KUALA LUMPUR: Pembelian tambahan enam juta vaksin COVID-19 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mampu meningkatkan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi cabaran COVID-19 selepas ini.
Pakar Epidemiologi dan Biostatistik Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Malina Osman berkata ancaman varian Delta yang mudah berjangkit berkemungkinan menyebabkan golongan berisiko tinggi di negara ini memerlukan suntikan dos ketiga vaksin COVID-19 atau dos penggalak.
"Pembelian vaksin tambahan ini boleh digunakan bagi tujuan itu. Pendekatan memberikan dos penggalak kepada golongan berisiko tinggi diamalkan di negara-negara Eropah. Jadi keputusan kerajaan untuk membeli vaksin tambahan ini adalah langkah yang baik," katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.
Ismail Sabri dalam ucapan sulungnya pada Ahad mengumumkan pembelian tambahan enam juta dos vaksin COVID-19 yang akan diterima menjelang awal bulan depan.
Selain itu, Perdana Menteri turut memberikan jaminan akan meneruskan dan memperkasa strategi menangani pandemik COVID-19 yang telah dirangka kerajaan sebelum ini dengan mengambil kira pandangan pakar-pakar kesihatan awam negara.
Mengulas mengenai aspek yang perlu menjadi tumpuan dalam memperkasakan strategi menangani COVID-19, Dr Malina berkata perkongsian data yang lebih meluas dan jelas diperlukan supaya masyarakat faham bahawa pada tahap ini perkara yang perlu dilihat ialah beban sektor kesihatan negara berbanding jumlah kes baharu COVID-19 yang diumumkan setiap hari.
"Pada masa ini secara purata 98 peratus (kes harian COVID-19 yang dilaporkan) adalah tidak bergejala. Masyarakat perlu faham tentang kuarantin sendiri di rumah dan peranan yang perlu dimainkan bagi memastikan penularan dapat dicegah," katanya.
Penglibatan komuniti dan kesedaran masyarakat adalah penting supaya semua pihak faham pada masa ini jumlah pesakit COVID-19 yang memerlukan bantuan di hospital adalah aspek yang perlu dilihat.
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar ketika dihubungi berkata strategi menangani pandemik COVID-19 perlu diperkasakan dengan memulakan pemberian vaksin kepada mereka yang berumur 12 tahun ke atas.
"Ciri-ciri jangkitan virus dan varian COVID-19 adalah sangat dinamik. Golongan berusia 12 tahun ke atas terdedah kepada jangkitan COVID-19 dan berisiko menjadi sumber jangkitan dalam mana-mana komuniti yang besar," katanya.
Dr Zainal Ariffin berkata jumlah mereka yang berdaftar di MySejahtera dan belum mendapat janji temu vaksinasi masih ramai. Selain itu, terdapat aduan dari beberapa negeri mengenai bekalan vaksin tidak cukup atau lambat berbanding permintaan dan prestasi pusat pemberian vaksin (PPV).
Jadi, langkah kerajaan untuk memperkasa strategi menangani COVID-19 perlu memastikan penghantaran lancar bekalan vaksin ke semua negeri, katanya.
Mengenai suntikan penggalak, Dr Zainal Ariffin berkata ia boleh dirancangkan selepas sasaran dua dos tercapai dengan keutamaan kepada mereka yang mudah terjejas dan kumpulan berisiko tinggi secara berperingkat.
Ditanya mengenai pendekatan menangani golongan antivaksin, beliau berkata kerajaan perlu menggalakkan pelbagai premis untuk mewajibkan pelawat menunjukkan sijil digital vaksinasi sebelum masuk.
Apabila kadar vaksinasi negara sudah mencapai hampir 90 peratus, sijil vaksinasi boleh diwajibkan bagi sektor terpilih, kata Dr Zainal Ariffin.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 23 2021
Dr Malina berkata, pada tahap ini, perkara yang perlu dilihat ialah beban sektor kesihatan negara berbanding jumlah kes baharu COVID-19 setiap hari. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peguam Khas AS gugur kes manipulasi pilihan raya terhadap Trump
Kes dokumen sulit telah digugurkan pada Julai oleh Hakim Mahkamah Daerah AS Aileen Cannon di Florida dengan Smith pada ketika itu merancang untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Pendidikan, nilai kemanusiaan penting diterapkan dalam kalangan generasi muda
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita boleh berjaya dalam pelbagai aspek seperti sains, teknologi dan lain-lain namun tidak boleh sama sekali hilang nilai kemanusiaan.
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Pembelian vaksin, perkasa strategi tingkat kesiapsiagaan hadapi cabaran COVID-19 - Pakar
Menurut Malina, ancaman varian Delta mungkin menyebabkan golongan berisiko tinggi memerlukan suntikan dos ketiga vaksin COVID-19.