Pematuhan larangan merokok di premis makanan di kawasan bandar adalah lebih tinggi berbanding di luar bandar, ujar Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye.
Bagaimanapun kementeriannya akan tetap meneruskan usaha melakukan tindakan melalui pendidikan sehingga larangan merokok dikuatkuasakan 1 Januari depan.
"Kalau lihat restoran di pusat bandar, saya rasa pematuhan agak tinggi. Cuma ada yang 24 jam itu mungkin selepas tengah malam ia longgar. Mereka anggap tidak ada penguatkuasaan pada tengah malam.
"Di kampung-kampung pun penguatkuasaan (larangan merokok) pun agak kurang. Kita faham. Namun menjelang 1 Januari penguatkuasaan akan ditingkatkan supaya perkara ini boleh dikawal," katanya dalam sidang media selepas Pelancaran Persidangan "Be A Heart Hero" di Bangunan Yayasan Jantung Malaysia di sini pada Sabtu.
Bagaimanapun, ketika ini tiada saman dikeluarkan ke atas mana-mana premis dalam tempoh penguatkuasaan pendidikan yang akan dilaksanakan sehingga akhir bulan ini.
"Jadi sepanjang setahun ini apa yang kita buat ini adalah sebagai educational enforcement. Lebih menekankan pendidikan dari saman.
"Tempat makan tidak berhawa dingin tidak ada satu saman dikeluarkan sehingga ke hari ini. Namun penguatkuasaan akan berterusan," ujar beliau.
Larangan merokok di semua restoran dan premis makanan akan dikuatkuasakan serta merta pada 1 Januari 2020.
Sementara tempoh aktiviti penguatkuasaan pendidikan bagi pewartaan tempat makan sebagai kawasan larangan merokok akan dilanjutkan sehingga akhir Disember tahun ini.
Rahimah Abdullah
Sat Dec 14 2019
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye Persidangan "Be A Heart Hero" di Bangunan Yayasan Jantung Malaysia pada Sabtu. Foto: Rahimah Abdullah
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Bayi dijangkiti polio dilaporkan stabil
Bayi tiga bulan di Tuaran, Sabah yang dijangkiti polio dilaporkan stabil ketika ini, ujar Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Pematuhan larangan merokok restoran di bandar lebih baik berbanding luar bandar
Pematuhan larangan merokok di premis makanan di kawasan bandar adalah lebih tinggi berbanding di luar bandar, ujar Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye.