Seorang pembantu penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap pertuduhan menerima suapan wang tunai RM2,000 daripada seorang pengurus sebuah premis perniagaan tahun lepas.
Zaidi Zainuddin, 31, didakwa menerima suapan itu daripada Ng Lap Ken, 47, sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga VCD/DVD cetak rompak Sim Kit Choon, 37, di sebuah hotel, Jalan Ipoh di sini pada 3.10 petang 22 Okt tahun lepas.
Zaidi yang bertugas di KPDNKK cawangan Kuala Selangor didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Hakim Rosbiahanin Arifin membenarkan tertuduh, yang diwakili peguam Vasudevan Appu, diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah juga membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang dan menetapkan 19 Nov untuk sebutan semula kes.
Terdahulu, Mohd Asnawi memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth supaya ia dapat disebut semula bersama enam lagi kes lain membabitkan isu sama.
Bernama
Wed Oct 29 2014

Zaidi Zainuddin didakwa menerima suapan itu daripada Ng Lap Ken.

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.

Penunggang negara jangan dibiarkan 'sesat', kata Azlan Shah
Khairul Idham Pawi bakal digugurkan oleh Petronas-Yamaha Sepang Racing Team (SRT) bagi saingan Moto2 musim depan.

Dua pegawai polis dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah
Kedua-dua tertuduh yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, IPD Seremban didakwa menerima suapan daripada Tang Yee Choy, 37, sebagai dorongan untuk tidak meneruskan siasatan.

Farah Ann sifatkan insentif Sukan SEA dorongan lebih berjaya
Farah Ann Abdul Hadi berkata insentif berkenaan turut mencerminkan sokongan kerajaan negeri terhadap pencapaian atlet negeri itu.

Tun M utus surat kepada Panglima ATM
Beliau dengan penuh harapan menyarankan agar panglima dan pegawai memerintah anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah naungan pemerintahan agar mengundi dengan telus.

Dibuang keluarga, merempat OKU kental teruskan hidup
Kekurangan diri kerana tergolong dalam orang kelainan upaya (OKU) tidak pernah dipinta oleh lelaki bernama Syukri Saad, 39 tahun.

Terbeban dengan kerja? Wanita bakal hidup sunyi - Pakar
Menurut pakar motivasi terkemuka, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, jika seseorang wanita itu dilamun cinta atau sedang bercinta, hal itu sama sekali tidak mengganggu prestasi kerjayanya.

Pembantu penguatkuasa KPDNKK didakwa terima suapan RM2,000
Seorang pembantu penguatkuasa KPDNKK dituduh menerima suapan wang tunai RM2,000 daripada seorang pengurus sebuah premis perniagaan.