Pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) hanya melibatkan pelantikan baharu sahaja yang dilantik mulai 1 Januari 2020, kata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
JPA dalam kenyataan hari ini berkata penerima BIPK sedia ada tidak terjejas dan akan terus menikmati pembayaran BIPK secara Khas Untuk Penyandang (KUP) mengikut kadar sedia ada yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007 sehingga meninggalkan perkhidmatan.
"Bagi pegawai yang berkhidmat secara kontrak, sekiranya tarikh tamat kontrak dan pelantikan semula melalui kontrak baharu pegawai adalah secara terus-menerus dan tidak terputus tempoh perkhidmatannya, maka pegawai masih layak untuk terus menerima BIPK dalam perkhidmatan kontraknya," katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan maklumat yang tular di media sosial semalam yang mempersoalkan pemansuhan BIPK.
JPA menjelaskan, walaupun beberapa elaun termasuk BIPK telah dimansuhkan, kajian elaun sentiasa dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa.
Katanya JPA dan Kerajaan masih mempertimbangkan pemberian elaun jika terdapat mana-mana skim perkhidmatan atau disiplin tertentu yang memenuhi kriteria pemberian elaun yang ditetapkan.
BACA: Kerajaan masih kaji secara terperinci elaun kritikal penjawat awam
BACA: Isu elaun kritikal bomba dapat perhatian Agong
Menurut JPA, BIPK mula diperkenalkan semasa Sistem Saraan Baru (SSB) pada tahun 1992 yang secara prinsipnya, tahap kritikal sesuatu perkhidmatan akan berubah mengikut keadaan dan keperluan berdasarkan kepada penawaran dan permintaan sesuatu disiplin perkhidmatan dalam pasaran semasa.
"Ini bermakna bahawa sesuatu perkhidmatan kritikal itu boleh berubah menjadi kurang kritikal dan juga sebaliknya. Atas hakikat ini, kajian dan penilaian teliti yang berterusan adalah perlu bagi pelaksanaan Perkhidmatan Kritikal," jelasnya.
Selaras dengan laporan SSB itu juga, JPA berkata kajian mengenai BIPK secara berterusan hendaklah dilaksanakan setiap lima tahun bagi menentukan kewajaran pemberiannya.
"Dari segi prinsipnya, pemberian BIPK adalah tidak kekal serta boleh ditarik balik apabila skim-skim perkhidmatan berkenaan tidak lagi kritikal," katanya.
JPA berkata sejak dilaksanakan selama 27 tahun, kajian BIPK telah dilaksanakan hanya sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1997, 2001 dan 2007.
BACA: Timbang semula cadangan elaun kritikal untuk JBPM - Lam Thye
VIDEO: Syed Saddiq kecewa elaun penjawat awam dipotong
Menurutnya kajian terbaharu dilaksanakan pada 2019 mendapati kesemua 33 skim perkhidmatan yang diperuntukkan dengan BIPK tidak lagi menepati kriteria pemberian asal iaitu skim-skim perkhidmatan berkenaan tidak lagi kritikal kerana tidak lagi memenuhi kriteria ciri-ciri penawaran yang rendah serta pengisian jawatan yang sukar dilakukan.
Antara skim perkhidmatan tersebut ialah Pegawai Kawalan Trafik Udara, Pegawai Perubatan, Pembantu Perubatan, Penerbit Rancangan, Arkitek, Arkitek Laut, Jururawat, Jurutera, Jurutera Laut, Pegawai Farmasi, Pegawai Perikanan, Pegawai Pergigian, Pegawai Undang-Undang, Pegawai Penyelidikan serta Juruukur Bahan.
"Diharapkan penjelasan ini dapat memberikan gambaran sebenar tentang pelaksanaan BIPK kepada anggota perkhidmatan awam yang terlibat dan seterusnya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang kepada rakyat," kata JPA.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 25 2019
JPA menjelaskan, walaupun beberapa elaun termasuk BIPK telah dimansuhkan, kajian elaun sentiasa dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Cuepacs mahu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal dikekalkan
Perkara itu dilihat masih dalam keadaan sementara dan akan menimbulkan konflik pada masa akan datang.