KUALA LUMPUR: Projek pembinaan eskalator di Kuil Hindu Batu Caves tidak akan melibatkan laluan 272 anak tangga ke gua kuil Sri Subramaniar yang menjadi sebahagian daripada tarikan pelancong ke kawasan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kuil Sri Subramaniar Swamy Tan Sri R. Nadarajah berkata sebaliknya, pembinaan projek tersebut akan dilaksanakan di sebelah kanan kaki bukit batu kapur itu menuju ke gua kuil Sri Subramaniar bagi menjaga kecantikan semula jadinya.
"Boleh sahaja kalau nak percepatkan projek ini kita bina eskalator atas tangga, macam sekarang ada empat laluan tangga kita boleh ambil bahagian kiri dan kanan, tetapi sifat semula jadi Batu Caves itu akan hilang dan ia akan nampak buruk," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata projek itu juga bertujuan meringankan beban penganut warga emas dan kanak-kanak sekali gus mempercepatkan pergerakan mereka ke kuil tersebut.
Pada 19 Jan lepas pengurusan Kuil Hindu Batu Caves dilaporkan akan membina eskalator di kawasan tarikan pelancong berkenaan tahun ini sebagai alternatif kepada 272 anak tangga yang perlu diambil pelawat dan penganut Hindu untuk sampai ke gua kuil Sri Subramaniar.
Nadarajah dilaporkan berkata eskalator itu satu daripada dua projek yang akan dimulakan selepas sambutan Thaipusam nanti bersama dengan pembinaan dewan serbaguna yang menelan belanja kira-kira RM35 juta.
Selain itu, menurutnya Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari telah menyatakan komitmennya untuk melaksanakan projek tersebut dan kesemua pelan berjalan lancar hanya menunggu kelulusan daripada Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Selangor.
Beliau turut menghargai komitmen ditunjukkan kerajaan yang bersetuju untuk menyalurkan dana pembangunan kepada Jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy bagi pembinaan dewan serbaguna sekali gus melengkapkan projek pembangunan Pusat Kebudayaan India di sini.
"Pusat kebudayaan ini akan menjadi hab bagi orang ramai untuk menyelami dan memahami budaya masyarakat India di Malaysia. Pusat tersebut akan ada gerai makan, pameran kesenian dan muzik serta muzium," katanya sambil menambah dewan tersebut apabila siap mampu memuatkan 3,000 orang dalam satu masa.
Terdahulu, kerajaan bersetuju untuk membantu pihak Jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy, Batu Caves dari segi dana pembangunannya, selain perkara itu turut mendapat persetujuan dalam pertemuan antara Menteri Digital Gobind Singh Deo dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 25 2024

Penganut-penganut agama Hindu menaiki 272 anak tangga Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves bagi menunaikan upacara keagamaan sempena perayaan Thaipusam hari ini. - Foto BERNAMA

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Pembinaan eskalator di Batu Caves tidak libatkan 272 anak tangga
Projek pembinaan eskalator di Kuil Hindu Batu Caves tidak akan melibatkan laluan 272 anak tangga ke gua kuil Sri Subramaniar yang menjadi sebahagian daripada tarikan pelancong ke kawasan itu.