Pembelajaran sepanjang hayat merupakan trend khusus yang bertepatan dengan peningkatan pengiktirafan bahawa lanjutan pembelajaran, latihan dan kemahiran, diperlukan dalam dunia yang semakin berubah dan tidak menentu, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini.
Sultan Nazrin bertitah, terdapat beberapa inisiatif penting di dalam perlaksanaan tersebut di Malaysia, yang melibatkan usaha untuk mengenalpasti pengalaman seorang pelajar serta kaedah penilaian selain bidang peperiksaan semata-mata.
Titah Baginda, penambahbaikan hubungan di antara pengajian tinggi dan industri turut menyumbang kepada keberkesanan subjek yang disampaikan di samping mengalakkan akses kepada pengajian tinggi melebihi demografi dikuasai era muda pada hari ini.
Titahnya, negara lain turut meletakkan pelaburan besar dalam aspek lanjutan pembelajaran dan pendidikan golongan dewasa seperti Singapura yang menubuhkan institusi Skills Future.
Institusi itu bermatlamat membimbing rakyat tempatan dari segenap peringkat kerjaya menuju ke pendidikan yang difokuskan, serta program berkemahiran, malah mempunyai jalinan erat dengan badan industri.
"Evolusi lanjut untuk perubahan kepada ekosistem pendidikan secara tradisional ini akan memerlukan pertukaran polisi berkaitan serta inovasi. Kini, kita sedang merangka polisi yang lebih komprehensif untuk mengendalikan isu-isu yang penting ini selaras dalam konteks Malaysia Higher Education (MyHE) 4.0.
"Untuk mencapai perubahan radikal yang diperlukan, adalah penting untuk memupuk pendekatan yang berteraskan keusahawanan terhadap pengajian tinggi berbanding yang sedia ada kini.
"Terdapat beberapa risiko yang dikaitkan dengan strategi ini dengan cabaran ketegangan asas di antara misi umum pendidikan serta motif berteraskan keuntungan yang menggerakkan sektor swasta.
"Namun, adalah perlu kini untuk membawa tindakan berisiko dan semangat keusahawanan ini ke tugasan mencabar dalam pembaharuan pendidikan ini," titah Sultan Nazrin.
Sultan Nazrin bertitah demikian dalam Titah Diraja pada program 'Building A Dynamic and Inclusive Education Ecosystem' yang didadakan sempena ulangtahun ke-20 Universiti Teknologi Petronas (UTP), di Dewan Canselor UTP di sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Naib Canselor UTP Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib.
Titah Baginda, seperti yang kini berlaku di Malaysia pada hari ini, pelbagai langkah diambil di pelbagai tempat untuk memperkenalkan pendekatan inovatif yang lebih sesuai dan bertepatan dengan perubahan masa.
"Ini merangkumi kaedah pengajaran baharu yang lebih berpusat kepada pelajar, berbanding masa lampau, termasuk perubahan kepada kurikulum dan kaedah penilaian," tambahnya.
Sultan Nazrin menegaskan, negara mesti melaksanakan pendekatan tersebut ke atas sektor pengajian tinggi bagi memastikan ia mencukupi secara dinamik dan inklusif untuk berkembang dalam dunia yang tidak dapat diramal serta pantas berubah.
Baginda juga mengingatkan, untuk mencapai matlamat asas dalam mengecapi pengiktirafan dan kecemerlangan bertaraf antarabangsa, Malaysia bukan sahaja perlu seiring dengan trend progresif terkini di dalam pengajian tinggi malah bergerak selangkah di hadapannya.
Titahnya, kesemua ini adalah cabaran untuk mentransformasikan sistem sedia ada agar ia dapat memainkan peranan untuk mendidik generasi masa depan secara lebih efektif.
"Pendekatan baharu kepada pengajian tinggi mendedahkan bahawa pelajar hari ini perlu menguasai kemahiran memproses informasi dan pengetahuan.
"Dalam era Internet dan Google, penyebaran informasi bukan lagi merupakan matlamat sebenar dalam pendidikan. Sebaliknya, pelajar perlu mengembangkan kemampuan untuk belajar dan mempersoalkan dan mengkritik sumber informasi yang sedia ada.
"Mereka (pelajar) perlu membuat kesimpulan sendiri daripadanya, bukan sekadar mengulangi kebijaksanaan yang diterima atau pandangan yang pernah dikemukakan.
"Hanya melalui persoalan yang dikemukakan, kita dapat merangka penyelesaian kepada pelbagai cabaran yang kita hadapi," titah Baginda.
Nazialita Geynna Maharan
Wed Dec 06 2017
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyampaikan Titah Diraja sempena program 'Building A Dynamic and Inclusive Education Ecosystem' bersempena dengan ulangtahun ke 20 UTP, di Seri Iskandar, 6 Dis, 2017. Foto Pejabat Menteri Besar Perak
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Konsep 'education on the go' pupuk minat orang ramai sambung belajar
Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UM) menerapkan konsep education on the go bagi memupuk minat golongan pekerja.
DidikTV KPM bantu pelaksanaan PdPR - Muhyiddin
Sebagai salah satu inisiatif dalam mempelbagaikan sumber pembelajaran serta bagi membantu murid yang tidak mempunyai akses internet atau peranti yang sesuai untuk pembelajaran secara dalam talian.
UTHM mahu kuota sedia ada program matrikulasi dikekalkan
UTHM akan sentiasa membantu negara mencapai agenda nasional iaitu memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi melalui wadah pendidikan terutamanya dalam bidang sains, teknologi dan profesional.
Kolej Komuniti tawar kursus sesuai untuk rakyat setempat
Kolej Komuniti Lenggong menawarkan kursus pelancongan dan pengembaraan, sesuai dengan Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf oleh UNESCO.
Pembelajaran sepanjang hayat asas perubahan - Sultan Nazrin
Sultan Nazrin bertitah terdapat beberapa inisiatif penting di dalam perlaksanaan tersebut di Malaysia yang melibatkan usaha untuk mengenalpasti pengalaman seorang pelajar.