KUALA LUMPUR: Pemansuhan Akta Akauntan 1967, yang bertujuan menambah baik peraturan profesion perakaunan di Malaysia, mungkin dibentang pada sesi pertama Parlimen tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata Kementerian Kewangan (MoF) menyokong usaha Institut Akauntan Malaysia (MIA) untuk memperkukuh kuasa kawal selia bagi melaksanakan mandatnya sebagai pengawal selia profesion itu.
"MIA telah terlibat secara aktif dengan MoF mengenai pemansuhan Akta Akauntan 1967 serta pengoperasian akta baharu dan MoF akan terus mengalu-alukan usaha MIA dalam perkara ini.
"Dalam pada itu, sementara menunggu akta baharu diluluskan, MoF memuji usaha MIA untuk menjalin kerjasama dengan rakan pengawal selianya iaitu Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Syarikat, Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memperkukuh penguatkuasaan," katanya dalam ucaptama pada Persidangan Akauntan Antarabangsa MIA 2023 di sini hari ini.
Ahmad berkata MIA harus dipuji atas usahanya bagi menghapuskan aktiviti akauntan palsu dan melindungi orang ramai, memperkukuh pematuhan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 sebagaimana yang dikuatkuasakan oleh BNM dan menjalin kerjasama dengan SPRM dalam memerangi jenayah rasuah serta ekonomi.
"Pada masa sama, tugas MIA perlu disokong oleh profesion kukuh yang mengikuti perkembangan yang menjejaskan perniagaan dan peraturan. Oleh itu, persidangan dengan tema membangunkan profesional yang sesuai pada masa hadapan adalah tepat pada masanya.
"Ketika negara semakin maju, kita memerlukan himpunan bakat profesional berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan majikan dan organisasi merentasi semua sektor," katanya.
Sementara itu, Presiden MIA Datuk Bazlan Osman berkata dalam dunia pasca-COVID yang serba kompleks, penuh gangguan dan tidak pernah berlaku, profesional perakaunan harus mampu mengemudi peranan mereka yang semakin berkembang dan pelbagai untuk menyediakan perkhidmatan cemerlang serta kepimpinan berkesan.
Beliau berkata ini memerlukan profesional perakaunan bukan hanya untuk memperoleh kecekapan teknikal yang semakin kompleks dalam kewangan dan perakaunan tetapi juga dilengkapi kepintaran bukan kewangan yang akan memperkukuh kedudukan mereka sebagai golongan serba boleh, penyelesai masalah dan rakan kongsi yang boleh dipercayai bagi organisasi.
"Akauntan juga perlu menyesuaikan diri dan tangkas untuk berkembang serta mengatasi cabaran baik yang lama mahupun baharu," katanya.
Sebagai pengawal selia dan pembangun profesion, Bazlan berkata MIA telah mengenal pasti perubahan iklim serta isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) sebagai pencetus perubahan yang bakal menetapkan semula ekosistem perniagaan global.
"Kesemua ini adalah sangat penting kerana pelabur dan pihak berkepentingan mengutamakan kesan perubahan iklim dan ESG.
"Sebagai contoh, gergasi pelaburan global BlackRock komited untuk meletakkan kemampanan sebagai pusat proses pelaburannya pada Januari 2020 berdasarkan keyakinan bahawa penyepaduan maklumat berkaitan kemampanan ke dalam proses pelaburan boleh membantu pengurus portfolio mereka menguruskan risiko dan membuat keputusan pelaburan yang lebih termaklum," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 13 2023
Ahmad Maslan berkata, MoF menyokong usaha MIA untuk memperkukuh kuasa kawal selia bagi melaksanakan mandatnya sebagai pengawal selia profesion itu. - Gambar fail
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
Lebih 120,000 ekspatriat berada di Malaysia, sumbang 4.8 peratus daripada KDNK
Sebanyak 120,183 pegawai ekspatriat berada di Malaysia setakat 31 Okt lepas.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Bekas pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Pemandu mabuk sebabkan kematian suami isteri didakwa
Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian pasangan suami isteri pada 16 November lalu.
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan membunuhseterusnya menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku tiga tahun lalu.
Peningkatan astronomikal harga rumah di bandar tidak tercapai akal
Jelas Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah, satu unit kondominium 1,000 kaki bernilai RM500,000 justeru GLC berkaitan dicadangkan bina rumah mampu milik kerana tanggungjawab terhadap rakyat dan bukan meraih keuntungan semata-mata.
85 peratus penjawat awam telah tandatangan opsyen SSPA - KSN
Sebanyak 85 peratus daripada 1.4 juta penjawat awam telah menandatangani opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) setakat ini.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah tunggakan bil elektrik di seluruh negara melonjak kepada RM 1.08 billion setakat September 2024, melibatkan 627,491 akaun yang bekalannya telah dipotong, menurut statistik Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945 juta.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945 juta.
Pemansuhan Akta Akauntan mungkin dibentang di Parlimen awal tahun depan
MoF menyokong usaha MIA untuk memperkukuh kuasa kawal selia bagi melaksanakan mandatnya sebagai pengawal selia profesion itu.