LUMUT: Seorang pembantu kedai makan dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Seri Manjung di sini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu melakukan khianat dengan melanggar kereta polis dan menghalang penjawat awam yang menjalankan tugas.
Tertuduh, Shahrul Nizam Mohammad Shuhaimi, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret A Hafiizh Abu Bakar.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan niat telah melakukan khianat dengan melanggar bahagian hadapan sebelah kiri kereta milik Polis Diraja Malaysia yang menyebabkan kerugian RM1,200 yang mana Shahrul Nizam didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Bangunan Toyota Seri Manjung di sini antara pukul 8.40 pagi hingga 9.40 pagi pada 4 Mei lepas.
Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari setahun atau tidak lebih dari lima tahun atau denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didapati tidak memberi kerjasama serta menghalang penjawat awam yang sedang menjalankan tugas dengan sengaja tidak memberhentikan kenderaan dan bertindak agresif bertujuan menghalang pihak polis melakukan tangkapan dan dia didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan restoran Horizon Garden di Seri Manjung di sini pada waktu dan tarikh yang sama.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah menjatuhi hukuman 18 bulan penjara bagi setiap pertuduhan, yang dijalankan secara serentak bermula dari tarikh dia ditahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nurjihan Jaya manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Amani Williams Hunt Abdullah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 10 2022
![Pembantu kedai makan dipenjara 18 bulan halang tugas penjawat awam Pembantu kedai makan dipenjara 18 bulan halang tugas penjawat awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649845312_courtgavelmahkam.jpg)
Tertuduh mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu melakukan khianat dengan melanggar kereta polis dan menghalang penjawat awam yang menjalankan tugas. - Gambar hiasan
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738906492_PembantuKedaiMakan.jpg)
Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan
Seorang pembantu kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan meninggalkan bayi perempuannya di sebuah kedai makan di Sanglang, dekat sini pada 19 Jan.
![Pembantu kedai makan maut dirempuh kereta, digilis van Pembantu kedai makan maut dirempuh kereta, digilis van](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703709956_KemalanganMaut.jpg)
Pembantu kedai makan maut dirempuh kereta, digilis van
Mangsa, Farhana Kreiya Salleh Rom, maut ditempat kejadian selepas cedera parah di kepala dan badan.
![Pembantu kedai makan dipenjara 18 bulan halang tugas penjawat awam Pembantu kedai makan dipenjara 18 bulan halang tugas penjawat awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649845312_courtgavelmahkam.jpg)
Pembantu kedai makan dipenjara 18 bulan halang tugas penjawat awam
Tertuduh mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu melakukan khianat dengan melanggar kereta polis dan menghalang penjawat awam yang menjalankan tugas.
![Pembantu kedai makan maut dirempuh kereta Pembantu kedai makan maut dirempuh kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61625133965_pembantukedaimaut.jpg)
Pembantu kedai makan maut dirempuh kereta
Seorang pembantu kedai makan maut dirempuh sebuah kereta di Jalan Batas Ubi dekat Yan, kira-kira jam 8.10 pagi Khamis.
![PKP: Sewa bilik untuk berparti, enam dikompaun RM4,000 seorang PKP: Sewa bilik untuk berparti, enam dikompaun RM4,000 seorang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41622085275_partibilik.jpg)
PKP: Sewa bilik untuk berparti, enam dikompaun RM4,000 seorang
Hasil pemeriksaan menemui empat lelaki dan dua wanita itu dalam keadaan berkumpul dan minum minuman keras selain menghisap dadah.
![Pembantu kedai makan maut terkena renjatan elektrik tiang besi Pembantu kedai makan maut terkena renjatan elektrik tiang besi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71603688575_TBMaut.jpg)
Pembantu kedai makan maut terkena renjatan elektrik tiang besi
Mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Fauzi Musa dikatakan jatuh tertiarap di lantai dengan tangan kanan masih memegang tiang besi khemah.
![Warga Vietnam tawar rasuah RM50, dipenjara sehari, denda RM1,000 Warga Vietnam tawar rasuah RM50, dipenjara sehari, denda RM1,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51599801049_TBPenjaraRasuah.jpg)
Warga Vietnam tawar rasuah RM50, dipenjara sehari, denda RM1,000
Li Ti Tho Nga, 40 tahun, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan, ditahan polis di satu persimpangan di bandar Rompin Pahang, ketika menaiki motosikal jenis Modenas pada 7 September lalu.
![Gagal elak motosikal lain, pembantu kedai makan maut Gagal elak motosikal lain, pembantu kedai makan maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41598075180_MOTOSIKALMAUT.jpg)
Gagal elak motosikal lain, pembantu kedai makan maut
Muhammad Azrun Ridzuan dikhabarkan sedang dalam perjalanan dari Sungai Layar untuk ke tempat kerjanya di Kepala Batas, Pulau Pinang.