Seorang diplomat Malaysia dan isteri didakwa melayan pembantu rumah mereka seperti hamba dengan memintanya bekerja 15 jam sehari, lapor New York Post.
Menurut saman yang dikemukakan oleh Parimaladevi Jeganathan, juga dikenali sebagai Mala, Danish Kumar dan isteri, Tamil Arasi Krishnan turut melarangnya keluar rumah melainkan untuk menemani mereka ke gereja.
Mereka juga menakut-nakutkan Mala dengan mengatakan orang kulit hitam akan ‘melakukan sesuatu terhadapnya’, jelas saman yang difailkan di Manhattan itu.
Parimaladevi mula bekerja dengan pasangan itu pada tahun 2013 sebelum visanya luput pada tahun 2014.
Menurutnya, Tamil Arasi memberitahu visanya terlalu mahal untuk diperbaharui. Namun dia perlu terus bekerja untuk pasangan itu. Jika enggan, dia akan dihantar semula ke Sri Lanka yang dibelenggu peperangan.
Parimaladevi membuat keputusan untuk melaporkan hal tersebut kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
Dia dibawa keluar dari rumah yang terletak di East 43rd Street itu pada 6 Mac 2014 dan kini menetap di sebuah rumah perlindungan.
Saman yang dikemukakan mendakwa pasangan itu melanggar undang-undang yang digubal untuk melindungi mangsa pemerdagangan manusia.
Mereka juga disaman kerana melanggar undang-undang buruh dan undang-undang kontrak.
Astro Awani
Tue Sep 06 2016
Parimaladevi mendakwa dia dilarang keluar rumah melainkan untuk menemani keluarga ke gereja - Foto AFP Relax
“Maklumlah sikit kata kami nak melalui Bukit Kayu Hitam” - Dr. Ku
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya berkata kerajaan melancarkan Malaysia-Thailand Self-Drive Tourism di Bukit Kayu Hitam, Kedah. “Setiap inisiatif yang dilakukan di kawasan akan maklumkan secara bertulis” Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perlu masa lakukan analisis, bina hubungan untuk dapat persefahaman - Kenneth Jonassen
Jurulatih perseorangan baru negara, Kenneth Jonassen, akan mengetuai misi negara membutirkan pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
40 juta pakej edutourism telah dijual - Khairul
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya berkata hampir 40juta pakej edu tourism telah dijual kepada pelanggan dan seramai 19,000 pelajar dijangka mengambil peluang pakej untuk tahun 2024 dengan pulangan RM95 juta.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
AWANI Ringkas: Kementerian Pendidikan sahkan 104 pelajar seberang Sungai Golok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiga lelaki didakwa rompak warga China guna pisau
Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merompak seorang lelaki warga China bersenjatakan sebilah pisau, dua minggu lepas.
KUSKOP bantu 612,692 PMKS dari Jan hingga September
Ewon memaklumkan sejumlah RM6.45 bilion pembiayaan telah disalurkan kepada 265,325 usahawan menerusi skim pembiayaan PMKS.
Lawatan kerja PM: Malaysia dalam misi yakinkan Hyundai, OCI tingkatkan pelaburan
Perdana Menteri mengadakan pertemuan tertutup bersama konglomerat Korea yang terdiri daripada syarikat Hyundai Motor dan OCI Holdings.
Yoav Gallanat akan ke AS, bertemu kepimpinan tertinggi
Bekas Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant dijadual akan ke Amerika Syarikat kurang seminggu selepas Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap ke atasnya.
Gencatan senjata di Lubnan harus disegerakan - Josep Borrell
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell menyeru agar gencatan senjata segera direalisasikan bagi menamatkan konflik antara Israel dan Hezbollah di Lubnan.
Bank Dunia lantik Judith Green sebagai Pengurus Negara untuk Malaysia
Kumpulan Bank Dunia melantik Judith Green sebagai Pengurus Negara yang baharu untuk Malaysia.
Krisis Rusia-Ukraine: Diplomat Malaysia larikan diri ke Poland guna jalan darat - Laporan
Mereka yang melarikan diri tersebut terdiri daripada lapan rakyat Malaysia dan dua warga asing dengan menggunakan empat buah kereta.
Pembantu rumah dakwa diperhamba, saman diplomat Malaysia di New York
Diplomat Malaysia, Danish Kumar dan isterinya, Tamil Arasi Krishnan didakwa memaksa pembantu rumah bekerja 15 jam sehari dengan bayaran rendah.