Apabila golongan B40 dan miskin tegar berasa selesa hidup dalam kesempitan, itu adalah berita buruk dan kegagalan bagi pembuat dasar.
Itu tegas Penyelidik Kanan DM Analytics, Zouhair Rosli yang terlibat secara langsung dalam kajian dijalankan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Dana Populasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) yang menerbitkan laporan Families On The Edge – Siri Ogos 2020.
Kajian itu melibatkan 500 isi rumah berpendapatan rendah di beberapa buah Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar Kuala Lumpur sejak Disember 2019 hingga berakhirnya Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mei lalu.
“Kami membuat temubual mengenai kesejahteraan sebab ingin mengetahui daripada mulut mereka sendiri macam mana mereka gambarkan kehidupan mereka dan salah satu yang ditanya ialah adakah responden mengalami tekanan hidup dalam keadaan sempit di PPR?
“PPR memang sempit, ada juga yang hidup lebih daripada dua generasi maksudnya hidup dengan datuk dan nenek mereka.
“Jawapan yang kami terima ialah mereka sudah biasa hidup dalam keadaan sempit dan tidak tertekan mengenai perkara itu,
"Mereka hanya tertekan dengan keadaan kewangan bermaksud bagi saya ini adalah salah satu berita yang paling buruk untuk pembuat dasar kerana kegagalan memberikan apa yang sepatutnya mereka dapat,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam temubual eksklusif bersama dengan Astro AWANI dalam program AWANI Pagi yang membincangkan mengenai laporan Families On The Edge – Siri Ogos 2020, pada Rabu.
Selain kesempitan rumah, kajian itu juga menyatakan telur dan mi segera adalah dua makanan ruji buat keluarga yang tinggal di beberapa buah PPR sekitar Kuala Lumpur.
Mengulas lanjut, Zouhair berharap isu yang membelenggu sosio ekonomi dan kehidupan golongan B40 dan miskin tegar ini tidak hanya dibincangkan semasa krisis kesihatan COVID-19 sebaliknya, dibincangkan secara berterusan.
“Ini kerana golongan ini telah lama menghadapi kesempitan hidup, menjalani kehidupan dalam keadaan yang serba-serbi kekurangan,” jelasnya.
Menyentuh mengenai Program Bantuan kerajaan untuk memperkasakan B40 pula, beliau berkata, karenah birokrasi menjadi punca mengapa inisiatif yang dirancang tidak mencapai objektif dan kurang keberkesanannya.
“Masalah birokrasi yang kita hadapi sekarang kita perlu sedar apabila membuat sesuatu program ia perlu fokus kepada objektif program itu, jika birokrasi terlalu menekan serta melambatkan apa yang kita mahu hasilnya tidak memuaskan.
“Mengambil contoh, TEKUN Nasional, daripada 14 dokumen yang harus dikemukakan kini hanya perlu berikan empat sahaja dan apabila sudah mendapat bantuan barulah dokumen lain akan diminta,” jelas beliau.
Sebelum ini, laporan Ketua Audit Negara Tahun 2018 Siri 3 mendedahkan Program Khas bagi kumpulan B40 dikenali sebagai Program Peningkatan Kapasiti dan Kapabiliti Kumpulan Khusus (PPKK) tidak diurus dengan baik oleh agensi-agensi yang terlibat.
Terdapat kelompongan dalam program ini seperti pengurusan kewangan yang lemah, kelulusan dan pengagihan dana yang perlahan serta banyak lagi yang menjurus kepada kelewatan pelaksanaan program yang menjejaskan keberkesanan program.
“Kita ada banyak program kalau tidak silap saya lebih 100 merentasi pelbagai agensi untuk golongan B40 tetapi jika orang yang melaksanakannnya masih lagi tidak betul, buat program banyak mana sekalipun tidak efektif.
“Sama konsepnya dengan kontrak kepada bumiputera, kita bagi kepada bumiputera kawan-kawan kita, kita bagi kepada bumiputera yang ada surat sokongan walhal kita perlu bagi kepada bumiputera yang benar-benar layak,” ujar beliau.
Afiezy Azaman, Nailah Huda
Wed Sep 02 2020
Selain kesempitan rumah, kajian juga mendapati telur dan mi segera adalah dua makanan ruji buat keluarga yang tinggal di beberapa buah PPR sekitar Kuala Lumpur. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peguam Khas AS gugur kes manipulasi pilihan raya terhadap Trump
Kes dokumen sulit telah digugurkan pada Julai oleh Hakim Mahkamah Daerah AS Aileen Cannon di Florida dengan Smith pada ketika itu merancang untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Pendidikan, nilai kemanusiaan penting diterapkan dalam kalangan generasi muda
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita boleh berjaya dalam pelbagai aspek seperti sains, teknologi dan lain-lain namun tidak boleh sama sekali hilang nilai kemanusiaan.
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan - Amir Hamzah
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menjadi fokus utama skim ini, yang melibatkan lebih 9 juta penerima.
Perkasa komuniti PPR, elak terjerumus menjadi setinggan bertingkat - Pengarah Program K2K
Keluarga dalam kalangan B40 memerlukan pendekatan khusus untuk menyerlahkan potensi sebagai golongan masyarakat yang ada kekuatan tersendiri.
Gamuda tingkat komitmen biasiswa kepada RM30 juta, perkasa 123 pelajar
Ia bakal beri manfaat kepada 123 pelajar, meningkat daripada 79 pelajar tahun lepas, dengan lebih 70% penerima daripada kumpulan B40.
Pemilik kenderaan diesel golongan B40, M40 di Semenanjung layak mohon BUDI MADANI
Mereka layak memohon bagi sumbangan tunai kerajaan melalui Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI, mulai esok (28 Mei).
Selangor catat jenayah seksual tertinggi di Malaysia
Selangor mencatatkan kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun di negara ini.
Melaka hasrat buka sekolah autisme bagi golongan kurang mampu
Kalsom berkata, ketika ini terdapat keluarga dalam kalangan B40 yang tidak mampu menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak autistik.
Bayaran haji B40 tahun ini RM12,356 - TH
TH mengumumkan kadar bayaran bagi bakal haji muassasah kumpulan B40 yang akan menunaikan ibadah itu buat kali pertama, ditetapkan pada RM12,356 seorang tahun ini.
Subsidi lebih RM4.4 juta dalam 679 Program Jualan Rahmah di Kelantan
Jumlah itu diperolehi selepas pihaknya menjalankan 679 PJR dengan hasil jualan melebihi RM24 juta di 14 kawasan parlimen.
'Ada anggota polis golongan B40, miskin bandar'
Setiap anggota baharu dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh dikategorikan sebagai B40 apabila menerima gaji permulaan sebanyak RM1,441.
Skim Perubatan MADANI ringankan beban B40, rakyat harap diperluaskan
Seorang pesara berkata, skim itu dapat meringankan beban kewangan dan membantu memendekkan masa menunggu untuk rawatan.