KUALA LUMPUR: Ketidakpatuhan terhadap pengurusan kewangan menyebabkan isu pembayaran tidak teratur berjumlah RM1.299 bilion, kerugian wang awam RM11.45 juta serta pembaziran RM8.87 juta kepada kerajaan pada 2020.
Ketua Audit Negara Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid memaklumkan tahun lepas, Jabatan Audit Negara telah melaksanakan pengauditan pematuhan terhadap lima agensi persekutuan dan mengemukakan 19 syor untuk dipertimbangkan pelaksanaannya.
"Setakat 31 Dis 2021, sebanyak 140 penyata kewangan telah siap diaudit dan dikeluarkan Sijil Ketua Audit Negara manakala tujuh penyata kewangan dalam proses pengauditan.
"Sebanyak 109 penyata kewangan telah diberikan Sijil Ketua Audit Negara dengan Pendapat Tanpa Teguran, 14 penyata kewangan telah diberikan Pendapat Tanpa Teguran dengan Penegasan Perkara dan 17 penyata kewangan telah diberikan Pendapat Berteguran," katanya dalam kenyataan mengenai Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), hari ini.
Laporan itu yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini melibatkan LKAN Tahun 2020 Siri 1 mengenai Aktiviti Kementerian, Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Badan-Badan Berkanun Persekutuan; Penyata Kewangan dan Pengauditan Pematuhan Agensi Persekutuan Tahun 2020.
Selain itu, laporan juga melibatkan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan serta 13 naskhah LKAN peringkat negeri iaitu LKAN Tahun 2020 Siri 1 bagi Aktiviti Kementerian, Jabatan, Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri.
Nik Azman berkata pengauditan prestasi terhadap aktiviti kerajaan dijalankan selaras Seksyen 6 (d) Akta Audit 1957 serta berpandukan piawaian pengauditan antarabangsa yang dikeluarkan Pertubuhan Antarabangsa Institusi Audit Tertinggi (INTOSAI).
Katanya, pengauditan prestasi yang dijalankan bertujuan menilai pencapaian objektif aktiviti, projek dan program kerajaan serta sama ada pelaksanaannya dilakukan dengan berhemat, cekap dan berkesan.
"Ia juga bertujuan menilai sejauh mana wang awam dibelanjakan dengan berhemat, cekap dan berkesan tanpa berlaku pemborosan dan pembaziran serta mendapat 'nilai terbaik untuk wang', katanya.
Sementara itu, sebanyak 10 pengauditan prestasi bernilai RM39.719 bilion telah dilaksanakan di lapan jabatan, tiga syarikat milik kerajaan dan empat badan berkanun Persekutuan dan agensi di bawah tujuh kementerian.
Beliau berkata daripada jumlah tersebut, enam pengauditan melibatkan kategori program dan aktiviti, tiga kategori projek serta satu melibatkan sistem ICT manakala secara keseluruhannya, pelaksanaan aktiviti, projek dan program kerajaan Persekutuan adalah mengikut objektif yang ditetapkan.
"Bagaimanapun, masih terdapat kelemahan seperti sasaran output dan pencapaian keberhasilan yang ditetapkan tidak dapat dicapai atau tidak boleh dinilai. Hal ini kerana sasaran kuantitatif, mekanisme dan indikator tidak ditetapkan, serta data berkaitan tidak diselenggarakan dengan lengkap dan kemas kini," katanya.
Nik Azman berkata sebanyak 33 syor dikemukakan untuk dipertimbangkan pelaksanaannya oleh kementerian, jabatan dan agensi Persekutuan yang diaudit.
Jabatan Audit Negara juga telah menjalankan pengauditan prestasi terhadap 18 program, aktiviti dan projek melibatkan dua kementerian di Sabah dan Sarawak, 15 jabatan dan 12 agensi kerajaan negeri serta pengauditan pengurusan syarikat terhadap 11 syarikat kerajaan negeri.
Sebanyak 111 syor telah dikemukakan melibatkan 70 syor dipertimbangkan pelaksanaannya oleh kementerian, jabatan dan agensi negeri serta 41 syor untuk syarikat kerajaan negeri yang berkenaan, katanya.
Nik Azman berkata LKAN mengenai Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan 2020 Siri 1 mengandungi hasil pengauditan terhadap enam syarikat kerajaan Persekutuan.
"Secara keseluruhannya, empat syarikat telah mencapai objektif penubuhan syarikat; dua syarikat menunjukkan tahap amalan tadbir urus korporat yang baik; dan tiga syarikat memperlihatkan kedudukan kewangan yang stabil," katanya.
Beliau berkata sebanyak 31 syor telah dikemukakan kepada pihak pengurusan syarikat berkenaan untuk diambil tindakan bagi penambahbaikan perkara yang dilaporkan.
LKAN mengenai aktiviti kementerian dan jabatan kerajaan Persekutuan dan badan-badan berkanun Persekutuan; Penyata Kewangan dan Pengauditan Pematuhan Agensi Persekutuan dan LKAN 2020 Siri 1 mengenai Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan akan dimuat naik di laman web Jabatan Audit Negara.
Orang awam boleh melayarinya di http://www.audit.gov.my selepas pembentangannya di Dewan Rakyat.
LKAN peringkat negeri pula hanya akan dimuat naik di laman web Jabatan Audit Negara selepas pembentangannya di Dewan Undangan Negeri masing-masing.
Isu-isu LKAN Tahun 2020 Siri 1 juga akan dimuat naik di Portal Papan Pemuka Ketua Audit Negara (AGD) mulai pukul 10.30 pagi dan sebarang pertanyaan lanjut serta pandangan boleh dihantar kepada jbaudit@audit.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 22 2022
Nik Azman berkata LKAN mengenai Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan 2020 Siri 1 mengandungi hasil pengauditan terhadap enam syarikat kerajaan Persekutuan. - Gambar fail BERNAMA
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap, pastikan kewangan negara lebih mampan
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
BAM jalin kerjasama dengan PEMANDU Associates sebagai persiapan ke Olimpik 2028
BAM mengambil langkah proaktif dengan mengumumkan kerjasama strategik dengan PA dalam usaha melicinkan tatakelola badan induk itu untuk menduduki kelompok tiga terbaik menjelang LA28.
Carta aliran wang Touch n Go eWallet mudahkan pengguna pantau perbelanjaan
Ia memaparkan satu carta perbelanjaan, memudahkan pengguna melihat ke manakah perbelanjaan mereka setiap bulan mengikut kategori.
Gaji penjawat awam boleh dinaikkan dengan kawalan pengurusan kewangan - PM
Ketegasan dalam menguruskan kewangan juga mampu untuk memberikan lebih banyak manfaat serta barakah selepas ini kepada kumpulan terbabit.
Dasar Peluang Kedua: Manfaatkan sepenuhnya untuk memulakan hidup baharu - Pakar
Dasar Peluang Kedua merupakan inisiatif untuk membela nasib rakyat yang bankrap dengan jumlah hutang berskala kecil dengan melepaskan mereka daripada kebankrapan.
BNM ambil pendekatan berhemat tangani risiko keberhutangan isi rumah tinggi
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata kerajaan sedar mengenai risiko keberhutangan isi rumah yang tinggi, justeru pendekatan yang lebih mampan akan dilaksanakan.
Perlu ada ketelusan dalam pengurusan kutipan derma - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa perlunya ada ketelusan dalam pengurusan sebarang dana kutipan derma di negara ini.
[KOLUMNIS] Pindaan AUKU: Bebas atau beban?
SEBAGAI seorang mahasiswa, kita tidak boleh lari daripada realiti bahawa kehidupan di universiti adalah berpaksikan kepada suatu undang-undang yang disebutkan sebagai AUKU 1971.
Pengurusan kewangan: Sebilangan besar rakyat Malaysia masih bersikap "jangka pendek" - Gabenor BNM
Sebilangan besar rakyat Malaysia masih bersikap "jangka pendek" dalam pengurusan kewangan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia.
Belanjawan 2024: Jangan ada seleweng, ketirisan, rasuah, nepotism, kroni - Bersatu
Katanya, pencapaian Belanjawan 2023 sebelum ini perlu diketahui pencapaiannya, begitu juga Belanjawan 2024.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2024: Memacu kemajuan sosioekonomi yang saksama dan inklusif
Belanjawan Malaysia MADANI 2024 menggariskan pendekatan seimbang antara peninggian siling dan peninggian lantai, selaras dengan wawasan Ekonomi MADANI