KUALA LUMPUR: Lebih 17 kawasan penempatan penduduk luar bandar dan kawasan sekitar Paya Besar, Pahang, kini mendapat perkhidmatan jalur lebar lebih baik melalui rangkaian 4G setelah sebuah menara baharu siap dibina dan 19 stesen pemancar dinaik taraf hingga 31 Ogos lepas.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan antara kawasan yang menerima liputan lebih baik menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) itu ialah Felda Bukit Sagu 1, Bukit Gambang Resort City, Felda Lepar Hilir 1, Felda Lepar Hilir 2, Felda Lepar Hilir 3, Felda Panching Timur dan Felda Bukit Sagu 4.
Turut mendapat perkhidmatan jalur lebar lebih baik ialah Kolej Matrikulasi Pahang, Sungai Semuji dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT1), Sri Jaya Interchange, kawasan Rehat dan Rawat Gambang, Kampung Gelugor, Kampung Kolek, Kampung Batu 37, Kampung Paya Bungor Kiri dan Kampung Semuji.
"Secara keseluruhan di bawah pelan JENDELA di Paya Besar, sebanyak 23 menara baharu akan dibina dan 67 stesen pemancar sedia ada akan dinaik taraf ke rangkaian 4G.
"Bagi perkhidmatan jalur lebar talian tetap pula, sebanyak 4,545 premis akan disediakan dengan capaian rangkaian gentian optik," menurut kenyataan itu.
Menurut MCMC, satu tinjauan telah dijalankan Khamis lepas bagi memantau perkembangan pelaksanaan projek terbabit dan kerja-kerja pelaksanaan projek JENDELA dijangka siap secara berperingkat bermula penghujung Disember 2021 hingga penghujung Mac 2022.
Dalam pada itu, MCMC turut menggesa orang ramai memanfaatkan JENDELA Map bagi mengetahui status liputan rangkaian perkhidmatan jalur lebar di kawasan tempat tinggal mereka.
Mereka juga disaran mengajukan maklum balas atau aduan kepada penyedia perkhidmatan bagi menambah baik kualiti serta liputan perkhidmatan jalur lebar di kawasan masing-masing.
Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman sesawang di pautan https://jendela.my.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 04 2021

Secara keseluruhan di bawah pelan JENDELA di Paya Besar, sebanyak 23 menara baharu akan dibina. - Gambar hiasan
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.

Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind
Hal itu merangkumi meningkatkan liputan jalur lebar, memperkasakan kemahiran digital dan menggalakkan inovasi dalam sektor teknologi.

Astro One tawar tiga pakej hiburan lebih fleksibel serendah RM49.99 sebulan
Astro One menggabungkan saluran televisyen terbaik, aplikasi penstriman popular dan pilihan jalur lebar berkelajuan tinggi.

Karnival Komunikasi 2024 dedah kepentingan jalur lebar, teknologi terkini
Karnival Komunikasi 2024 merupakan inisiatif bagi menarik minat komuniti setempat berkaitan inisiatif yang dianjurkan kementerian dan agensi.

7,410 port jalur lebar berkelajuan tinggi di bawah projek PoP sedia dilanggan di Sarawak
Sebanyak 7,410 port jalur lebar gentian optik berkelajuan tinggi di bawah projek Point of Presence (PoP) Kementerian Komunikasi telah dibangunkan dan sedia dilanggani oleh penduduk di Sarawak.

Liputan jalur lebar mudah alih 4G di Selangor capai 99.87 peratus suku pertama 2023 - Fahmi
Liputan jalur lebar mudah alih 4G di Selangor kini mencapai 99.87 peratus di kawasan berpenduduk dengan purata kelajuan mudah alih mencecah 55.96 Mbps (megabit sesaat) setakat suku pertama tahun ini.

KKD peruntuk RM3.9 bilion untuk projek PoP Fasa 2 - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) memperuntukkan sebanyak RM3.9 bilion bagi meneruskan pelaksanaan projek Point of Presence (PoP) Fasa 2.

Pakej internet RM69: Kaji semula kontrak 24 bulan - MCCA
Kontrak 24 bulan dalam Pakej Perpaduan beri bayangan negatif, tanggapan kapitalisma.

Harga MSAP yang baharu lebih rendah daripada MSAP yang lama
Mengambil contoh harga perkhidmatan borong jalur lebar berkelajuan tinggi 100 Mbps, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, harga baharu untuk 2023 ialah RM254.64 sebulan.

Pakej jalur lebar RM69, data tanpa had mula ditawar bulan depan - Fahmi
Golongan B40, veteran, Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas kini boleh mendapatkan perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan sehingga 30 Mbps bersama data tanpa had dengan harga hanya RM69 sebulan.

Kelantan bakal terima capaian jalur lebar 5G lebih awal - Annuar
Annuar berkata, secara strategiknya Kelantan akan dibangunkan sebagai hub logistik kawasan timur yang penting.