SEREMBAN:Dua pegawai polis berpangkat inspektor hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM3,500 pada 2015.
Bagi pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban didakwa menerima suapan daripada Tang Yee Choy, 37, sebagai dorongan untuk tidak meneruskan siasatan ke atas lelaki itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menipu.
Bagi pertuduhan pilihan pula, Mohd Ramdzan dan Chang didakwa menerima wang tunai berjumlah RM3,500 daripada individu sama untuk tidak meneruskan siasatan kes penipuan ke atas lelaki itu.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di lif tingkat 1, Kompleks Terminal One Plaza, 20B Jalan Lintang, Seremban pada 5.30 petang, 3 Ogos 2015.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan pilihan, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Negeri Sembilan, Zainab Yahaya manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Datuk Hanif Hassan dan P. Purshotaman.
BACA: SPRM tahan dua pegawai polis kes judi, Macau Scam
Terdahulu, Hanif yang mewakili Mohd Ramdzan memohon mahkamah membenarkan jaminan yang rendah atas alasan anak guamnya perlu menanggung isteri dan empat orang anak yang masih kecil manakala Purshotaman yang mewakili Chang juga memohon ikat jamin yang sama memandangkan anak guamnya perlu menanggung isteri serta ibu dan bapanya.
Hakim Surita Budin memerintahkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM8,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 11 Nov.
Sebagai syarat tambahan, kedua-dua tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah, melapor diri ke pejabat SPRM terdekat setiap bulan dan tidak mengganggu saksi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 08 2020

Hakim memerintahkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM8,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 11 Nov.
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Dua pegawai polis dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah
Kedua-dua tertuduh yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, IPD Seremban didakwa menerima suapan daripada Tang Yee Choy, 37, sebagai dorongan untuk tidak meneruskan siasatan.