KOTA BHARU: Pembinaan 91 menara telekomunikasi baharu di Kelantan yang dilaksanakan menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) sejak tahun 2020 bakal memberi manfaat kepada 1.8 juta penduduk di negeri tersebut untuk menikmati liputan jaringan telekomunikasi 4G.
Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Kelantan Abd Mubin Mohd Zain berkata setakat Disember tahun lepas, sebanyak 43 daripada 91 menara baharu tersebut telah siap dibina manakala bakinya dijangka selesai menjelang akhir tahun ini.
Katanya, selain pembinaan menara baharu komunikasi sebanyak 1,377 stesen pemancar komunikasi sedia ada juga telah dan akan dinaik taraf kepada liputan 4G.
"Sejumlah 54,700 premis di seluruh negeri telah dan akan disediakan dengan akses gentian optik sehingga penghujung 2022.
"Angka ini cukup tinggi dan sangat baik bagi negeri Kelantan," katanya kepada Bernama dan RTM ketika melawat menara komunikasi di Kampung Chengal, di sini baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Abd Mubin berkata sehingga Disember 2021 peratusan liputan 4G di Kelantan telah mencapai 95.18 peratus meliputi populasi di seluruh Kelantan.
"Ia menunjukkan perkembangan positif yang sasaran di peringkat nasional menjelang penghujung tahun ini adalah 96.9 peratus," katanya.
Beliau turut mengakui pihaknya berdepan pelbagai cabaran terutama membabitkan kawasan pedalaman untuk melaksanakan pembinaan menara baharu dalam usaha menyediakan hubungan digital yang baik kepada rakyat di negeri ini.
"Terbaru, MCMC telah meluluskan 35 lokasi pembinaan menara baharu di bawah projek JENDELA Fasa 1 membabitkan kawasan luar bandar dan juga 18 lokasi perkhidmatan jalur lebar menggunakan teknologi satelit yang melibatkan perkampungan Orang Asli sekali gus membuatkan pembinaannya agak mencabar terutamanya untuk memasuki ke kawasan berkenaan.
"Sebagai contoh, banjir baru-baru ini ia telah menyebabkan jambatan di sebuah perkampungan Orang Asli runtuh dan tidak dapat dilalui. Aktiviti pembinaan menara berkenaan tergendala, kami cuba berbincang dengan pihak berkaitan supaya menyegerakan pembinaan semula jambatan itu agar kami dapat mempercepatkan pembinaan di kawasan berkenaan," katanya.
Tambah beliau, antara cabaran lain yang dihadapi termasuk dari segi pentadbiran untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak berkaitan memandangkan setiap pembinaan infrastruktur menara membabitkan penggunaan tanah yang memerlukan kelulusan daripada pihak kerajaan negeri.
"Setiap infrastruktur pembinaan menara baharu ia akan melibatkan penggunaan tanah yang mana ia menjadi hak kerajaan negeri dan pihak pemohon perlu melalui beberapa proses yang melibatkan tambahan masa bagi mendapatkan kelulusan," katanya.
Ketika ditanya sama ada pihaknya berdepan dengan vandalisme mahupun kecurian peralatan seperti kabel, Abd Mubin berkata kebelakangan ini tiada laporan diterima membabitkan kejadian itu di menara komunikasi yang dibina kerana kebanyakan menara menggunakan gentian optik dan bukan tembaga.
"Kalau dulu gunakan tembaga mungkin sebab itu sering berlaku kecurian dan sebagainya, namun sekarang kebanyakan telah guna gentian optik sekali gus dapat mengurangkan kejadian yang tidak diingini termasuk kes kecurian kabel dan sebagainya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 18 2022

Setakat Disember tahun lepas, sebanyak 43 daripada 91 menara baharu tersebut telah siap dibina manakala bakinya dijangka selesai menjelang akhir tahun ini. - Gambar fail/Bernama
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

JENDELA: Lebih 4,600 stesen pemancar dinaik taraf di Sabah
Sebanyak 4,629 stesen pemancar sedia ada di Sabah dinaik taraf menerusi JENDELA bagi memastikan tahap kesalinghubungan dan perkhidmatan internet berada pada tahap terbaik demi kesejahteraan rakyat.

Infrastruktur telekomunikasi di Mekah dipertingkat demi kesalinghubungan di Tanah Suci
Antara penambahbaikan ialah pemasangan lebih 6,200 menara komunikasi di seluruh Mekah dan Madinah mewakili peningkatan 74 peratus berbanding 2019.

MCMC bina menara komunikasi baharu di Padang Serai
MCMC terima laporan dan aduan berhubung kira-kira 8,000 penduduk berhadapan dengan ketiadaan rangkaian komunikasi

Kerja baik pulih menara komunikasi terbakar di Serting Tengah masih dilaksana
Kerja baik pulih menara komunikasi di Bukit Bunga, Serting Tengah di Negeri Sembilan yang musnah dalam kebakaran pada Sabtu lepas masih dilaksana.

Pembinaan 91 menara baharu bakal beri manfaat kepada 1.8 juta penduduk Kelantan
Setakat Disember tahun lepas, sebanyak 43 daripada 91 menara baharu tersebut telah siap dibina manakala bakinya dijangka selesai menjelang akhir tahun ini.

Kerja pengoptimuman menara komunikasi di Padang Besar, Perlis dimulakan
Kerja pengoptimuman itu dijalankan berhampiran Kampung Baharu dan Sungai Chuchuh, Padang Besar.

Perkhidmatan internet di lebih 17 kawasan Paya Besar, Pahang dipertingkatkan
Secara keseluruhan di bawah pelan JENDELA di Paya Besar, sebanyak 23 menara baharu akan dibina.

Radiasi menara komunikasi di kawasan kediaman tidak jejas kesihatan - MCMC N. Sembilan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Negeri Sembilan menjelaskan keberadaan infrastruktur komunikasi berhampiran beberapa kawasan kediaman tidak akan memudaratkan kesihatan orang awam.

13 menara komunikasi mula beroperasi di empat daerah Johor
Pembinaan menara berkenaan yang dilaksanakan di bawah Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS).

JENDELA: Tiga menara komunikasi baharu mula operasi di Hulu Terengganu
Tiga menara itu dibina di Kolej Hutecs, Kampung Kepah dan Kampung Machang.