Namun, yang menjadi tumpuan tentunya pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Oktober ini.
Belanjawan bertemakan 'Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera' itu adalah belanjawan ketiga yang digarap Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Anwar.
Ia adalah yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025) sebelum menginjak ke RMK13 bagi tempoh lima tahun akan datang.
Berdasarkan takwim Dewan Rakyat, pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 itu berlangsung pada 4 petang, 18 Oktober dan dibahas di peringkat dasar bermula 21 Oktober hingga 5 November sebelum jawapan oleh menteri-menteri selama empat hari.
Persidangan Dewan Rakyat kemudian diteruskan dengan perbahasan rang undang-undang itu di peringkat jawatankuasa bermula 13 Nvember hingga 3 Ddisember untuk diluluskan Dewan Rakyat.
Anwar yang juga Menteri Kewangan sebelum ini berkata lebih banyak pembaikan struktur ekonomi akan diperkenalkan menerusi Belanjawan 2025 untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat dapat dikongsi dengan rakyat terbanyak secara saksama.