Seorang pembantu tadbir maut dipercayai ditikam dan dicekik rakan sekerjanya dalam kejadian di sebuah kolej vokasional di Telok Datok, Banting dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Azizan Tukiman berkata dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, suspek yang merupakan pembantu makmal di kolej berkenaan dipercayai mencekik dan menikam Zaimah Mahmod, 57, menggunakan pisau.
Beliau berkata pihaknya sebelum itu menerima panggilan telefon daripada suspek berusia 28 tahun yang mengaku bahawa dia baru sahaja membunuh mangsa dengan cara menikam dan mencekik wanita itu.
Menurut Azizan, anggota polis kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian dan menemui suspek bersama mayat mangsa di dalam stor pejabat pentadbiran kolej tersebut.
Beliau berkata siasatan mendapati suspek mengaku telah menikam dan mencekik mangsa sehingga mati akibat berdendam kerana sering disindir mangsa.
"Mangsa dikatakan selalu menyindir suspek ada 'hubungan sulit' dengan seorang staf di tempat kerja sama. Walaupun dinafikan oleh suspek, mangsa masih juga menyindir dan mengata suspek.
"Pada masa sama suspek juga didapati mempunyai rekod dan menjalani rawatan stres di Hospital Banting. Semasa kejadian hanya suspek dan mangsa sahaja berada di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Azizan berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Banting untuk dibedah siasat dan pihak polis akan mendapatkan perintah tahanan reman ke atas suspek esok bagi siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 11 2018
![Pembantu tadbir kolej vokasional maut dipercayai dibunuh rakan sekerja Pembantu tadbir kolej vokasional maut dipercayai dibunuh rakan sekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/41531316945_TIKAMRAKAN.jpg)
Suspek (tengah) ditahan di lokasi kejadian. - Foto Sinar Harian
AWANI Borneo [15/08/2024] – Jaga integrity | Persaingan sihat | SUKMA 2024
Tumpuan Awani Borneo 15 Ogos 2024 bersama Nickyson Nyambar;
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
[TERKINI] Belasungkawa: Jenazah Allahyarham Nidza Afham selamat dikebumikan
Ikuti siaran perjalanan terakhir jenazah Allahyarham Nidza Afham di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam, Selangor.
SUKMA 2024: Kesemua venue bagi 488 acara sedia digunakan
Kerja penaiktarafan tiga lokasi iaitu padang memanah, gelanggang hoki serta trek bmx yang belum siap sepenuhnya tidak menjejaskan pelaksanaan acara sukan berkenaan kerana ia hanya melibatkan fasiliti tandas yang diganti menggunakan tandas mudah alih, selain landskap trek.
KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
Mengambil contoh harga ayam di Lotus’s Malaysia, Armizan berkata rangkaian pasar raya itu konsisten menawarkan harga berpatutan serendah RM6.99 sekilogram berbanding harga ayam yang tinggi di wilayah tersebut.
Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
Hajiji berkata beliau telah menerima banyak aduan daripada rakyat dan laporan tentang isu integriti serta ketelusan melibatkan Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah, termasuk ada antara mereka melengah-lengahkan urusan yang mempunyai kepentingan untuk rakyat.
STB Sabah mahu kembalikan kegemilangan Sandakan
Lembaga Pelancongan Sabah (STB) mengambil tindakan segera dengan mengadakan sesi libat urus bersama wakil-wakil rakyat dan pemain industri pelancongan Sandakan nagi mengembalikan populariti daerah itu dalam kalangan pelancong.
Astro ketengah elemen 'Heart to Heart' untuk Malaysia
Kempen Inilah KITA yang dilancarkan Astro sejak minggu lalu meraikan semangat kebersamaan serta makna sebagai rakyat Malaysia di bawah cerminan negara yang berbilang kaum dan majmuk sama seperti yang ada di Sabah dan Sarawak. Kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Holdings Berhad, Euan Smith, kebersatuan itu diraikan menerusi bakat penceritaan kakitangan Astro yang dinamik dan menyentuh hati.
Bahasa etnik medium hebahan Bulan Kebangsaan di Sabah
Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah Supian Musa berkata inisiatif itu bukan hanya bertujuan menyemarakkan sambutan, tetapi lebih utama mahu memastikan mesej disampaikan dalam bahasa mudah difahami supaya dapat dihayati semua lapisan masyarakat.
SUKMA 2024: Premier umum insentif untuk pemenang pingat Sarawak pada Jumaat
NIlai insentif yang menanti atlet Sarawak yang meraih pingat dalam temasya sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 dijangka diumum Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Jumaat.
![Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723720861_TBmerdeka.jpg)
Hari Kebangsaan: Kapasiti tempat duduk di Dataran Putrajaya ditambah - Fahmi
Kapasiti tempat duduk awam bertingkat di Dataran Putrajaya di sini akan ditambah.
![15 kedai di Pantai Morib musnah dijilat api 15 kedai di Pantai Morib musnah dijilat api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51620092977_kedaiPantaiMor.jpg)
15 kedai di Pantai Morib musnah dijilat api
Kebakaran berjaya dipadamkan dalam tempoh dua jam dan keseluruhan kerosakan melibatkan 60 peratus deretan kedai.
![Dua warga Bangladesh diberkas bunuh rakan senegara Dua warga Bangladesh diberkas bunuh rakan senegara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71619627643_handcuff.jpg)
Dua warga Bangladesh diberkas bunuh rakan senegara
Dua warga Bangladesh diberkas bunuh rakan senegara
![Identiti 4 mangsa rentung kemalangan di SKVE dikenal pasti Identiti 4 mangsa rentung kemalangan di SKVE dikenal pasti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81619919892_kenderaanrentung.jpg)
Identiti 4 mangsa rentung kemalangan di SKVE dikenal pasti
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, kesemua mangsa terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita.
![Pembantu tadbir kolej vokasional maut dipercayai dibunuh rakan sekerja Pembantu tadbir kolej vokasional maut dipercayai dibunuh rakan sekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/41531316945_TIKAMRAKAN.jpg)
Pembantu tadbir kolej vokasional maut dipercayai dibunuh rakan sekerja
Siasatan mendapati suspek mengaku telah menikam dan mencekik mangsa sehingga mati akibat berdendam kerana sering disindir mangsa.
![Kanak-kanak dijumpai selepas empat jam hilang Kanak-kanak dijumpai selepas empat jam hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/61444376494_Kidnapped.jpg)
Kanak-kanak dijumpai selepas empat jam hilang
Kanak-kanak itu dijumpai bersendirian oleh orang awam yang kebetulan lalu di kawasan tepi sungai yang jaraknya kira-kira 500 meter dari rumah keluarga mangsa pada pukul 5.30 petang tadi.