Langkah pembenihan awan perlu dilaksanakan segera bagi menangani kualiti udara tidak sihat di beberapa kawasan di selatan Semenanjung akibat jerebu, kata Timbalan Ketua Pengarah (Aplikasi) Jabatan Meteorologi Malaysia Dr Mohd Rosaidi Che Abas.
Beliau berkata langkah itu perlu dilaksana jika Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan yang dilanda jerebu semakin meruncing dan boleh menjejas kesihatan penduduk sekitar.
"Kalau tahap jerebu melebihi IPU yang ditetapkan, pembenihan awan perlu dilakukan bagi mengawal masalah jerebu itu, bagaimanapun, kalau hendak lakukan pembenihan awan tersebut, perlu lihat keadaan cuaca juga kerana sekiranya kawasan itu tiada awan, maka sukar untuk melakukan pembenihan awan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Terdahulu, statistik IPU yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat pukul 5 petang ini menyaksikan lima stesen berada pada tahap baik, 40 pada tahap sederhana manakala dua stesen, iaitu Bandaraya Melaka (IPU 150) dan Bukit Rambai di Melaka (IPU 129) mencatat bacaan pada tahap tidak sihat.
Dua stesen di Kota Tinggi (IPU 291) dan Larkin Lama (IPU 219) di Johor pula mencatat bacaan pada tahap sangat tidak sihat manakala satu stesen di Pasir Gudang mencatat bacaan IPU 333 iaitu paras bahaya.
Dr Rosaidi berkata masalah jerebu di beberapa kawasan di selatan negara merupakan satu masalah serius yang perlu diberi perhatian oleh JAS dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Beliau berkata MKN dan JAS perlu mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah itu, termasuk kaedah yang dicadang beliau iaitu melakukan pembenihan awan bagi menghasilkan hujan.
"Saya yakin jika berlaku masalah jerebu ini, MKN dan JAS sudah ada SOP (Prosedur Operasi Standard) mereka sendiri, jadi saya yakin mereka ada kaedah penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi perkara itu," katanya.
Ditanya saranan untuk orang ramai yang tinggal di kawasan dilanda jerebu, beliau berkata mereka perlu mematuhi setiap arahan pihak berkuasa serta mengelak daripada melakukan aktiviti luar dalam keadaan cuaca tidak sihat itu.
Jerebu asap daripada kebakaran di Sumatera dibawa angin kencang yang bertiup dari arah barat daya atau barat, menjejaskan kualiti udara sebahagian kawasan di Johor dan Melaka.
Bernama
Thu Jun 20 2013
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
AWANI Tonight: Clear gig worker sector categories needed for stronger protection
ISIS Malaysia's Farah Nabilah Abdul Rahman calls for clearer categorising of gig work sectors to enable better protection and regulations.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
Pakistan, India isytihar darurat kesihatan akibat jerebu
Hospital dalam keadaan berjaga-jaga, waktu operasi klinik dilanjutkan beberapa jam dan petugas perubatan diarahkan melakukan syif tambahan.
Jerebu akibat kebakaran terbuka dan kemarau, ibu bapa risau kesihatan anak
Keadaan jerebu akibat pembakaran terbuka dan kemarau yang melanda daerah Papar membuatkan ibu bapa bimbangkan kesihatan anak-anak.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
El Nino: Persiapan rentas agensi hadapi cuaca panas
Antara yang akan turut serta adalah Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Belia dan Sukan.
Jerebu: Klang kekal catat bacaan IPU tidak sihat
Antara kawasan yang menghampiri bacaan IPU tidak sihat seperti di Petaling Jaya (90) dan Banting (89) di Selangor.
Jerebu: Hanya satu kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Klang di Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 154.
Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi
Empat kawasan di Semenanjung mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Dua kawasan catat bacaan IPU tidak sihat pagi ini
Berdasarkan laman web APIMS kendalian JAS, Klang di Selangor catat bacaan IPU tertinggi pada paras 153.
Jerebu: Batu Pahat, Alor Gajah catat IPU tidak sihat pagi ini
Batu Pahat di Johor dan Alor Gajah, Melaka merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini dengan bacaan IPU masing-masing 152 dan 151.
Jerebu: Batu Pahat, Larkin kekal catat IPU tidak sihat petang ini
Dua kawasan di Johor kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini.