IPOH: Seorang pembantu penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan menerima suapan berjumlah RM3,300 pada 2017 dan 2018.
Saibullah Zaid Abdul Halim, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kelima-lima pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.
Menurut pertuduhan, lelaki itu didakwa sebagai penjawat awam bertugas di JPJ Pulau Pinang menerima untuk diri sendiri barang berharga tanpa suatu balasan berupa wang RM1,500 (pertuduhan pertama), RM600 (masing-masing pertuduhan kedua dan ketiga) serta RM300 (masing-masing pertuduhan keempat dan kelima).
Wang itu diterima daripada pengarah sebuah syarikat melalui akaun bank milik isterinya yang berusia 47 tahun berkaitan kerja-kerja penguatkuasaan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 terhadap lori-lori milik syarikat berkenaan.
Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di sebuah bank Cawangan Kuala Kangsar antara Okt 2017 hingga Mac 2018.
Pertuduhan terhadap dia dikemukakan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afiqa Liyana Rozman dan Noor Azura Zulkiflee, sementara tertuduh diwakili peguam Mohamed Firdaus M. Farouk.
Terdahulu, Afiqa Liyana mencadangkan wang jaminan RM8,000 dikenakan untuk kelima-lima pertuduhan, selain dokumen perjalanan tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dan perlu melapor diri kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan.
Bagaimanapun peguam tertuduh Mohamed Firdaus memohon jaminan dikurangkan dengan alasan tertuduh mempunyai tanggungan tiga anak yang masih belajar selain mungkin hilang pekerjaan.
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 untuk lima pertuduhan itu serta perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai dan melapor diri di pejabat SPRM sekali setiap bulan tanpa gagal.
Mahkamah menetapkan 16 Ogos depan untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 12 2024

Tertuduh diiring polis di Mahkamah Sesyen Ipoh, Rabu 12 Jun 2024. -Foto Sinar Harian
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Pembantu penguat kuasa JPJ didakwa terima suapan RM3,300
Seorang pembantu penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan menerima suapan berjumlah RM3,300 pada 2017 dan 2018.