BUTTERWORTH: Seorang pembantu kedai mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah harta syarikat melibatkan kerugian lebih RM200,000 tahun lepas.
Mohamad Rizal Zainal Abiddin, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.
Menurut kertas pertuduhan, Mohamad Rizal yang ketika itu merupakan pengurus kedai, secara curangnya telah menggunakan wang syarikat berjumlah RM204,603.60 yang diamanahkan kepada beliau untuk kepentingan sendiri.
Kesalahan itu didakwa berlaku di 7-Eleven Jalan Bagan Ajam di sini, 3.40 petang pada 23 Jun, 2023.
Kes dikemukakan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 14 tahun, sebatan dan boleh juga dikenakan denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Qatrin Nada Harun manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah membenarkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Mei ini untuk lantikan peguam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 19 2024
Mohamad Rizal (tengah) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah harta syarikat melibatkan kerugian lebih RM200,000 tahun lepas. -Bernama
Presiden Uzbekistan adakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula Selasa
Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula Selasa.
Jalaluddin Hassan sedia beri kerjasama, Ziana Zain kunci mulut
Datuk Jalaluddin Hassan bersedia untuk memberi kerjasama penuh kepada SPRM sekiranya dipanggil bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sebuah syarikat perunding kewangan.
Bomba terus pantau banjir di Sabah, Sarawak melalui PGOK
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan terus memantau keadaan banjir di Sabah dan Sarawak menerusi Pusat Gerakan Operasi Kebombaan Kebangsaan.
AWANI Ringkas: Kadar caruman rendah pekerja asing
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KKM kesan lebih 800 kes kesihatan dalam kalangan mangsa banjir di Sabah, Sarawak
22 daripada 30 fasiliti kesihatan di Sarawak dan 27 fasiliti kesihatan di Sabah yang terjejas akibat banjir telah beroperasi semula.
Kenaikan gaji minimum RM1,700 rangsang ekonomi negara, tingkat kuasa beli rakyat
Peningkatan gaji minimum dijangka merangsang kuasa beli rakyat sekali gus menggerakkan ekonomi negara dan dapat memberi manfaat kepada semua pihak.
Pendaki sesat mendaki Gunung Yong Yap ditemukan selamat
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semasa menyertai ekspedisi mendaki Gunung Yong Yap dekat Kuala Mu, Sungai Siput semalam, ditemukan selamat.
Fadhlina usaha tulis jawi, catat titah Sultan Ibrahim
Menteri Pendidikan menggunakan tulisan jawi ketika mencatat titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan Mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-15 hari ini.
Hannah Yeoh mohon batal keterangan saksi dalam kes saman fitnah Kamarul Zaman
Hannah Yeoh memohon Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keterangan empat saksi yang dikemukakan bagi menyokong pembelaan pensyarah UUM, Kamarul Zaman Yusoff, dalam kes saman fitnah yang difailkannya.
Syarikat pelancongan keluarkan cek lebih RM600,000 atas nama Azlan Man - Saksi
Tiga cek tersebut merupakan bayaran balik bagi perjalanan Azlan dan keluarganya ke London pada 2013, 2014 dan 2015 yang dibatalkan.
Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi
Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi.
Warga emas dicari, lebih sebulan menghilang
Polis Daerah Taiping dalam satu kenyataan memberitahu, wanita itu dikenali sebagai Haliza Mohd Taib dan bekerja sebagai pembantu kedai.
Pembantu kedai nafi pecah amanah lebih RM200,000
Mohamad Rizal Zainal Abiddin, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.
Pembantu kedai ditemukan mati dalam rumah
Mangsa juga tinggal bersendirian di rumah itu selain tidak menemui petunjuk mengaitkan ada unsur jenayah.
Pemuda manfaatkan tempoh kawalan pergerakan tanam ubi vitato
Selain berasa gembira, Muhammad Ikmal tidak sabar menunggu hasil titik peluhnya yang pertama itu dapat dituai dalam tempoh dua bulan lagi.
Lelaki ugut, cedera teman wanita kerana tidak masak, dipenjara tiga bulan
Akibat mengugut, menampar dan mencekik teman wanitanya kerana tidak memasak, seorang pembantu kedai dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini.
'Terguna' duit RM1,000 majikan, lelaki buat laporan palsu disamun
Lelaki berusia 21 tahun itu mendakwa dia disamun empat lelaki yang menaiki motosikal dalam kejadian kira-kira jam 1.40 pagi.
Polis siasat kes ADUN dituduh cabul ahli parti
Suspek juga mengingatkan pengadu supaya tidak memberitahu sesiapa tentang kejadian itu.
Mabuk: Lelaki didakwa sebabkan kematian penghantar makanan
Khor Yong Zhang, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Puteri Nursheila Rahimi.
Teman lelaki ibu campak bayi serah diri
Seorang lelaki berusia 18 yang dipercayai teman lelaki kepada ibu bayi berkenaan menyerahkan diri di balai polis pada Khamis.