Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata Ilhami Mohd Idris, 22, dari Seri Kembangan, Selangor ditemukan di kebun getah berhampiran Kuala Mu oleh orang awam.
Beliau berkata bomba dimaklumkan mengenai kehilangan mangsa yang menyertai ekspedisi itu bersama 15 peserta, pada 11.42 malam tadi.
"Kehilangan mangsa disedari selepas ketua ekspedisi membuat pemeriksaan semasa mereka menuruni bukit di Kem Site Chinak pada 6 petang semalam," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Sabarodzi berkata ketua pendaki membuat laporan polis selepas usaha mencari yang dilakukan mereka bersama lima malim gunung hingga ke puncak Gunung Yong Yap, tidak menemukan mangsa.
-- BERNAMA