SEREMBAN:Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) hari ini mencadangkan agar pemberian bonus kepada penjawat awam dilaksanakan mengikut merit dan sektor perkhidmatan.
Presiden MAAC Prof Datuk Dr Mohd Idrus Mohd Masirin berkata perkara itu berkemungkinan boleh dilakukan berdasarkan markah Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) yang diperoleh petugas serta prestasi petugas dalam mencapai Penunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan jabatan dan kerajaan.
"Penjawat awam telah mengalami cabaran yang sangat besar sejak tiga tahun lepas sehingga kini dengan berlakunya kegawatan ekonomi, perubahan tampuk pemerintahan kerajaan dan pandemik COVID-19. Pemberian bonus mengikut merit dan sektor perkhidmatan ini bertujuan bagi membantu penjawat awam yang berpendapatan rendah, sekali gus memastikan ia diagihkan secara adil.
"Ini adalah pengorbanan bukan sahaja untuk kerajaan dan negara tetapi khususnya untuk keselamatan dan kesejahteraan ekonomi serta masyarakat. Namun kini, apa yang kerajaan perlu lakukan ialah untuk mewujudkan persekitaran kehidupan rakyat yang mempunyai kuasa membeli, memiliki dan mampu sara hidup," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini, hari ini.
Mohd Idrus berkata penjawat awam telah terbukti berkhidmat dengan cemerlang ketika negara berhadapan pelbagai cabaran dan dengan pemberian bonus mengikut merit dilihat akan jadi pemangkin dan inspirasi kepada semua penjawat awam untuk terus memastikan kesejahteraan masyarakat dan negara menjadi keutamaan.
Semalam, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Adnan Mat dilapor sebagai berkata akan memohon kerajaan pusat memberikan bonus yang ditetapkan secara bulanan kepada penjawat awam dan bukannya sebagai bantuan khas kewangan seperti kelazimannya.
Adnan berkata isu berkenaan akan diketengahkan semasa pertemuan bersama Kementerian Kewangan pada 7 Okt nanti.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 28 2020
Pemberian bonus boleh dilakukan berdasarkan markah Laporan Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) dan juga Penunjuk Prestasi Utama (KPI). - Gambar hiasan
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
[KOLUMNIS] Memahami 100 hari kepimpinan Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar: Reformasi perkhidmatan awam
Pada Ogos 2024, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dilantik sebagai KSN, sekali gus memikul amanah besar untuk mengemudi reformasi menyeluruh dalam perkhidmatan awam.
Penjawat awam ditahan SPRM disyaki terima rasuah RM6,000
Menurut sumber lelaki berumur 40-an itu ditahan 2 petang hari ini, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.
Letak diri dari perspektif pengguna untuk beri perkhidmatan terbaik
Falsafah atau panduan untuk merakyatkan perkhidmatan awam adalah dengan sentiasa berfikir sebagai seorang rakyat dahulu.
Integriti nilai utama penjawat awam
Integriti, ketelusan, dan kebertanggungjawaban antara nilai utama yang perlu dimantapkan dalam kalangan penjawat awam untuk menghadapi cabaran semasa dan merealisasikan aspirasi rakyat.
Pahang berjaya peroleh kutipan hasil RM1.144 bilion
Ia membuktikan prestasi kepimpinan kerajaan negeri ini sangat cemerlang untuk setanding dengan negeri maju lain seperti Selangor dan Johor.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
PM Anwar ajak orang ramai hadir ke Program Dua Tahun Kerajaan MADANI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai hadir ke Program 2TM dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 yang akan berlangsung bermula esok hingga Ahad di KLCC.
Penjawat awam Kelantan terima bantuan khas kewangan RM500 - MB
Bantuan berkenaan akan diberi pada Februari tahun depan sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka.