Identiti orang Melayu di Kampung Baru akan dikekal dan dipertahankan walaupun kawasan itu dibangunkan sebagai sebuah pusat komersil moden, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.
Perbincangan dengan penduduk serta semua pihak yang terlibat dalam projek pembangunan itu akan diadakan secara berperingkat agar satu pelan tindakan yang komprehensif dapat direncanakan bagi melindungi hak keistimewaan orang Melayu di kawasan itu.
"Kementerian akan lihat kepada pilihan-pilihan lain yang lebih baik dan menepati kehendak penduduk Kampung Baru serta akan mengkaji model yang lebih sesuai bagi tujuan pembangunan," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, malam tadi.
Annuar berkata, pembangunan dengan konsep yang berbeza diperlukan bagi mengekalkan keunikan identiti asal Kampung Baru sebagai satu-satunya kelompok tanah terakhir milik orang Melayu di tengah bandar raya Kuala Lumpur.
Kalaupun penduduk Kampung Baru tidak memiliki bangunan pencakar langit, beliau berkata, sekurang-kurangnya mereka akan menikmati pembangunan yang boleh menjana pendapatan dengan baik.
Annuar berkata, kerajaan sedia bertindak mempercepatkan pembangunan Kampung Baru dan pada masa sama akan memastikan kawasan itu terhindar daripada pihak-pihak yang cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan seperti bersandar kepada kuasa pasaran dalam pelaksanaan projek itu.
"Pembangunan secara 'market forces' dan 'capitalism economy' tidak boleh menyelamatkan Kampung Baru," ujarnya.
Mengulas nasib golongan gelandangan sekitar Kuala Lumpur dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membanteras wabak COVID-19, beliau berkata, kementeriannya akan menambah tiga lagi tempat perlindungan sementara dalam masa terdekat ini, yang boleh menampung 600 penghuni.
Rumah gelandangan (Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur) dan Anjung Singgah sudah penuh, katanya.
Memandangkan tiada data mengenai golongan gelandangan pada masa ini, pihak berkuasa, katanya, akan menjalankan proses saringan profil mereka agar bantuan sewajarnya dapat diberikan dan hanya mereka yang benar-benar memerlukan akan ditempatkan di pusat-pusat sementara itu.
"Sebagai contoh, jika ada dalam kalangan mereka penagih dadah, mereka akan dihantar ke pusat pemulihan dadah manakala pendatang asing tanpa izin pula akan dserahkan kepada pihak imigresen untuk tindakan selanjutnya," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Mar 31 2020

"Pembangunan secara 'market forces' dan 'capitalism economy' tidak boleh menyelamatkan Kampung Baru," kata Annuar Musa. - Gambar fail

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Pembangunan Kampung Baru: Identiti orang Melayu dipertahankan
Identiti orang Melayu di Kampung Baru akan dikekal dan dipertahankan walaupun kawasan itu dibangunkan sebagai sebuah pusat komersil moden.

Warga emas tersepit tangan cuba ambil gigi palsu dalam lubang tandas
Seorang wanita warga emas tersepit tangan di dalam lubang tandas ketika cuba mengambil gigi palsu miliknya yang terjatuh di situ.

1,188 gelandangan dapat pekerjaan menerusi Anjung Singgah Kuala Lumpur
Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata jumlah tersebut adalah hasil kejayaan Sesi kaunseling yang diberikan sepanjang mereka berada di sini.

DBKL akan wujudkan rumah perlindungan untuk gelandangan - Ku Nan
DBKL akan mewujudkan rumah perlindungan untuk gelandangan di ibu negara, sebagai tambahan kepada Anjung Singgah.

Ku Nan sangkal kerajaan zalim terhadap gelandangan, pengemis
Kerajaan komited membantu golongan berkenaan untuk menjalani kehidupan lebih sempurna termasuk melalui perkhidmatan yang disediakan di 'Anjung Singgah'.