Pembentukan Kokus Perlindungan Alam Sekitar dan Antirasuah (EPACC) bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan pakar alam sekitar adalah bagi memastikan pembangunan pesat di negara ini tidak menjejaskan keseimbangan alam sekitar.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad berkata oleh itu sudah tiba masanya perhatian serius diberi terhadap isu penguatkuasaan yang longgar dan penyalahgunaan kuasa dalam isu alam sekitar.
"Kita lihat isu alam sekitar ini tidak dapat lari daripada rasuah, jadi perlu beri perhatian sebelum ia menjadi lebih serius pada masa akan datang.
Melalui EPACC ini, secara tidak langsung dapat memastikan mereka yang diberi tanggungjawab dan amanah untuk memelihara alam sekitar ini menjalankan tugas mereka mengikut peruntukan undang-undang sedia ada dan bersih daripada gejala rasuah serta salah guna kuasa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan sembilan Exco Terengganu melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah di sini pada Isnin.
Dua hari lalu, EPACC yang dipelopori SPRM turut dianggotai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan pakar alam sekitar bertujuan untuk mengeratkan pertukaran maklumat dan memperkukuhkan tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap jenayah rasuah dan penyalahgunaan kuasa berkaitan alam sekitar di negara ini.
Antara NGO yang terlibat ialah Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA); Rimba Research; Sahabat Alam Malaysia (SAM), Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA); Jabatan Kejuruteraan Kimia, Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Pusat Sains dan Alam Sekitar (KIAS) serta Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Mengulas lanjut, beliau berkata terdapat maklumat yang menyatakan berlaku penerokaan tanah secara haram dan pembalakan secara haram yang bukan sahaja menjejaskan alam sekitar malah menjejaskan pendapatan kerajaan negeri.
"Ia berlaku disebabkan penguatkuasaan yang tidak telus, penguatkuasaan yang gagal disebabkan rasuah dan salah guna kuasa. Jadi penubuhan EPACC ini adalah inisiatif kita bersama NGO dan pakar alam sekitar untuk memastikan ia tidak berlaku lebih serius lagi pada masa depan," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2017
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menandatangani ikrar bebas rasuah pada majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman pada Isnin. - Foto Bernama
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Indonesia hadapi trend peningkatan bencana - BNPB
Bencana itu terutamanya letusan gunung berapi dipengaruhi faktor seperti pertumbuhan penduduk, pengurusan alam sekitar dan perubahan iklim.
Serba hijau di RWMF 2024, buat kaki mesra alam di kaki Gunung Santubong
Penganjuran RWMF 2024 oleh Sarawak Tourism Board (STB) pada hujung minggu ini membawa gabungan dua elemen dalam penganjurannya iaitu kelestarian dalam seni persembahan.
Semua pihak berkepentingan digesa pacu perubahan bermakna menerusi ESG - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak berkepentingan agar terbabit aktif dalam mencapai masa depan mampan.
Malaysia pertimbang undang-undang khas tangani pembuangan dan pencemaran plastik
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam sedang menilai keperluan untuk perundangan khusus berikutan jurang dalam rangka kerja semasa.
Universiti perlu jadi wadah pupuk kesedaran berkaitan alam sekitar
Kesedaran awal mampu membantu melahirkan masyarakat yang lebih cakna berkenaan alam sekitar sebaik sahaja mereka memasuki alam pekerjaan.
Tanah kita, masa depan kita
Kita tidak mampu mengubah masa lalu, tetapi kita boleh menanam semula hutan, memulihkan sumber air dan menyuburkan semula tanah - untuk masa depan.
Menerapkan prinsip ketahanan ESG dalam industri kejuruteraan - TPM Fadillah
Fadillah berkata penerapan ESG semakin mendapat perhatian daripada kedua-dua perniagaan dan pelabur.
Anwar-Wong boleh jadi pelopor bangun standard ESG serantau di Asia Tenggara - Penganalisis
Singapura dan Malaysia berkedudukan baik untuk menggerakkkan agenda kemampanan mereka dan menetapkan duluan bagi kerjasama inisiatif hijau.
Dasar di peringkat PBT paling berkesan tangani isu pencemaran - Pakar Hospital Pantai
Dasar yang diperkenalkan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah paling berkesan untuk menangani isu pencemaran.
Misi global kembara solo Katiravan liputi 40 negara
Katiravan Subarayan, 63, warga Malaysia yang dalam misi kembara global bermotosikal untuk mempromosikan kesedaran alam sekitar, terus mencapai kemajuan yang memberangsangkan.