KUALA LIPIS: Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenaan menyempurnakan penyampaian Darjah Kebesaran dan Pingat negeri Pahang kepada 181 penerima.
Istiadat sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-63 Sultan Pahang yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, turut menyaksikan keberangkatan kekanda Tengku Hassanal, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah.
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengetuai barisan kepimpinan negeri Pahang serta ketua-ketua jabatan.
Pada istiadat itu, seramai 20 penerima dikurniakan darjah kebesaran Setia Ahmad Shah Pahang (SAP), 22 individu menerima darjah kebesaran Setia Mahkota Pahang (SMP) dan 17 penerima darjah kebesaran Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP).
Seramai 32 individu pula dikurniakan Ahli Mahkota Pahang (AMP), 18 individu menerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), tiga dikurniakan Pingat Gagah Perwira (PGP), 25 individu menerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) serta 44 individu dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK).
Sementara itu, Naib Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Amirul Hamizan Ibrahim yang menerima SMP, menjunjung kasih terhadap pengiktirafan itu dan menyifatkannya sebagat 'penghargaan amat bermakna' daripada kerajaan negeri terhadap sumbangannya dalam sukan itu.
Amirul Hamizan yang merupakan anak jati Kuala Rompin di Rompin mula mewakili Pahang dalam sukan angkat berat pada 1995.
Pemenang pingat emas Sukan Komanwel itu juga menyifatkan pengiktirafan itu sebagai pendorong semangat untuknya terus memartabatkan sukan angkat berat Malaysia, selain membantu hasrat Pahang mengembalikan semula kegemilangan sukan itu di negeri ini.
"Sebenarnya ini adalah panggilan ketiga untuk saya hadir setelah terpaksa menolak sebanyak dua kali kerana berada di luar negara bagi mengiringi pasukan angkat berat yang bertanding...untuk hari ini juga adalah rezeki kerana saya berada di Qatar semalam.
"Alhamdulillah perjalanan semua lancar dan saya dapat terus ke sini untuk menghadiri istiadat walaupun tidak dapat menghadiri sesi latihan semalam," katanya semasa ditemui selepas tamat istiadat itu.
Turut menerima SMP ialah Editor Kanan Perkhidmatan Berita, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Ahmad Shukran Shaharudin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 15 2023

Pada istiadat itu, seramai 20 penerima dikurniakan darjah kebesaran Setia Ahmad Shah Pahang (SAP), 22 individu menerima darjah kebesaran Setia Mahkota Pahang (SMP) dan 17 penerima darjah kebesaran Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP). - Bernama
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Tengku Hassanal berangkat pulang ke ibu negara
Tengku Mahkota Tengku Hassanal berangkat pulang ke ibu negara hari ini.

Telatah Seduku tarik perhatian Tengku Hassanal di Pusat Hidupan Liar Semenggoh
Telatah Seduku, seekor orang utan menarik perhatian Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim ketika melawat Pusat Hidupan Liar Semenggoh.

Tengku Hassanal berkenan berangkat ke majlis santapan malam bersama Premier Sarawak
Pada majlis santapan itu, baginda dipersembahkan dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian tempatan.

Pemangku Raja Pahang berangkat tiba di Kuching untuk lawatan selama lima hari
Keberangkatan tiba Tengku Hassanal pada 2.47 petang tadi disambut Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Datuk Dr Hazland Abang Hipni.

Lebih banyak usaha diperlukan untuk beralih dari sumber hasil balak, lombong - Pemangku Raja Pahang
Lebih banyak usaha melalui pendidikan dan tekad politik diperlukan untuk beralih dari sumber hasil negeri berasaskan pembalakan dan perlombongan kepada sumber alternatif yang lebih mampan.

Cabaran besar Pemangku Raja Pahang apabila bawa isu perubahan iklim
Menggembleng tekad politik dalam kalangan wakil rakyat untuk beri keutamaan kepada isu perubahan iklim merupakan cabaran paling besar.

Orang Asli kita juara sebenar isu perubahan iklim - Pemangku Raja Pahang
Pahang mempunyai 80,000 penduduk Orang Asli daripada pelbagai suku, yang mendiami kawasan hutan di negeri berkenaan.

Pahang ada potensi, aset percepat peralihan hijau - Tengku Hassanal
Pahang mempunyai kelebihan dari segi kawasan tanah yang luas dan aset dilapangan untuk gerakkan usaha peralihan hijau.

COP28: Tengku Hassanal dalam Agenda AWANI esok
Pemangku Raja Pahang mengupas mengenai peranan belia dan cabaran merakyatkan kefahaman mengenai agenda hijau kepada seluruh masyarakat.

Pemangku Raja Pahang kurnia darjah kebesaran, pingat Pahang kepada 198 penerima
Pemangku Raja Pahang,berkenan menyempurnakan penyampaian Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang kepada 198 penerima.