KOTA BHARU: Pembinaan terowong terpanjang dalam projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) atau Genting Tunnel membabitkan dua negeri, Pahang dan Selangor akan bermula pada Mei ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, proses pembinaan Genting Tunnel tersebut dijangkakan mengambil masa selama dua setengah tahun untuk siap.
“Kerja-kerja pembinaan 59 terowong sepanjang 61.1 km di laluan ECRL ini kebanyakkan sudah berjalan.
“Bagi pembinaan terowong terpanjang Genting Tunnel iaitu sejauh 16.39 km membabitkan negeri Pahang dan Selangor akan bermula Mei ini,” katanya kepada pemberita pada Majlis Ifftar bersama MRL di Hotel Perdana, di sini, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Genting Tunnel membabitkan proses pembinaan terowong sepanjang kira-kira 10 km di Pahang manakala lebih 6 km di Selangor.
“Proses mengorek terowong akan mengambil masa dalam dua tahun setengah dengan kadar produktiviti antara 400 meter (m) ke 600 m sebulan.
“Secara keseluruhan kami tidak menghadapi banyak masalah dan banyak isu-isu yang sudah diselesaikan dengan kerjasama baik daripada semua pihak terutama kerajaan di negeri-negeri yang terlibat,” katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) setakat ini mencapai kemajuan keseluruhan sebanyak 28.57 peratus membabitkan jajaran di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.
“Pencapaian ini berada pada landasan tepat ECRL yang disasarkan untuk siap sepenuhnya pada Disember 2026 dengan secara keseluruhannya rangkaian rel sepanjang 665 kilometer (km).
“ECRL di Kelantan yang merangkumi jajaran sepanjang 43.86 km peratus dengan kemajuan kerja-kerja infrastruktur yang dicapai ketika ini adalah sebanyak 21.57 peratus dan proses pengambilan tanah untuk jajaran utama di negeri ini sudah selesai sepenuhnya dengan kerjasama Kerajaan Kelantan dan agensi serta jabatan yang terlibat melancarkan projek ECRL di negeri ini,” katanya.
Ujar beliau, penumpang ECRL disasarkan sebanyak 5.6 juta setahun dengan satu trip berkapasiti 440 orang pada menggunakan enam gerabak pada satu-satu masa.
“Harga tiket belum diputuskan lagi dan itu bergantung kepada kerajaan negeri pada masa akan datang apabila ECRL siap sepenuhnya nanti.
“ECRL yang akan beroperasi pada 1 Januari 2027 menyaksikan kita akan mempunyai sistem pengangkutan yang lebih canggih dan moden di negeri-negeri Pantai Timur selain memendekkan waktu perjalanan Kuala Lumpur-Kelantan-Kuala Lumpur kepada empat jam berbanding enam hingga tujuh jam pada kebiasaan,” katanya.
*Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 12 2022
Darwis berkata, proses mengorek terowong akan mengambil masa dalam dua tahun setengah dengan kadar produktiviti antara 400m ke 600m sebulan. - Foto Sinar Harian
Kenya seru negara Afrika terima zon ekonomi khas untuk pacu pertumbuhan
Presiden Kenya William Ruto pada Khamis menyeru negara-negara Afrika untuk mengintegrasikan zon ekonomi khas (ZEK) dalam strategi transformasi benua bagi memacu pertumbuhan, lapor Xinhua.
Astro AWANI unggul raih lima anugerah media di MPRA 2024
Astro AWANI unggul selepas berjaya meraih lima anugerah di Malaysia Public Relations Awards 2024 di ibu negara, malam ini.
Tumpuan Sabtu – 30 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MADA pantau kenaikan paras sungai utama, elak kesan buruk di kawasan MUDA
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) telah mengambil beberapa tindakan awal berikutan hujan berterusan di kawasan Muda bermula sejak Selasa lepas.
Thailand, Singapura bincang keselamatan makanan dalam perbincangan peringkat tinggi
Keselamatan makanan, keselamatan tenaga dan kesalinghubungan digital antara topik utama yang dibincangkan semasa pertemuan antara Paetongtarn Shinawatra dan Lawrence Wong pada Khamis.
Consider This: The Myanmar Crisis (Part 2) — Malaysia’s Priorities as ASEAN Chair
As Malaysia takes the helm of ASEAN in 2025, the Myanmar crisis will become a defining challenge for Malaysia’s chairmanship. The 5-Point Consensus has seen little success since its inception in 2021. With the humanitarian situation worsening and political dialogue at a standstill, many are questioning whether ASEAN’s traditional approach has run its course. Can Malaysia’s chairmanship deliver new solutions? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Professor Emeritus Johan Saravanamuttu, Adjunct Professor at Universiti Malaya’s Asia Europe Institute.
Kes bunuh pelajar vokasional: Rakan lihat kesan calar, lebam pada badan mangsa
Seorang pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau melihat kesan calar dan lebam pada belakang badan rakannya yang ditemukan mati pada 22 Mac lepas.
Stadium Darul Makmur kembali beroperasi Mac 2025
Stadium Darul Makmur dijangka beroperasi sepenuhnya pada Mac tahun depan selepas mengambil kira tempoh matang rumput Bermuda Tifgrand yang ditanam bagi menggantikan rumput jenis Cow Grass.
AWANI Ringkas: Tanah runtuh | Bencana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Banjir terburuk | Bantuan kemanusiaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pembinaan Genting Tunnel ECRL bermula Mei
Proses pembinaan Genting Tunnel tersebut dijangkakan mengambil masa selama dua setengah tahun untuk siap.