KOTA KINABALU: Usaha pembentukan Blok Borneo yang melibatkan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak perlu diperkasakan bagi membolehkan rakyat di kedua- dua wilayah itu menikmati pelbagai manfaat.
Pengerusi Society Empowerment and Economic Development of Sabah (SEEDS), Datuk Azhar Khan Badil Zaman berkata, perjuangan itu perlu diteruskan untuk membolehkan kemudahan infrastruktur asas di Sabah khususnya dapat dipertingkatkan.
"Kemudahan seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air sangat penting kepada rakyat. Ia juga adalah keperluan asas negeri untuk menarik pelaburan.
"Sekiranya, Blok Borneo dapat diperkasakan, sudah pasti kerajaan pusat mampu memberikan peruntukan yang lebih banyak untuk tujuan pembangunan," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri SEEDS 2023 di sini pada Jumaat.
Beliau berkata, Sabah dan Sarawak memainkan peranan penting dalam penubuhan kerajaan pusat pada hari ini.
Oleh itu katanya, pemerkasaan Blok Borneo satu perkara penting agar Sabah dan Sarawak akan menerima layanan yang lebih saksama dengan Semenanjung Malaysia.
"Keperluan di kedua-dua negeri ini hanya boleh dilihat oleh rakyat di Sabah dan Sarawak, khususnya kita orang Sabah, kita lebih tahu apa yang kita perlukan untuk negeri ini," tegasnya.
Hadir sama dalam majlis itu ialah isteri kepada Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag.
Turut diraikan adalah penghuni dari Anak Rumah Yatim Tuaran serta ahli-ahli keluarga Persatuan Cina Muslim (MACMA) Sabah.
Mirlen Axtius
Fri May 19 2023
Menurut Datuk Azhar Khan Badil Zaman,pemerkasaan Blok Borneo penting agar Sabah dan Sarawak menerima layanan yang lebih saksama bersama Semenanjung Malaysia. - Astro AWANI
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan udara Israel mengenai sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut pada Khamis.
Rakaman yang diambil dari Baabda menunjukkan saat-saat serangan itu mengenai bangunan, diikuti dengan letupan yang kuat dan asap tebal yang memenuhi ruang udara.
#AWANInews
#AWANInews
Pembentukan Blok Borneo perlu diutamakan demi kepentingan Sabah dan Sarawak
Pengerusi SEEDS, Datuk Azhar Khan Badil Zaman berkata, perjuangan Blok Borneo perlu diteruskan untuk membolehkan kemudahan infrastruktur asas di Sabah khususnya dapat dipertingkat dan diperkasakan.
PRU15: Abang Jo ada hubungi saya, kami sepakat sokong kerajaan yang stabil - Hajiji
Hajiji memberitahu, antara yang dibincang dan dimuktamadkan adalah bersama-sama menyokong kerajaan yang akan memberi kestabilan kepada Sabah dan Sarawak.