KUALA LUMPUR:Berbagai-bagai cara digunakan kartel yang mendalangi penyeludupan daging import dari negara sumber tidak sah, termasuk diragui status halal dan kualitinya.
Taktik ingin mengaut keuntungan bukan hanya membabitkan daging lembu dan kambing, malah daging premium dari Jepun turut diseludup golongan tidak bertanggungjawab ini.
Bukan sekadar dibungkus semula dan dilabel halal, lebih dahsyat lagi daging bermutu tinggi ini diseludup dalam kontena bersama dengan daging babi.
Memetik laporan Sinar Harian pada Isnin, penyeludupan daging wagyu yang diselit bersama dalam satu kontena daging babi ini bertujuan mengaburi mata penguat kuasa.
Seorang usahawan daging import yang terlibat dalam pengedaran daging wagyu dari Jepun sejak empat tahun lalu mendedahkan perkara tersebut kepada Sinar Harian.
Mohd Hafis Khairulah mendakwa wujud dalang yang menyeludup daging wagyu tanpa sijil halal di dalam kontena yang diisytiharkan membawa daging babi.
"Modus operandi mereka ialah mengisytiharkan kontena yang dibawa, contohnya mereka membawa daging itu dengan daging babi.
"Kalau satu kontena itu boleh muat daging hingga 15 tan, jadi lima tan mereka akan bawa daging wagyu yang seludup," katanya.
Mohd Hafis memberitahu terdapat beberapa pembekal daging wagyu tanpa sijil halal yang menjualnya secara dalam talian.
"Ada pembekal dalam talian yang memang tidak ada sijil halal yang kita sudah dapat buktikan. Bila kita tanya ada sijil halal atau tidak, dia jawab tidak ada.
"Ada individu yang kita tanya mengakui ada sijil halal, kononnya dia ambil daging dari rumah sembelihan di Jepun yang ada sijil halal.
"Tetapi kita tidak tahu dia bawa masuk macam mana, sama ada dengan daging babi atau bagaimana," katanya lagi.
Situasi itu, menurut Mohd Hafis, telah mencetuskan kebimbangan kepada pembekal daging import halal dan sah yang lain dan berharap campur tangan kerajaan.
“Jadi, kita harap pihak berkuasa khususnya kerajaan memandang serius isu daging seludup itu kerana ia bukan sahaja memberi kesan mendalam kepada orang Islam tetapi turut menjejaskan perniagaan pembekal daging import halal dan sah yang lain,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Hafis mengingatkan orang ramai khususnya umat Islam supaya tidak membeli daging wagyu yang dijual dengan harga tidak munasabah.
“Bagi daging wagyu, kita sedia maklum harganya mahal iaitu antara RM800 sehingga RM2,000 sekilo mengikut jenis.
"Jadi kalau dijual dengan harga terlalu murah, sangat tidak masuk akal,” katanya.
Daging wagyu halal dan sah, menurutnya, akan disertakan sijil keaslian oleh MPJA (Muslim Professional Japan Association) kepada pembekal yang membelinya di pusat sembelihan yang diiktiraf.
Astro Awani
Mon Dec 28 2020
Kartel daging tidak bertanggungjawab menyeludup daging wagyu menggunakan kontena babi. -Gambar Unsplash, Sinar Harian
'Memang senang nak salahkan FAM' - Tunku Mahkota Ismail
PEMBANGUNAN bola sepak akar umbi seharusnya menjadi tanggungjawab setiap kelab dalam memastikan kelancaran proses melahirkan lebih ramai pemain tempatan pada masa depan.
WEF sahkan Anwar sertai Mesyuarat Tahunan 2025 di Davos
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyertai Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland.
[TERKINI] Hujan lebat berterusan dijangka di Rompin, 7 daerah Johor hari ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya yang diramalkan berlaku di Rompin, Pahang dan beberapa daerah di Johor hari ini.
Orang ramai dinasihat waspada kehadiran ubur-ubur api di pantai
Spesies yang diklasifikasikan di bawah kumpulan hydrozoan marin itu mudah dikenali dengan warna kebiruan lutsinar.
KPT pujuk tenaga pengajar bertugas di luar negara curah khidmat di Malaysia - Zambry
Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan pihak berkaitan bagi mencari peluang untuk mereka menyumbang khidmat kepada negara.
AWANI Ringkas: Khidmat tenaga pengajar di IPT luar negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 700 aktivis iklim ditahan di The Hague
Antaranya, 12 individu menghadapi pertuduhan atas kesalahan jenayah seperti hasutan dan serangan, serta dibawa ke balai polis.
Bursa Malaysia dijangka alami kenaikan sederhana minggu depan
Bursa Malaysia dijangka merekodkan aliran pergerakan meningkat yang sederhana minggu depan, didorong aktiviti pembelian semasa harga murah dan keyakinan berkaitan perkembangan domestik.
Mental belum cukup kuat punca Tang Jie-Ee Wei tersingkir - Nova
Katanya, jika mahu pergi lebih jauh, mereka perlu segera atasi masalah berkenaan terutama ketika berdepan beregu campuran handalan dunia.
Menteri Luar Jepun wakili Tokyo ke upacara angkat sumpah Presiden AS
Lawatan itu menekankan usaha Jepun untuk mengukuhkan hubungan dengan sekutu utamanya di bawah pentadbiran baharu.
Selain daging wagyu, ini antara makanan termahal di dunia
Jika anda terfikir untuk melepaskan tuntutan nafsu makan dengan makanan yang mewah dan harganya juga mungkin kurang senang didengari.
5 sajian makanan paling mahal di dunia
Tahukah anda ada sesetengah makanan yang lebih mahal daripada harga sebuah kereta, dan kadang kala mencecah harga sebuah rumah?