KUANTAN: Pahang sentiasa melaksanakan pemantauan dari semasa ke semasa untuk mengesan sebarang bentuk ajaran mencurigakan atau sesat bagi memastikan isu ini dapat ditangani dengan baik agar kesucian akidah dan pegangan umat Islam di negeri ini terus terpelihara.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata rakyat di negeri ini diminta berwaspada dan berpegang teguh pada kebenaran serta nilai-nilai bersandarkan kepada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan selama ini.
"Kerajaan negeri menjunjung titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mengingatkan umat Islam di negeri ini agar menghindari apa juga bentuk ajaran salah atau sesat dengan berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Sebagai masyarakat mempunyai pendidikan agama, kita tidak boleh membiarkan diri terperangkap dalam jaringan ajaran sesat dengan perlu merujuk kepada ahli agama bertauliah dan berautoriti sekiranya terdapat sebarang kekeliruan serta ajaran bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya dalam satu kenyataan.
Wan Rosdy berkata sekiranya ajaran sesat seperti fahaman Khawarij, Takfiri, Syiah dan apa jua ajaran sesat tidak dibendung, dibimbangi boleh mempengaruhi pemikiran serta tingkah laku seseorang itu selain berisiko membawa kepada perpecahan dalam kalangan masyarakat.
"Semoga kita bersama-sama melindungi diri kita, keluarga dan masyarakat daripada sebarang bentuk ancaman ajaran sesat," katanya.
Sebelum ini, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika sesi Taklimat Pembangunan Daerah Rompin mengingatkan umat Islam di negeri agar menghindari apa jua bentuk ajaran salah atau sesat dan hanya berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 05 2024
![Pemantauan berterusan kekang ajaran sesat di Pahang Pemantauan berterusan kekang ajaran sesat di Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710313378_KerajaanPahang.jpg)
Wan Rosdy (foto) berkata rakyat di negeri ini diminta berwaspada dan berpegang teguh pada kebenaran serta nilai-nilai bersandarkan kepada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan selama ini. -Gambar fail
Panas sangat! Capybara pun makan ais
Kerana cuaca terlalu panas, bukan sahaja manusia menerima kesannya, malah haiwan juga terasa bahang. Di Rusia, Capybaras yang tinggal di sebuah zoo di Moscow diberi makanan istimewa iaitu ais.
Moscow sangkal kenyataan Trump
Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vassily Nebenzia menyangkal kenyataan calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang berkata konflik perang antara Rusia dan Ukraine akan mampu diselesaikannya sekiranya dipilih ke jawatan itu kelak.
Parti Buruh berada di depan berbanding Parti Konservatif
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan tersebut boleh berubah jika berlaku peralihan undi atau 'swing vote' menjelang hari pengundian.
Blinken tepis dakwaan Biden tidak berupaya pimpin AS
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken kesal dengan kritikan yang dilemparkan terhadap prestasi Joe Biden di pentas debat perdana bertemu Donald Trump Jumaat lalu yang disifatkan sebagai tidak bermaya.
Protes di Nairobi belum reda, merebak ke Mombasa
Protes di Nairobi, Kenya yang memaksa Presiden William Ruto untuk melepaskan jawatan, tidak menunjukkan tanda reda malah semakin meluas sehingga ke wilayah Mombasa. Terbaharu, tembakan gas terpaksa dilepaskan terhadap penunjuk perasaan, selain beberapa individu turut ditahan polis.
Pesawat Air Europa mendarat cemas, puluhan cedera
Media antarabangsa melaporkan, pesawat Boeing 787-9 itu terpaksa membuat lencongan dan mendarat di lapangan terbang Natal di timur laut Brazil.
87 angka kematian direkodkan akibat dirempuh
Sekurang-kurangnya 87 mangsa meninggal dunia dalam kejadian rempuhan di sebuah acara keagamaan di utara India, Uttar Pradesh pada Selasa.
Singapura 'sedia secara prinsip' iktiraf Palestin
Dr Vivian Balakrishnan berkata penyelesaian dua negara adalah 'satu-satunya jalan berdaya maju' untuk mencapai penyelesaian yang komprehensif, adil dan berkekalan terhadap konflik, yang diperjuangkan oleh Singapura secara konsisten.
Kerajaan gesa rakyat Malaysia di Asia Barat daftar segera
Kementerian Luar berkata rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke rantau Asia Barat dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan ikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
Lawatan khas Sheikh Al-Azhar Al-Sharif ke Malaysia 2-5 Julai
Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), semasa lawatan tersebut, Sheikh Al-Azhar akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Seri Perdana.
![JAINJ pertingkat pemantauan ajaran sesat di Ulu Tiram JAINJ pertingkat pemantauan ajaran sesat di Ulu Tiram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714985537_TBFAREED.jpg)
JAINJ pertingkat pemantauan ajaran sesat di Ulu Tiram
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan meningkatkan pemantauan berhubung dakwaan penyebaran ajaran sesat di Ulu Tiram, Johor Bahru.
![Ajaran The Ahmadi cuba disebarkan semula Ajaran The Ahmadi cuba disebarkan semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673218589_WanSalim.jpg)
Ajaran The Ahmadi cuba disebarkan semula
Ajaran The Ahmadi cuba disebarkan semula walaupun telah lama difatwakan sesat oleh pihak berkuasa agama Islam di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri.
![Kerajaan proaktif tangani ajaran sesat masuk ke negara ini Kerajaan proaktif tangani ajaran sesat masuk ke negara ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714265623_TBZulkifliHasan.jpg)
Kerajaan proaktif tangani ajaran sesat masuk ke negara ini
Kerajaan sentiasa ambil langkah proaktif sekat penyebaran ajaran sesat ataupun fahaman yang bertentangan dengan akidah umat Islam di negara ini.
![Kerajaan Terengganu pantau, elak ajaran sesat kembali menular Kerajaan Terengganu pantau, elak ajaran sesat kembali menular](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713848907_tbPersidanganDUNTe.jpg)
Kerajaan Terengganu pantau, elak ajaran sesat kembali menular
Selain ajaran Kerajaan Langit Ayah Pin, turut dipantau Pegawai Penguatkuasa Syariah (PPS) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) ialah ajaran Mohib Khouli dan Kanzun Makhfiyyan.
![Pemimpin masyarakat setempat perlu kerjasama sekat aktiviti sebar ajaran sesat Pemimpin masyarakat setempat perlu kerjasama sekat aktiviti sebar ajaran sesat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712526101_MohdSukkiOthman.jpg)
Pemimpin masyarakat setempat perlu kerjasama sekat aktiviti sebar ajaran sesat
Pemimpin masyarakat setempat perlu bekerjasama dan bersatu dalam usaha membanteras aktiviti penyebaran ajaran sesat di kawasan masing-masing.
![Hindari ajaran sesat - Mufti Pahang Hindari ajaran sesat - Mufti Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712460390_ajaransesat.jpg)
Hindari ajaran sesat - Mufti Pahang
Asmadi berkata, umat Islam perlu merujuk kepada ahli-ahli agama bertauliah sekiranya terdapat kekeliruan serta ajaran yang bercanggah.
![Pemantauan berterusan kekang ajaran sesat di Pahang Pemantauan berterusan kekang ajaran sesat di Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710313378_KerajaanPahang.jpg)
Pemantauan berterusan kekang ajaran sesat di Pahang
Rakyat di negeri ini diminta berwaspada dan berpegang teguh pada kebenaran serta nilai-nilai bersandarkan kepada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan selama ini.
![Tiada kegiatan hidupkan semula ajaran Ayah Pin dikesan di Pahang - Polis Tiada kegiatan hidupkan semula ajaran Ayah Pin dikesan di Pahang - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709912780_KetuaPolisPahangD.jpg)
Tiada kegiatan hidupkan semula ajaran Ayah Pin dikesan di Pahang - Polis
Tiada sebarang kegiatan dan usaha untuk menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad dikesan di Pahang setakat ini, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman.
![Ayah Pin: Bukan hidupkan semula ajaran sesat, cuma keraian - Penduduk kampung Ayah Pin: Bukan hidupkan semula ajaran sesat, cuma keraian - Penduduk kampung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710625527_TBAyahPin.jpg)
Ayah Pin: Bukan hidupkan semula ajaran sesat, cuma keraian - Penduduk kampung
Penduduk di Kampung Batu 13 di Hulu Besut dekat sini menafikan dakwaan terdapat usaha menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad di perkampungun itu.
![Tiada usaha hidupkan kembali ajaran Ayah Pin - Polis Tiada usaha hidupkan kembali ajaran Ayah Pin - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710625527_TBAyahPin.jpg)
Tiada usaha hidupkan kembali ajaran Ayah Pin - Polis
Polis Terengganu setakat ini tidak mengesan sebarang petunjuk atau usaha untuk menghidupkan semula ajaran Ayah Pin yang difatwakan sesat pada 1997 itu.