YAN: Seorang pembantu kedai makan maut dirempuh sebuah kereta di Jalan Batas Ubi dekat Yan, kira-kira jam 8.10 pagi Khamis.
Mangsa, Siti Nurbayah Johari, 52 tahun maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu kereta Proton Saga berusia 23 tahun itu dalam perjalanan dari Yan menghala ke Guar Chempedak.
"Namun sebaik tiba di lokasi kejadian tiba-tiba mangsa yang menunggang motosikal, keluar dari sebelah kanan simpang menyebabkan pemandu kereta itu tidak sempat mengelak lalu merempuh motosikal mangsa.
"Akibat rempuhan itu, kereta itu berpusing lalu terbalik manakala penunggang motosikal itu tercampak di atas jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Shahnaz berkata, pemandu kereta itu hanya mengalami cedera ringan manakala penunggang motosikal itu maut di tempat kejadian.
Mayat mangsa di hantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Jul 01 2021
![Pembantu kedai makan maut dirempuh kereta Pembantu kedai makan maut dirempuh kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61625133965_pembantukedaimaut.jpg)
Seorang pembantu kedai makan maut dirempuh sebuah kereta di Jalan Batas Ubi dekat Yan, kira-kira jam 8.10 pagi Khamis. - Foto ihsan PDRM
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Tiga pejalan kaki cedera dirempuh van Tiga pejalan kaki cedera dirempuh van](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719970539_van.jpg)
Tiga pejalan kaki cedera dirempuh van
Rakaman CCTV daerah Ate menunjukkan van penumpang tidak rasmi itu dipandu dalam keadaan laju dan melanggar sebuah teksi yang diparkir.
![Pemandu bas kilang ditahan, rempuh penunggang motosikal sehingga maut Pemandu bas kilang ditahan, rempuh penunggang motosikal sehingga maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711669297_MAUT.jpg)
Pemandu bas kilang ditahan, rempuh penunggang motosikal sehingga maut
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
![SUV pengiring Presiden AS dirempuh kereta di Delaware SUV pengiring Presiden AS dirempuh kereta di Delaware](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702888144_JoeBiden.jpg)
SUV pengiring Presiden AS dirempuh kereta di Delaware
Sebuah kereta merempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang merupakan sebahagian daripada konvoi pengiring Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Ahad malam.
![14 cedera dirempuh, diserang lelaki berpakaian serba hitam di Seoul 14 cedera dirempuh, diserang lelaki berpakaian serba hitam di Seoul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691106013_SouthKoreaStabbing.jpg)
14 cedera dirempuh, diserang lelaki berpakaian serba hitam di Seoul
Kesemua mangsa cedera dikejarkan ke hospital susulan kejadian dengan sebilangan daripada mereka dalam keadaan kritikal.
![Dua kanak-kanak maut dirempuh bas di pusat jagaan Dua kanak-kanak maut dirempuh bas di pusat jagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81675891333_TBBUSCRASHED.jpg)
Dua kanak-kanak maut dirempuh bas di pusat jagaan
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi ketika orang ramai sedang menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan tersebut.
![Mekanik maut rempuh belakang treler Mekanik maut rempuh belakang treler](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41672965750_mekanikmaut.jpg)
Mekanik maut rempuh belakang treler
Mangsa maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
![Dua pelajar UCTATI maut kenderaan dirempuh 4WD Dua pelajar UCTATI maut kenderaan dirempuh 4WD](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666913948_PelajarTatiMaut.jpg)
Dua pelajar UCTATI maut kenderaan dirempuh 4WD
Siasatan awal mendapati Toyota Hilux tersebut gagal mengelak dan merempuh bahagian sisi Perodua Kancil.
![Myvi rempuh pasar raya di Manjung Myvi rempuh pasar raya di Manjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665006141_Myvi.jpg)
Myvi rempuh pasar raya di Manjung
Pemandu berusia 75 tahun itu mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Seri Manjung.
![Treler 30 tan muatan besi rempuh sebuah rumah di Kg Felda Sedanyan Treler 30 tan muatan besi rempuh sebuah rumah di Kg Felda Sedanyan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658034417_trelerrempuh.jpg)
Treler 30 tan muatan besi rempuh sebuah rumah di Kg Felda Sedanyan
Tiada kecederaan dilaporkan dan ujian saringan awal mendapati pemandu treler itu positif dadah jenis methamphetamine.
![Pelajar maut dirempuh pacuan empat roda Pelajar maut dirempuh pacuan empat roda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41656536786_PelajarMaut.jpg)
Pelajar maut dirempuh pacuan empat roda
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.