KUALA LUMPUR: Pembelaan Datin Seri Rosmah Mansor dalam perbicaraan kes rasuahnya membabitkan projek tenaga solar untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak adalah penafian semata-mata dan gagal menimbulkan keraguan dalam kes itu, kata pihak pendakwaan.
Pihak pendakwaan berkata mereka telah membuktikan kes terhadap ketiga-tiga pertuduhan melampaui keraguan munasabah terhadap Rosmah, yang merupakan isteri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kes pembelaan boleh diringkaskan seperti berikut bahawa tertuduh (Rosmah) adalah mangsa kepada konspirasi yang telah menyebabkan beliau didakwa dan dalang sebenar adalah Datuk Rizal Mansor, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Tan Sri Madinah Mohamed, Datuk Seri Alias Ahmad, Rayyan Radzwill Abdullah dan Saidi Abang Samsudin, yang merupakan saksi pendakwaan yang memberi keterangan terhadap Rosmah.
"Kenyataan saksi Rosmah dan keterangannya semasa pemeriksaan semula terdiri daripada kritikan tajam dan pedas terhadap peguam yang mengetuai pendakwaan dan saksi-saksi di atas," kata pihak pendakwaan dalam penghujahan bertulis yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 4 Mac.
Ia seterusnya berkata pembelaan tertuduh terhadap setiap pertuduhan adalah satu penafian semata-mata dan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kebenaran kes pendakwaan.
Pihak pendakwaan berkata Rosmah telah menafikan mengarahkan bekas pembantunya Rizal untuk meminta rasuah itu dan persoalan kemudian timbul sama ada Rizal adalah seorang ahli politik yang berpengaruh untuk membuat tuntutan itu.
"Memandangkan kelebihan tertuduh dan berdasarkan fakta pengakuannya sendiri bahawa beliau 'tidur dengan PM', sangat mustahil Rizal membuat permintaan untuk dirinya sendiri. Tertuduh juga mencadangkan Rizal menggunakan namanya untuk meminta rasuah. Hakikat bahawa tertuduh menggunakan Rizal untuk meminta rasuah adalah konsisten dengan modus operandinya," katanya.
Dalam penghujahan di akhir kes pembelaan, pihak pendakwaan berkata tiada sebab untuk saksi utama Rayyan Radzwill dan Saidi membuat kes terhadap tertuduh.
"Mengapa Rayyan Radzwill, Saidi dan Rizal bersekongkol untuk mengenakan tertuduh? Tertuduh mendakwa kesemua saksi itu adalah pesalah. Dan untuk menyelamatkan diri atas kesalahan itu, mereka menuding jari kepadanya. Keseluruhannya versi tertuduh dianggap tidak masuk akal.
"Bukti didedahkan selepas RM1.5 juta telah diambil dari bank dan diserahkan kepada tertuduh. Gambaran daripada kejadian itu seperti yang diterangkan oleh Saidi mematahkan sebarang cadangan bahawa beliau sengaja membuat cerita untuk melibatkan tertuduh," kata pendakwaan sambil menambah ia telah membuktikan tuduhan meminta melampaui keraguan yang munasabah.
Pada 23 Feb, pihak pembelaan menutup kes selepas memanggil dua saksi, Rosmah dan bekas Pengarah Bahagian First Lady of Malaysia (FLOM) Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod.
Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menetapkan 5 April untuk mendengar penghujahan lisan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.
Pada 18 Feb tahun lepas, Rosmah, 70, diperintah membela diri atas tiga pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Beliau menghadapi satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi.
Suapan itu didakwa diterima melalui Rizal, sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid serta penyelenggaraan dan operasi Genset atau diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 08 2022
Pihak pendakwaan berkata mereka telah membuktikan kes terhadap ketiga-tiga pertuduhan melampaui keraguan munasabah terhadap Rosmah. - Gambar fail
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
''Saya sedia sokong dan bekerjasama dalam pembangunan kanak-kanak'' - Rosmah Mansor
Isteri kepada bekas Perdana Menteri keenam, Datin Seri Rosmah Mansor menyatakan kesediaannya dalam memberi sokongan dan kerjasama dalam urusan pembangunan kanak-kanak di Malaysia.
Rosmah gagal dalam permohonan supaya hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB
Datin Seri Rosmah Mansor hari gagal dalam permohonan supaya hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar kes saman sivil AS$346 juta difailkan 1MDB terhadapnya.
Representasi ketiga status Rosmah mohon gugur kes AMLA, LHDN belum diketahui
Memandangkan kes ini melibatkan isu semakan dengan pihak LHDN, maka prosedur terbabit memerlukan masa untuk disediakan.
Keputusan berhubung representasi Rosmah untuk gugurkan pertuduhan diketahui 6 Sept
Dua belas pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM7 juta, manakala lima lagi berkaitan kegagalan isytihar pendapatan.
Mahkamah tolak permohonan Rosmah tangguh prosiding saman syarikat barang kemas
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Rosmah untuk menangguhkan prosiding saman yang difailkan terhadapnya oleh syarikat barang kemas yang berpangkalan di Lubnan.
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
Rosmah kemuka permohonan hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB
Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan supaya hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar kes saman sivil US$346 juta difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadapnya.
Rosmah mohon tangguh prosiding kes saman syarikat barang kemas Lubnan
Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding kes saman difailkan syarikat barang kemas Global Royalty Trading SAL terhadapnya.
Kes 1MDB: Rosmah beri aku janji tidak lupuskan barangan mewah RM1.6 bilion
Datin Seri Rosmah Mansor memberikan aku janji untuk tidak melupuskan barangan kmewah yang kini berada dalam milikan atau kawalannya yang dituntut oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mahkamah tolak permohonan Rosmah masukkan kerajaan, polis sebagai pihak ketiga
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Rosmah untuk memasukkan kerajaan dan polis sebagai pihak ketiga dalam kes saman syarikat barangan kemas.