KUALA LUMPUR: Banyak negara semakin memberi fokus kepada pemberian vaksin untuk kanak-kanak seawal umur 12 tahun untuk mendapatkan imuniti kelompok sebagai langkah mengawal penularan wabak COVID-19.
Amerika Syarikat contohnya, meluluskan pemberian vaksin jenis Pfizer-BioNTech untuk dua dos kepada kanak-kanak berumur 12 sehingga 15 tahun dan lebih kurang 1 juta kanak-kanak dilaporkan menerima suntikan dos pertama.
Malaysia juga mengambil pendekatan yang sama apabila kerajaan meluluskan penggunaan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech untuk individu berumur 12 tahun dan ke atas.
Perkara ini diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah selepas ia dipersetujui dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-359 pada 15 Jun lepas.
Sudah tentunya keputusan kerajaan itu melegakan banyak pihak, terutama apabila terdapat desakan agar kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas segera diberikan vaksin memandangkan impak jangkitan dalam kelompok kanak-kanak semakin membimbangkan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun turut menyuarakan pandangan serupa agar kadar jangkitan dapat dikurangkan selain melindungi kelompok berkenaan.
KUNCI PENTING
Penularan virus COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak sememangnya membimbangkan kerana menurut rekod KKM, sejak 25 Januari 2020 sehingga 30 Mei 2021, terdapat sebanyak 82,341 kes COVID-19 melibatkan kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah.
Daripada jumlah tersebut, kelompok paling tinggi dijangkiti adalah mereka yang berumur 13 hingga kurang 18 tahun iaitu sebanyak 27,402 kes. Ini diikuti kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun sebanyak 26,851 kes dan 5 hingga 6 tahun, sebanyak 8,237 kes. Sementara yang baharu lahir hingga 4 tahun pula sebanyak 19,851 kes.
Berkongsi pandangan sama, Pakar Perubatan Pediatrik dan Neonatologi, Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Dr Masri Muhamed berkata, keputusan yang diambil kerajaan untuk memberi vaksin kepada kanak-kanak adalah langkah yang dinanti-nantikan.
Menurut beliau, walaupun gejala yang dihadapi kanak-kanak yang positif COVID-19 adalah lebih ringan berbanding orang dewasa, namun pemberian vaksin amat penting sebagai pelindung terutamanya apabila mereka kembali ke sekolah.
"Golongan kanak-kanak berumur bawah 18 tahun merangkumi 30 peratus populasi masyarakat. Namun, sebanyak 80 peratus masyarakat perlu divaksin untuk mencapai imuniti kelompok. Oleh yang demikian, pemberian vaksin kepada kanak-kanak dilihat sebagai kunci penting bagi mencapai imuniti kelompok sekali gus melawan pandemik COVID-19.
"Hal ini kerana buat masa sekarang, mereka hanya bergantung kepada imuniti kelompok golongan dewasa serta penjagaan daripada ibu bapa masing-masing yang mengamalkan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti yang disarankan KKM, ” katanya kepada Bernama.
Menurut Dr Masri yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega UiTM Puncak Alam, kejayaan negara yang melaksanakan pemberian vaksin kepada kanak-kanak boleh dijadikan rujukan bagi mengukuhkan dapatan pemberian vaksin kepada kelompok itu.
Beliau menambah, ini terutamanya kerana ujian klinikal yang dijalankan menunjukkan vaksin COVID-19 bukan sahaja selamat malah berkesan melindungi golongan ini daripada jangkitan virus maut tersebut.
RAMAI KANAK-KANAK
Berkongsi pengalamannya mengendalikan kes pesakit COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak, Dr Masri menjelaskan semakin ramai pesakit kanak-kanak yang memerlukan alat bantuan pernafasan kanula hidung aliran tinggi (HFNC) dan BiPAP (Bilevel Positive Airway Pressure).
Beliau menjelaskan, ini berikutan varian baharu virus yang lebih ganas seperti varian United Kingdom yang kini dikenali sebagai varian Alpha, varian Afrika Selatan sebagai Beta dan varian India sebagai Delta.
"Sebelum ini, ketika mulanya tersebar virus COVID-19 dari Wuhan, China, gejala yang dialami kanak-kanak lebih ringan berbanding golongan dewasa. Namun, keadaannya sudah berubah dengan adanya varian baharu ini.
“Gejala yang dialami akan lebih teruk sekiranya kanak-kanak tersebut mempunyai sejarah penyakit seperti asma dan masalah jantung,” katanya.
Menurut beliau lagi, risiko dijangkiti virus berkenaan bukan sahaja dalam kalangan kanak-kanak tetapi juga bayi yang baharu lahir turut berisiko mendapat COVID-19 melalui ibunya, sekiranya disahkan positif wabak tersebut.
Terdapat beberapa kes bayi baharu lahir yang disahkan positif virus COVID-19 yang kini di tempatkan di Unit Penjagaan Rapi Neonatal (NICU).
"Menerusi pemeriksaan sebelum proses kelahiran, ibu bayi disahkan positif jangkitan COVID-19. Walaupun gejala yang ditunjukkan tidak serius, tetapi apabila ibu bapa didapati turut dijangkiti virus COVID-19, pelbagai isu akan timbul.
“Sebagai contoh, ibu bapa akan berasa sedih dan kesal apabila mengetahui jangkitan terhadap anak mereka adalah berpunca daripada mereka sendiri,” katanya.
Keadaan bertambah parah sekiranya ibu bapa merupakan golongan anti-vaksin memandangkan ketika ini kanak-kanak hanya bergantung kepada ibu bapa dan penjaga yang dimasukkan sebagai penerima vaksin bagi membina imuniti kelompok.
“Ibu bapa yang sudah berada dalam senarai penerima vaksin COVID-19 seharusnya tidak berdolak-dalik dengan memberi pelbagai alasan untuk tidak menerima suntikan vaksin.
“Justeru, saya berharap kelulusan pemberian vaksin kepada kanak-kanak dapat diberikan segera mungkin dan dimanfaatkan sebaiknya supaya kelompok ini turut dilindungi," katanya.
GARIS PANDUAN
Sementara itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berharap pemberian vaksin kepada kanak-kanak dapat dipertimbangkan sebelum bermulanya fasa ketiga Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Fasa kedua PICK yang sedang berjalan, memberi keutamaan kepada warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).
Gesaan itu dibuat berikutan penularan wabak COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak yang semakin membimbangkan dan memerlukan tindakan serius diambil segera bagi menanganinya.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Fatimah Zuraidah Salleh, KPWKM bekerjasama rapat dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) untuk memastikan kebajikan dan kesihatan kanak-kanak di negara ini terus terpelihara.
Antara usaha yang dilakukan adalah mewujudkan Panduan Penularan COVID-19 Semasa dan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi Perkhidmatan Kanak-Kanak.
"Garis panduan ini secara jelas menerangkan tatacara dan kewajipan menjalani kehidupan dalam norma baharu bagi memastikan pandemik ini tidak terus menular dalam kalangan kanak-kanak.
“Garis panduan ini dibangunkan menerusi panduan daripada KKM dengan mengamalkan 3W (wash/cuci), (wear/pakai), (warn/amaran) dan juga 3C (crowded place/sesak), (confined space/sempit) dan (close conversation/sembang jarak dekat)," katanya.
Selain itu, JKM turut memastikan kemasukan penghuni baharu ke Institusi kanak-kanak adalah berstatus negatif COVID-19 berdasarkan ujian calitan.
Beliau berkata, langkah berkenaan bagi memastikan tiada penghuni kanak-kanak yang dijangkiti COVID-19 sewaktu dibawa masuk ke institusi JKM.
--BERNAMA
Bernama
Thu Jun 17 2021
![Pemberian vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak perlu dipercepatkan Pemberian vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak perlu dipercepatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41623891376_saringanCOVID.jpg)
Reaksi seorang kanak-kanak ketika melakukan ujian saringan COVID-19 pada hari pertama Program Saringan Komuniti Bersasar COVID-19 Kit Ujian Pantas Antigen di Perumahan Awam Sri Sabah, Kuala Lumpur, 5 Jun, 2021. --fotoBERNAMA
![Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721210176_TBFARAHMAYAT.jpg)
Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh - Polis
Polis percaya kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di sini adalah lokasi Nur Farah Kartini Abdullah, dipercayai dibunuh.
Pantau Agenda Reformasi: Bola sepak Malaysia selepas Kim Pan Gon
Niaga AWANI: BSKL dijangka melepasi 1,700 mata pada akhir 2024
Bursa Malaysia dijangka mencatatkan aliran meningkat dengan indeks utama FBM KLCI dijangka melepasi paras 1,700 mata menjelang akhir tahun ini.
Niaga AWANI: Harga emas rekod paras tertinggi dalam sejarah
Harga emas dilaporkan naik ke paras tertinggi dalam sejarah hari ini. Ia berikutan kenyataan terbaharu daripada pegawai Rizab Persekutuan (FED) Amerika Syarikat yang meningkatkan jangkaan bahawa akan berlaku penurunan kadar faedah pada September.
Suspek masih belum digantung tugas
Polis Perak sedang menunggu hasil siasatan terhadap suspek sebelum tindakan menggantung tugas sebagai anggota polis.
Dasar digital perlu pastikan jurang antara miskin dan kaya tidak terus melebar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bukan mahu bersikap negatif terhadap golongan elit, namun menegaskan bahwa sekiranya tidak dikawal, kesenjangan di antara kaya dan miskin akan terus melebar.
Ahli Dewan Rakyat wajib jalani pemeriksaan kesihatan
Semua Ahli Dewan Rakyat diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya pada 11 November depan.
![Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721206884_NurFarahKartini.jpg)
Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil - Abang
Urusan tuntutan jenazah mangsa bunuh Nur Farah Kartini Abdullah dijangka hanya dapat dilakukan selepas pengambilan sampel DNA ibunya di Hospital Kuala Kubu Bharu hari ini.
![[KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu [KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721207677_belanda.jpg)
[KOLUMNIS] Konotasi 'Belanda' dalam pantun dan peribahasa Melayu
Pantun merupakan akal budi orang Melayu, iaitu penciptaan bait-bait diksi yang indah yang mempunyai unsur alam dan persekitaran masyarakat.
![Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini belum ditahan tugas - Polis Perak Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini belum ditahan tugas - Polis Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini belum ditahan tugas - Polis Perak
Polis Perak sedang menunggu hasil siasatan terhadap suspek yang juga anggota di kontinjen negeri itu sebelum tindakan jabatan diambil berhubung kes bunuh Nur Farah Kartini Abdullah.
![Suami isteri disyaki dera anak direman enam hari Suami isteri disyaki dera anak direman enam hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720607642_Handcuffedwomen.jpg)
Suami isteri disyaki dera anak direman enam hari
Reman dimohon bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.
![Jumlah kes autisme, ADHD meningkat dalam tempoh 10 tahun - Dzulkefly Jumlah kes autisme, ADHD meningkat dalam tempoh 10 tahun - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719648068_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
Jumlah kes autisme, ADHD meningkat dalam tempoh 10 tahun - Dzulkefly
Jumlah kanak-kanak berusia bawah 18 tahun yang disahkan autisme meningkat kepada 1,681 kes pada tahun lalu berbanding 183 pada 2013.
![FTC AS tuduh TikTok langgar privasi kanak-kanak FTC AS tuduh TikTok langgar privasi kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714194306_TBtiktokjpg.jpg)
FTC AS tuduh TikTok langgar privasi kanak-kanak
TikTok menolak dakwaan terbabit menerusi satu kenyataan di platform X, dengan menyatakan pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan FTC selama lebih setahun.
![Tentera Israel bunuh ratusan orang awam demi selamatkan empat tawanan Tentera Israel bunuh ratusan orang awam demi selamatkan empat tawanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717895131_tbhostages.jpg)
Tentera Israel bunuh ratusan orang awam demi selamatkan empat tawanan
Empat tawanan Israel telah diselamatkan ketika tenteranya melancarkan misi serangan berdarah yang menyebabkan ratusan rakyat Gaza terbunuh.
![Senarai hitamkan Israel adalah satu langkah yang tepat - PBB Palestin Senarai hitamkan Israel adalah satu langkah yang tepat - PBB Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717807740_TBRiyadMansour.jpg)
Senarai hitamkan Israel adalah satu langkah yang tepat - PBB Palestin
Kata wakil Palestin ke PBB, Israel telah mengelak dari bertanggungjawab ke atas jenayahnya selama beberapa dekad.
![Kanak-kanak perempuan lemas di taman tema air Kanak-kanak perempuan lemas di taman tema air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51717147549_TBpdrm.jpg)
Kanak-kanak perempuan lemas di taman tema air
Ibu mangsa memberitahu anaknya hilang dari pandangan ketika sedang mandi bersama ahli keluarga yang lain kira-kira 3.30 petang.
![Mahmud tarik diri jadi peguam ibu bapa Zayn Rayyan Mahmud tarik diri jadi peguam ibu bapa Zayn Rayyan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717468003_MahmudJumaat.jpg)
Mahmud tarik diri jadi peguam ibu bapa Zayn Rayyan
Keputusan tidak mewakili kedua ibu bapa Zayn Rayyan dibuat di atas faktor-faktor tertentu.
![Kanak-kanak antara 55 warga asing ditahan Imigresen Negeri Sembilan Kanak-kanak antara 55 warga asing ditahan Imigresen Negeri Sembilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81706879167_TBImigresen.jpg)
Kanak-kanak antara 55 warga asing ditahan Imigresen Negeri Sembilan
Mereka ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
![Cakna media sosial: Anak-anak perlu pendedahan awal pendidikan digital Cakna media sosial: Anak-anak perlu pendedahan awal pendidikan digital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/41585709118_kidsgadget.jpg)
Cakna media sosial: Anak-anak perlu pendedahan awal pendidikan digital
Kanak-kanak perlu diberikan pendedahan awal kepada pendidikan digital bagi memastikan mereka cakna mengenai kebaikan dan keburukannya.
![Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713517988_TBkanakkanakgadu.jpg)
Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran
Polis mengesahkan menerima laporan kejadian kanak-kanak berusia lapan tahun, dipercayai menjadi mangsa buli anak jiran di Hulu Langat, di sini baru-baru ini.