Seorang pemandu teksi parah ditetak tiga lelaki di bawah jejantas di Lebuhraya Bandar Cassia, Batu Kawan malam tadi.
Dalam kejadian pukul 8.50 malam itu, N. Arumugam, 58, cedera di lengan kiri akibat tetakan yang mengenai tulang lengannya sehingga menyebabkan ototnya terkoyak.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafie Mamat berkata ketika kejadian pemandu teksi berkenaan membawa seorang penumpang untuk dihantar ke kawasan kilang di Batu Kawan.
"Penumpang berkenaan meminta dia memberhentikan teksinya di bawah jejantas kerana penumpang itu dikatakan hendak menghisap rokok.
"Ketika itulah mereka dihampiri dua motosikal yang dinaiki tiga lelaki bersenjatakan parang yang menyerang mereka," katanya kepada pemberita.
Shafie hadir pada majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini.
Beliau berkata penumpang berkenaan sempat melarikan diri manakala pemandu itu terpaksa bergelut dengan tiga lelaki tersebut.
Pemandu teksi itu kini dirawat di Hospital Seberang Jaya.
Pada majlis itu, Timbalan Komander Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Skuad Taktikal Khas 1 (Jenayah) Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain menerima tugas selaku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Razarudin, 53, menggantikan Datuk Mohd Zakaria Ahmad yang dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Polis Johor berkuat kuasa Selasa ini.
Majlis serah terima tugas itu turut disaksikan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Ghafar Rajab.
Bernama
Fri Apr 29 2016

Dalam kejadian pukul 8.50 malam itu, N. Arumugam, 58, cedera di lengan kiri akibat tetakan yang mengenai tulang lengannya sehingga menyebabkan ototnya terkoyak. -Gambar hiasan

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Pemandu teksi ditetak di bawah jejantas
Dalam kejadian pukul 8.50 malam itu, N. Arumugam, 58, cedera di lengan kiri akibat tetakan yang mengenai tulang lengannya sehingga menyebabkan ototnya terkoyak.