TEMERLOH: Pekerja Lebuhraya Pantai Timur (LPT) disahkan antara empat yang maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM135.7 LPT 1, berdekatan dengan susur keluar Chenor, awal pagi, Sabtu.
Dalam kejadian itu, mangsa Mohd Azuan Zainal Abidin, 53 yang bertugas sebagai pemandu lori penunda LPT Temerloh telah ditugaskan ke lokasi kejadian untuk menunda sebuah kenderaan rosak di kawasan terbabit.
Difahamkan, sebuah kereta Proton Exora yang dinaiki 11 orang dikatakan rosak dan berhenti di laluan kecemasan, diikuti kereta Proton Waja yang turut dalam perjalanan yang sama ke Kuala Terengganu.
Ketua Operasi dan Penyelengaraan LPT, Wan Mohd Bazli Wan Husin berkata, arwah Mohd Azuan telah berkhidmat selama 15 tahun dengan LPT.
"Arwah ditugaskan menunda kereta Proton Exora yang rosak di laluan kecemasan awal pagi tadi kerana dia sedang bertugas (ketika itu) bermula jam 8.30 malam sehingga 8.30 pagi.
"Kami bersimpati dengan kejadian yang menimpa arwah, dan LPT sedia membantu dalam urusan pengebumian sehingga selesai," ujarnya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) di sini, hari ini.
Menurutnya, arwah juga seorang yang periang malah suka bersedekah dan kerap menderma untuk tabung sumbangan di pejabat LPT Temerloh setiap hari.
Sementara itu, anak Mohd Azuan, Nor Hanis Syahirah, 17, berkata dia mengetahui kejadian menimpa bapanya apabila ibu saudaranya datang ke asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abu Bakar, Temerloh untuk membawanya ke HoSHAS.
"Saya pelik juga kenapa mak saudara datang pagi-pagi di asrama.
"Bila dapat tahu kejadian menimpa ayah, saya memang terkejut. Sebab ayah baru sahaja jenguk saya dan kakak, petang semalam (Jumaat) di asrama," katanya.
Katanya, arwah datang menjenguknya dan kakaknya, Nor Alea Syafiqah, 18 yang bersekolah di sekolah yang sama, tepat jam 5.30 petang, seperti yang dijanjikan.
"Saya rasa pelik juga sebab selalu ayah jarang datang tepat pada waktu. Tapi, masa itu, saya gembira ayah datang jenguk kami," katanya.
Turut berada di hospital adalah isteri mangsa, Rosinawati Abu Samah, 46, Nor Alea Syafiqah dan adik seorang lagi anak mangsa, Muhammad Hadif Hakimi, 15.
Difahamkan, jenazah dikebumikan di Kampung Jawi, Sanggang, di Temerloh.
Kejadian jam 3.10 pagi itu, dipercayai berlaku apabila sebuah lori kontena hilang kawalan lalu melanggar tiga kenderaan iaitu Proton Exora, Proton Waja dan trak tunda yang berada di lorong kecemasan.
Identiti empat mangsa maut dalam kemalangan itu dikenal pasti sebagai Mohd Azuan, selain penumpang Proton Exora Mohmed @ Mohamed Shamsuddin, 75, isterinya Kamariah Hamzah, 72, serta seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dikenali sebagai Danis.
Azee Shafy
Sat Aug 27 2022

Nor Hanis Syahirah dan adiknya, Muhammad Hadif Hakimi ditenangkan pekerja LPT yang turut hadir di Unit Forensik HoSHAS, di Temerloh, hari ini. - Gambar/ Astro AWANI

Mesin pengimbas bagasi akan ditambah baik di KLIA
Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditambah baik bagi memerangi penyeludupan haiwan eksotik dan terancam.

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.

Pesara tentera maut, anak parah dirempuh kereta di Padang Besar
Seorang pesara tentera maut, manakala anak lelakinya cedera parah apabila motosikal yang dinaiki mereka, dirempuh sebuah kereta Honda Civic di Jalan Dato Kayaman, Beseri dekat Padang Besar.

Bapa tak sangka lihat kemalangan anak sendiri
Kemalangan berlaku apabila kereta itu hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan lalu merempuh tiang elektrik, pokok kelapa dan hentian bas.

Dua sahabat maut kemalangan selepas solat tarawih
Dua remaja lelaki yang maut dalam kemalangan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent di sini pada Khamis, dalam perjalanan pulang dari solat tarawih.

Suami isteri maut, anak cedera, nahas dua kereta di Kuala Kurau
Dua yang meninggal dunia ialah pemandu berusia 59 tahun dan isterinya berumur 66 tahun manakala anak mereka yang cedera berusia 13 tahun.

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan tiga kenderaan
Kejadian berlaku sekitar jam 8.40 malam ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di sebuah kilang.

Wanita maut terjatuh dari jejambat di Lebuhraya DASH
Seorang wanita maut di lokasi kejadian selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan sebelum terjatuh dari jejambat di Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) pada Selasa.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.

Wanita maut dirempuh kereta selepas motosikal terbabas langgar memerang
Seorang jurujual wanita meninggal dunia akibat dirempuh sebuah kereta selepas terjatuh daripada motosikalnya yang terlanggar seekor memerang berhampiran MADAD.

Wanita maut motosikal terbabas dipercayai selepas bertengkar dengan suami
Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas berhampiran Kolej Vokasional Datuk Sri Mat Zin, Alor Gajah di sini, tengah malam tadi.

Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia'
Seorang peserta wanita konvoi '2,000 Selekoh Malaysia' maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah lori di KM 17 Jalan Bera-Mayam, Bera semalam.