gunung Perhutanan (MGP) di beberapa lokasi utama dalam kawasan hutan simpan kekal yang menjadi tumpuan pendaki di negeri ini bermula 1 Jan tahun depan.
Lokasi itu termasuk Gunung Sarut di Setiu; Gunung Tebu dan Gunung Bukit Tangga di Besut; Gunung Chemerong, Berembun dan Langsir serta Bukit Bauk di Dungun.
Pengerusi Jawatankusa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri Ariffin Deraman berkata penguatkuasaan itu selaras dengan arahan Jabatan Perhutanan yang mewajibkan penggunaan khidmat MGP tahun depan atas faktor keselamatan.
Beliau berkata terdapat 120 MGP di seluruh negeri ini dan jumlah itu dilihat mencukupi untuk memenuhi keperluan di lokasi berkenaan.
"Kami ada 120 MGP yang berdaftar seluruh negeri, mereka ini telah dilatih dengan ilmu, kepakaran dan arif dengan kawasan masing-masing.
"Kami amat menyokong penguatkuasaan penggunaan MGP yang dilihat bukan sahaja baik untuk soal keselamatan, tetapi turut mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat," katanya selepas majlis penyampaian penajaan program Mount Tebu Climbathon Challenge (MTCC) di sini, hari ini.
Dalam perkembangan lain, Ariffin berkata kerajaan negeri juga menjalin kerjasama rapat dengan penggiat sukan dan rekreasi di seluruh negeri bagi merancakkan lagi sektor pelancongan berasaskan sukan.
Menurutnya, penganjuran program seperti MTCC adalah antara inisiatif yang dilaksanakan bagi menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini.
"Kami ada banyak lagi gunung yang cantik dan berpotensi untuk menjadi tarikan pengunjung terutama peminat sukan pendakian.
"Amat rugi jika kita terus mensia-siakan alam semula jadi kurniaan Tuhan ini kerana ia sebenarnya boleh dimanipulasi dengan baik untuk menjana pendapatan negeri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 28 2022

Ariffin (tiga, kiri) bergambar bersama Presiden Kelab Kembara Terengganu Muhamad Rafi Kori (tiga, kanan) pada majlis penyerahan penajaan dan sidang media MTCC 2022 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, 28 Sept 2022. --fotoBERNAMA

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Sesi persekolahan 2025/2026 di Kedah, Terengganu, Kelantan bermula hari ini
Sesi persekolahan 2025/2026 di semua sekolah di Kedah, Terengganu dan Kelantan bermula seperti dijadualkan hari ini.

Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan
Polis menahan tujuh individu termasuk seorang pegawai wanita sebuah institusi kewangan semalam kerana disyaki menipu untuk mendapatkan pembiayaan peribadi berjumlah RM1.325 juta.

Sifat tamak, ingin cepat kaya dorong peningkatan kes mangsa pelaburan - Polis
Keinginan untuk cepat kaya dikenal pasti menjadi pendorong kepada peningkatan bilangan mangsa jenayah komersial terutamanya membabitkan pelaburan tidak wujud di Terengganu.

Polis tahan bomoh muda cabul kanak-kanak
Polis menahan seorang bomoh lelaki selepas didakwa mencabul seorang kanak-kanak perempuan di daerah Kemaman pada 31 Januari lepas.

Fenomena air pasang dan ombak besar berakhir, PPS di Terengganu ditutup
PPS terakhir, iaitu Balai Raya JPKK Bandar Paka yang dibuka pada 12 Jan, ditutup kira-kira 8 malam ini.

Bomba Terengganu pantau 21 lokasi hakisan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu menjalankan rondaan di 21 lokasi pantai tumpuan ramai yang kini diancam bahaya akibat hakisan.

Ubur-ubur api terdampar di Terengganu bukan dari perairan tempatan
Ubur-ubur api atau Portuguese Man of War yang terdampar di Terengganu mempunyai sengatan berbisa dan boleh mendatangkan kesan kecederaan teruk serta berbahaya.

Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.

Banjir di Terengganu dan Kelantan semakin pulih, satu PPS Baharu dibuka di Johor
Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu semakin pulih dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kian berkurangan.

Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan dan Terengganu hingga esok
Beberapa kawasan di Kelantan melibatkan Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai.