Pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) dikhuatiri beri impak negatif kepada golongan muda di Malaysia.
Ini yang disuarakan Pengerusi Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) Ahmad Malie ketika ditemui di Kuching pada Khamis.
Jelasnya, kelompongan jawatan perkhidmatan awam di Malaysia khususnya di Sarawak mungkin akan berlaku.
Pemansuhan ini secara tidak langsung mempengaruhi golongan muda untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam.
“Ia akan menyebabkan kurangnya anak-anak muda kita yang berkelayakan berminat untuk mengisi jawatan tersebut kerana mereka lebih gemar untuk mencari peluang-peluang pekerjaan yang lain di luar negara.
“Kerana dengan kelayakan yang ada, mungkin mereka mendapat imbuhan, ganjaran yang lebih besar daripada tempat-tempat yang lain di luar negara,” ujar Ahmad.
Tambahnya, BIPK yang berkuat kuasa ke atas penjawat awam baharu tahun 2020 akan cetus persekitaran kerja yang kurang kondusif, melibatkan emosi dan hasil kerja yang tidak dinamik .
“Kita khuatir ia akan menimbulkan satu rasa cemburu ataupun rasa tidak puas hati dalam kalangan penjawat awam yang baru dilantik. Kenapa mereka tidak dibayar sedangkan rakan-rakan senior mereka dibayar? Jadi ini akan menimbulkan suasana yang tidak begitu mesra dalam sistem perkhidmatan kita,” ujar beliau.
Bagi pihak Cuepacs negeri Sarawak, Ahmad menyarankan agar pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membincang semula isu ini dengan pihak Cuepacs pusat agar ia dapat memberi kebaikan kepada kebajikan penjawat awam secara adil dan menyeluruh.
Rohana Wahed
Thu Dec 26 2019
Jelas Ahmad, kelompongan jawatan perkhidmatan awam di Malaysia khususnya di Sarawak mungkin akan berlaku. - Astro AWANI
Tumpuan Ahad – 12 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
10 Berita Pilihan - (11 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pemimpin de facto Syria ikrar berkecuali dalam hal ehwal Lubnan
Pemimpin de facto Syria Ahmed al-Sharaa berikrar untuk bersikap berkecuali dalam hal ehwal Lubnan semasa sidang akhbar bersama dengan Perdana Menteri sementara Lubnan Najib Mikati yang sedang melawat
Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing
APMM Selangor menahan dua bot nelayan tempatan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran.
OIC kecam peta Israel tuntut hak ke atas wilayah Arab
Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan OIC dalam satu kenyataan turut mengecam tindakan provokatif Israel untuk mengilhak Tebing Barat yang diduduki, dan seruan pegawai Israel supaya memperhebatkan serangan genosid ke atas Semenanjung Gaza.
PM Jepun bertemu Prabowo, perkukuh hubungan pertahanan
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dalam usaha mengukuhkan hubungan pertahanan dan ekonomi.
11 kematian, 12 ribu struktur musnah
11 kematian disahkan dari kebakaran besar yang melanda California setakat Jumaat dengan 12,000 struktur harta benda musnah. Dalam kemas kini terbaharu laporan Los Angeles Times, pihak berkuasa di negeri itu masih mengekalkan amaran merah di kebanyakan kawasan dengan lebih 150,000 penduduknya berada dalam perintah pemindahan mandatori.
Tidak tahan dibuli, wanita serang penuntut guna tukul
Polis Jepun berjaya memberkas suspek yang terlibat dalam serangan tukul di Universiti Tokyo pada Jumaat, yang mana insiden itu mencederakan beberapa individu. Suspek yang baru berusia 22 tahun itu dikenal pasti mahasiswi dari Korea Selatan berjaya ditahan serta merta di lokasi kejadian.
KGBS gesa KPM tambah bilangan guru di Sarawak
Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengisi kekurangan guru di Sarawak dengan segera.
KPM perlu ambil kira faktor geografi Sarawak - KGBS
Antara yang perlu diteliti termasuk soal lokaliti, keselamatan pelajar serta masa pembukaan yang bersesuaian.
Pembatalan dan penangguhan peperiksaan umum tepat demi keselamatan pelajar
Dalam mendepani masa sukar ini, keselamatan semua pihak menjadi keutamaan khasnya para pelajar.